Tahun ini sudah masuk 16 kali pilihanraya kecil terpaksa diadakan kerana kematian wakil rakyatnya. Memang break recordlah. Terbaru, rakyat di Merlimau dan Kerdau akan membuang undi pada 6 Mac nanti bagi menggantikan wakil rakyat mereka yang kembali ke rahmatullah. Hmmmm.. berapa banyaklah belanja yang terpaksa dikeluarkan? Duit untuk melaksanakan proses pilihanraya, duit untuk buat pembangunan bagi kawasan terbabit dan duit untuk beli hati pengundi(???)...
Saya salah seorang yang bakal membuang undi di Kerdau. Sebenarnya saya sudah membuat permohonan untuk menukar tempat mengundi setelah tamat pilihanraya umum ke-12. Saya membuat pertukaran tersebut di PWTC di satu kaunter SPR yang dibuka ketika itu.
Bagaimanapun ketika pengumuman tentang pilihanraya kecil akan diadakan, saya tergerak hati untuk menyemak kembali daftar pengundi. Nampaknya nama saya masih tersenarai untuk mengundi di Dun Kerdau. Takpelah rezeki nak merasa mengundi lagi..bukan semua seorang 'terpilih' untuk mengundi dua kali.. terpaksa tunggu PRU.
Sebagai seorang rakyat yang 'bertanggungjawab' memang peluang mengundi takkan dilepaskan. Undi tu hak kita. Hak yang tak boleh dicabut oleh orang lain. Hak yang tak boleh dipertikaikan oleh orang lain. Undi adalah rahsia...kan?
Tapi saya agak terkejut, apabila pada petang Khamis, lebih kurang sekitar pukul 3 ptg, 24 Februari 2011 saya menerima panggilan dari satu private numbre. Sebaik sahaja dijawab kedengaran suara dari mesin perakam.."Ini adalah satu kaji selidik, dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau yang bakal berlangsung, parti manakah yang akan ada pilih..a)parti.. b)..". Saya sangat terkejut dan terus mematikan talian.
Dalam hati saya terus terlintas, kerja siapakah ini? Mengapa mesti diadakan kaji selidik untuk mengorek rahsia? Bukankah undi tu hak pengundi dan undi adalah rahsia? Kalau diberitahu siapa yang bakal kita undi baik tak payah dibuat pilihanraya! Memang terasa ia satu bentuk harassment atau pencabulan hak. Kalau diberitahu, sudah tentu yang rahsia tidak menjadi rahsia lagi..kan?
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
1 day ago
5 comments:
eh, ye ke kak nik?
kenapa boleh ada kaji selidik melalui telefon pulak ni? tak pernah2 pulak kan?
kerja siapa lah ni....
selamat mengundi ye kak nik. nak balik kampung lah nanti ye... sempat lah makan ikan patin dulu... hehe..
iye sya.. itulah akak terkejut sungguh..meradang pun ada.
Insya-Allah ptg jumaat lepas budak2 balik sekolah akak balik kg. ikan patin??? sudah semestinya!
dasyat teknologi skrg...nmpk sgt ketidaktelusannya
Wahh.. dah ada cara mcm tu pulak skrg ni? Macam-macam... tapi kan kenapa tak tunggu pilihan raya ke-13 je?
tu lah dia nya ana...
jue...takut waktu pru, dah tak sempat nak bertanya dah.. masing2 sibuk duk jaga masing2 punya takut jatuh. hehehe
Post a Comment