“Alah..tv dah rosak. Tak boleh dah nak tengok tv. Bosanlah macam ni,” rungut si adik.
“Baguslah takde tv. Kurang maksiat,” jawab si kakak pula.
Saya yang mendengar perbualan mereka berdua tersenyum sendiri.
“Betul ke? Boleh ke macam tu? Adik tak fahamlah,” tanya si adik yang berumur 10 tahun.
“Iyelah, kamu tengok tv tu ada yang jadi maksiat mata,” jawab si kakak pula.
“Umi, betul ke? Adik tak fahamlah,” kata si adik lagi.
“Iyelah, contohnya adik tengok orang perempuan tak pakai tudung, pakai seksi nampak aurat, tu maksiat matalah. Atau orang perempuan menyanyi tak pakai tudung, menari-nari. Itu boleh mendatangkan maksiat mata bagi kita yang melihat,” jawab saya.
“Betul dik. Lagi satu boleh jadi berdosa juga kalau sudah mengadap tv, solat lambat. Suruh solat bertangguh sebab nak tengok rancangan tv dulu. Tu kan tak bagus!” celah si kakak pula.
Si adik terdiam seketika. Tiba-tiba dia bersuara, “Umi kalau macam tu artis berdosalah ye? Sebab dia tak tutup aurat keluar tv? Menyanyi menari, kira buat maksiatlah tu?”
Rupa-rupanya diamnya dia, sedang mencerna apa yang diberitahu kepadanya sebentar tadi.
Namun bagi saya yang mendengar soalan si adik, terkedu seketika untuk menjawab. Bagaimana untuk kita menjawab sesuatu yang selama ini perbuatan maksiat tapi seperti sudah dipandang ‘tidak apa’ oleh masyarakat?
Berlakon yang memaparkan adegan pegang-memegang, berpelukan antara lelaki perempuan bukan mahram, sering menjadi paparan dalam tv. Orang lebih memandang ‘isi’ cerita yang memberi ‘pengajaran yang baik’, tetapi dalam masa yang sama, melupakan aspek ikhtilat atau percampuran lelaki perempuan yang bukan mahram.
Ramai yang terlepas pandang atau mengambil enteng, bahawa dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara. Apa yang baik perlu disampaikan secara baik juga. Kita tidak boleh bertindak seperti Robin Hood, mencuri daripada golongan kaya untuk membantu si miskin. Mencuri untuk bersedekah! Tidak ada istilah curi untuk kebaikan. Kalau hendak membantu gunakan harta sendiri atau galakkan orang yang berada bersedekah atau mengeluarkan zakat. Bukan merampas kemudian ‘bersedekah’!
Bagaimana kita ingin menerangkan kecelaruan ini kepada anak-anak? Tambahan, dosa pahala bukan kita yang menentukan. Namun sebagai garis panduan, kita hanya boleh menyatakan yang menutup aurat itu wajib bagi orang Islam. Kalau tak buat berdosa. Jelaskan dengan dalilnya.
Sedar tak sedar tv sangat memainkan peranan besar dalam hidup anak-anak kita. Sedar atau tidak, dalam kita melarang anak ke panggung wayang, kita sebenarnya telah ‘membawa masuk’ wayang gambar ke dalam rumah kita. Sedar atau tidak, hati anak-anak terikat dengan program tv. Program tv mengatur kehidupan mereka. Belum masuk bila hari raya yang menyajikan pelbagai program tv sehingga mengikat kaki anak-anak daripada program ziarah.
Justeru, ada baiknya apabila sesekali tv rosak, biarkan ia terus begitu. Dengan pelbagai sumber maklumat dalam dunia IT hari ini, tidak ketinggalan rasanya kalau tidak mengadap skrin tv.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
1 week ago
12 comments:
hurm....
saya tak sokong sangat entry ni
memang ada yg betul tapi bukan semuanya
salam Nik...
Jangan menidakkan kemajuan kerana menegakkan kebenaran. TV baik juga untuk pembelajaran anak-anak. Jika di kampung dan desa, mereka tidak mampu melayari internet maka TV satu-satunya media yang paling dekat dengan mereka. Hidup biarlah seimbang dan sederhana.
salam
setuju dgn kak nik..tv punca maksiat.galakkan lbh ramai org nak jd artis..yg baik cth rancangan agama sgt krg..
salam hans, leeza n hamizah
Sekadar mencoretkan perbualan anak2. Mmg tak dinafikan tv ada baik dan buruknya. Apa yg penting kita kena kena menapisnya.. Namun ada kalanya (selalunya) tapisan kita bocor.
Tak dinafikan banyak rancangan agama dan pendidikan yang boleh dikutip daripada tv tapi selalunya bila bertembung rancangan agama dan hiburan tu..jarang2 la rancangan agama menang..
