Hidup ini merupakan satu perjalanan. Perjalanan yang sangat panjang...namun setiap hari ia bakal menemukan noktahnya. Sejak dari saat kelahiran, hidup insan ini sebenarnya menuju kematian.
Setiap detik berlalu, setiap ulang tahun kelahiran yang disambut...kita sebenarnya menuju ke titik noktah kehidupan - iaitu KEMATIAN.
Sesungguhnya kehidupan adalah ibarat kapal yang berlayar. Dan dunia ibarat lautan luas yang sangat dalam dan penuh onak cabaran. Tentunya para pelayar perlu menyiapkan bekalan yang secukupnya dan seampuhnya demi untuk membelah lautan luas yang tak bertepi..
Persiapkan diri untuk melalui sebuah pelayaran kehidupan yang fana ke alam yang kekal abadi.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
21 hours ago
2 comments:
Nik...kalau berjauhan tak mengapa, boleh dengar suara, boleh berym, bermsn tapi kalau mati. Tak tahulah bagaimana kita mahu menghadapinya. Harap2nya bila saat itu datang, ALLAH akan meminjamkan sedikit ketabahan.
kak tie... allah tahu kemampuan hamba-Nya..mintaklah dari-Nya kekuatan itu..
Post a Comment