Ada seorang ulama bani Israel yang kematian isteri kesayangannya. Beliau sangat sayang kepada si isteri dan merasakan kehilangan tersebut sukar dicari ganti. Malah kerana kehilangan tersebut, beliau tidak dapat menumpukan perhatian kepada tugasnya sebagai seorang ulama. Beliau diselubungi kesedihan yang teramat sehingga tidak lagi bertemu dengan orang ramai.
Ramai yang cuba menasihatinya tetapi gagal. Ulama ini tetap memencilkan dirinya. Hinggalah suatu hari seorang wanita mendengar kisah kesedihan ulama tersebut. Wanita ini berasa sangat kasihan kepada ulama tersebut dan berhasrat ingin membantunya.
Lalu wanita ini pergi bertemu dengan ulama tersebut. Pada mulanya ulama tersebut enggan untuk bertemu wanita itu, tapi setelah bersungguh-sungguh wanita tersebut memujuk dan menyatakan tujuan kedatangannya, akhirnya ulama itu pun keluar menerima tetamunya itu.
Wanita tersebut menyatakan permasalahannya kepada ulama itu. Katanya, “tuan, saya telah meminjam satu barang daripada sahabat saya lama dahulu. Barang tersebut sudah seolah-olah menjadi milik saya. Tiba-tiba sahabat saya ini meminta barangnya kembali. Apa yang perlu saya buat? Perlukah saya pulangkan kembali sedangkan saya sudah lama menyimpannya?”
Jawab ulama itu, “sudah tentu kamu perlu memulangkannya kembali kerana ia bukan milik kamu dan ikhlaskanlah hati untuk memberinya kembali.”
Maka, wanita itu kemudiannya menjawab, “ jika aku harus memulangkan semula barang yang bukan milikku seikhlasnya, maka kamu juga harus berbuat begitu. Bukankah isteri kamu itu dipinjamkan Allah seketika untuk kamu dan bila Dia mengambilnya kembali maka kamu juga harus menyerahkannya dengan seikhlas hati. Kamu tidak boleh terus bersedih dan mengasingkan diri begini.”
Teguran wanita itu telah menyedarkan ulama tersebut tentang hakikat yang isterinya itu hanyalah pinjaman sementara Allah kepadanya. Dan seharusnya dia redha dengan pemergian isterinya itu.
Begitulah dalam kehidupan ini kadang kala kita selalu merasakan apa yang kita miliki adalah hak mutlak kita. Sedangkan kita lupa apa sahaja yang kita ada, pinjaman semata-mata dari-Nya. Keluarga, harta benda, kesihatan dan kekayaan, malah persahabatan juga, adalah pinjam-pinjaman dari-Nya.
Ada kalanya kita terasa alangkah kejamnya keadaan apabila apa yang kita hajati tak kesampaian. Terpaksa berpisah dengan orang yang kita sayang; umpamanya terpaksa berjauhan dengan suami/isteri disebabkan urusan kerja atau sebagainya yang tidak dapat dielakkan, seharusnyak kita bersyukur kerana banyak bentuk komunikasi yang boleh kita gunakan di zaman canggih ini untuk bertanya khabar.
Sekurang-kurangnya kita masih boleh berbicara dengan insan yang kita kasihi, biarpun dalam keterbatasan. Bayangkanlah, jika kita dipisahkan dengan kematian, tentunya lebih memeritkan. Namun, kalau terpisah kerana kematian sekalipun, kita seharusnya bersyukur kerana kita masih punya kenangan yang akan terus kekal.
Tapi kita sebagai manusia, ada kalanya sifat tamak menguasai diri, sering berasa tidak cukup dan lupa untuk bersyukur! Moga Allah terus mengasihi kita.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
17 hours ago
4 comments:
tsk..tsk..tsk...
betul tu..sebagai manusia saye cepat lupa...
segalanya dipinjamkan sementara kepada kita..waima rezeki sekalipun..hanya sementara kekalnya bersama kita..belajar untuk redha menerima walaupun amat sukar dalam erti kata sebenar..
speechless...keadaan diri yg sgt tertekan membuatkan sy seolah2 terkejut dengan 100x hentakan kuat selepas membaca artikel tersebut.masih mencari rasa utk jiwa ini.terima kasih kak nik
aja..
sekadar perkongsian jika ada kebaikan alhamdulillah..
anonymous.. mmg benar tak mudah untuk redha..tp yg payah dan pahit itulah ubat.
sham..namanya kita manusia seringkali alpa..mudah2an kita akan terus saling ingat mengingati..
Post a Comment