Contoh mudah kalau ditanya apa yang lebih mudah dihafaz oleh anak kecil, asma ul husna atau lirik lagu bengang..rasanya kita dah boleh agak jawapannya..
So kalau sesekali tv tu rosak, rasanya tak salah klu lambat menggantikan yang baru..kita bagi dorang ni cooling period.
salam kak Nik..
apa yg kak nik katakan banyak yg benarnya...tv banyak keburukkan dari kebaikkan..walaupun kita cakap kena gunakan utk tujuan kebaikkan tapi ramai yg gunakan tv utk tujuan yg salah..pendapat kak nik sama macam ayah saya...rumah saya tak ada tv sejak form 5..dah lebih 9 tahun kalau tak salah...sejak rosak ayah saya terus tak bagi beli atau repair..bila tgk tv..solat dilalaikan..malah dilewat2kan dengan sengaja sebab nak tgk drama...malah maksiat mata berleluasa...tgk org buat maksiat, hati suka pulak dgn benda2 camtu...malaikat rahmat pun tak masuk dlm rumah, malah adakalanya kita melihat patung2 budha atau india atau kristian dlm tv..samalah macam bawa patung2 tu masuk dalam rumah..tu kata ayah saya la..tapi mula2 memang rasa tak best dan boring bila tak da tv..lama2 dah biasa dan ok..malah banyak masa dihabiskan dengan mengaji Quran dan baca buku2 agama...kuranglah sket dosa hehehehe..dulu lepas kerja saya pernah kata nak beli tv..tapi ayah saya melarang...bila difikir2 balik..byk hikmahnya...
tak taulah mcmn kalau ida xde tv. hehe. intan... respect r kat intan!!!!
salam intan n ida..
Agaknya betollah mcm ayah intan dan sorang kwn akak pernah kata.. kita ni duk bawak berhala masuk rumah! Sensitip org lain dengar hahaha!.
Apapun bila dh tkde tv ni, banyak pulak masa terluang budak2 tu..kalau tak asyik mengadap tv je, nak2 cuti skolah. (alasan sbb cuti...!)
Nampak gaya, cooling period nih lagi panjanglah (sengih jahat!!! heheh)
Ermm, kak nik, shams setuju bangat dengan akak, shams melalui zaman kanak-kanak sham tanpa tv di rumah, percaya atau tidak kami adik beradik sangat ketinggalam dengan dunia tv. Apabila rakan2 di sekolah berbual emngenai rancangan kegemaran mereka, kami melopong sebab tak tahu, bila mereka bercakap tentang artis kegemaran dan lagu2 kegemaran kami juga tidak tahu.Malah pernah kami adik beradik di ketawakan kerana kami tidak tahu pekembangan hiburan. Anehnya kami tidak pernah berasa malu atau pun merungut. Dan musykilnya kami adik beradik lebih 'updated' tentang isu semasa berbanding rakan yang mempunyai tv, vcd hi5 dsb. tipsnya mudah, kami adik beradik diajar mencintai buku seawal usia 3 tahun. Kami memang suka membaca, dan dirumah kami buku melebihi perabot ;) Justeru pada shams TV bukanlah satu sumber media yang paling dekat dengan masyrakat sebalik kemahuan untuk mengemaskini diri dengan perkembangan luar itu mengatasi segala-galanya :)
Saya pernah melihat 'survey' yang di kendalikan oleh stesyen tv mengenai Islam Hadhari. Menyedihkan rata anak muda yang di temuduga gagal menjawab dengan baik, padahal saya yakin dan percaya mereka ini mempunya akses TV yang sangat meluas. Membaca sebenarnya membina minda dan pengetahuan seseorang dan bukannya TV, yes TV ada kebaikan tetapi keburukkannya mengatasi.
Ayah selalu cakap dengan kami dalam bahas urdhu "TV tu syaitan kecil" dalam bahasa melayu mungkin kasar tapi dalam bahasa urdhu sangat mendidik ;)
Melihat iman berkata-kata shams merasakan seolah-oalh sham yang berkara...(tumpang populariti gitu) ahaks..
salam sham.
mmg btol ilmu boleh didapati dari pelbagai sumber.. dan sebenarnya kita dah terlalu terikat dengan tv.
Salam Kak Nik
Saya juga sangat setuju dengan Kak Nik. Sejak kebelakangan ini juga saya selalu berfikir2 mahu 'rosakkan' tv.
Disebabkan pengaruhnya sangat banyak kurang sesuai untk anak-anak yang sedang membesar dan menyerap apa sahaja.
hahaha..ayu gelihati akak bila baca 'mahu rosakkan tv" tu..sbbnya hb akak pernah melawak dengan anak2.."abah curah airlah kat tv ni bagi rosak"!
Ha tuh..dah ada cara nak rosakkan tv tuh!!! hahaha.
yups
mak ayah kena pandai kawal apa program yg patut ditonton
betul2
Post a Comment