Kematian merupakan sunnatullah yang tersurat sejak azali. Setiap yang berjiwa pasti akan merasai mati. Jika ada kehidupan maka ada lawannya, iaitu kematian. Kematian merupakan ruang istirahat bagi orang-orang beriman. Ia juga menjadi perantara untuk kembali ke negeri abadi.
Mungkin hari ini kita hanya mendengar orang-orang terdekat atau sahabat kita dipanggil menghadap kematian. Esok, mungkin kita pula yang akan dipanggil balik menghadap-Nya.
Sementelah saya mempunyai facebook, maka ramai sahabat-sahabat sewaktu persekolahan telah dapat ditemui kembali. Salah seorang yang sempat saya temui ialah Kak Noraini Kassan yang pernah sebilik dengan saya sewaktu kami di asrama.
Sewaktu berbual di facebook sempat juga saya bertanya perihal anak saudaranya Sarimah Sarlan yang saya panggil Kak Sari. Disebabkan line tidak berapa elok, kami tidak sempat berbual panjang.
Namun saya agak terkejut apabila membaca mesej yang ditinggalkan Kak Ani dalam inbox facebook saya.
“Nik, Sari dah tak ada. 25hb 12 ni genap tiga tahun Sari meninggalkan kita. Leukimia.” Innalillahiwainnaailaihiraaji'uun.
Saya sungguh terkedu membaca mesej tersebut. Terbayang di fikiran saya seorang gadis yang gedik-gedik manja, peramah, periang dan sangat aktif bersukan. Seorang yang sangat baik.
Sungguh saya tak menyangka perpisahan 23 tahun yang lalu sewaktu beliau meninggalkan alam persekolahan, menjadi titik perpisahan abadi. Saya sudah tidak berpeluang untuk bertemu sahabat saya itu lagi.
Daripada Kak Ani saya mendapat tahu, sebaik saja menamatkan persekolahan, arwah melanjutkan pengajian di UTM dan kemudiannya bekerja. Beliau sempat mendirikan rumah tangga, namun tidak dikurniakan cahaya mata. Khabarnya, kandungan kembarnya cuma mampu bertahan empat bulan sebelum mengalami keguguran disebabkan masalah darah yang dihidapinya.
Semoga arwah sentiasa dicucuri rahmat, diampuni dosanya dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman. Buat Kak Sari, al-Fatihah
Perginya Ibu Tercinta
2 weeks ago
8 comments:
salam takziah
al-fatihan untuk beliau
junior saya pun meninggal kelmarin dulu
dia tulis dekat Facebook "mahu gembira"
xsangka itu tanda2 dia
salam hans..
mesti terkejut kan hans? tp tulah ajal dtg takde siapa yang tahu.
salam kak nik...
saya pun terkejut bila dpt tahu kawan yg kita tanye khabar, rupenya dah meninggalkan dunia yg fana ni...
kawan saya masa saya belajar kat itm pun ade yg meninggal...kalau zaman sekolah lagilah tak pasti..sbb dah lama kan kak?
Salam Takziah kepada Sahabat Kak Nik..
Semoga beliau ditempatkan di kalangan insan2 yg beriman.
Al-fatihah
Salam bai..
Iyelah, agaknya klu dikorek2, lagi ramai yang kita tahu dah meninggalkan alam fana ni.. td pun dpt tahu gak sorang lagi senior yang meninggal tak lama lepas habis skolah sebab jantung berlubang..
Al-Fatihah untuk kak Sharifah Sulaiman.
Ye LoL and AJA semoga dia ditempatkan di kalangan org beriman..
ros..aslm ,,arwah kak sarimah adalah bos sya..beliau seorang bos yg sgt baik,,sya adalah org yg terakhir bekerja dibawah beliau,,di prai pulau pinang..,,semoga rohnya dicucuri rahmat..amin
Post a Comment