RSS

Monday, November 29, 2010

Sekali, bukan selamanya…

Memang benarlah, apa yang kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Tak kekal..kerana apa yang kita ada bukan hak mutlak kita. Anak-anak, pasangan, harta kekayaan ..apa sahaja yang kita ada, adalah milik Allah yang dipinjamkan-Nya kepada kita. Apa yang kita ada, Allah sudah sediakannya. Kita hanya mentadbirnya.

Justeru kalau tiba-tiba apa yang kita miliki ditarik balik, segeralah kita sedar, sudah sampai masanya tempoh pinjaman itu ditarik balik. Ibarat meminjam sesuatu daripada orang lain, bila cukup tempohnya, pasti tuan punya akan meminta balik haknya dan kita sebagai orang yang meminjam suka atau tidak kena pulangkan semula, sebab bukan milik kita.

Tapi sebagai manusia, apabila diuji, kenapa mulut kita mudah sangat mengungkap kata, “mengapa” sebelum akal dapat berfikir dan hati dapat menerima, bahawa itulah ujian Allah. Akal terasa hendak pecah berfikir dan dada terasa ibarat hendak meletup menahan perasaan dukacita…sebelum akhirnya kita sedar..bila ujian itu Allah timpakan, kita sebenarnya tidak ada daya untuk menghalang dan terpaksa akur dengan takdir-Nya.

Begitulah lemahnya iman kita, umat di akhir zaman ini. Sudah terhantuk baru hendak terngadah. Baru diuji perasaan sedikit kita sudah tak tentu arah. Baru diuji dengan sedikit kesulitan, kita sudah menggelabah. Belumpun diuji sebagaimana keluarga Yassir atau Bilal… entah bagaimana kita agaknya.

Itulah kelemahan kita.. yang merasakan sekali kita memiliki sesuatu, kita harus sentiasa memilikinya. Kita gembira apabila apa yang kita hajati terlaksana atau bila kita rasa apa yang kita minta semua dikabulkan Allah. Tapi apabila sedikit ujian diberikan – apabila takdir tidak lagi berpihak kepada kita – kita terus mempersoalkan mengapa? Kita lupa bahawa kita ini milik-Nya dan kita di bawah tadbiran-Nya.

Tidak mudah sebenarnya untuk mendidik hati agar akur dengan ketentuan-Nya, tetapi sebagaimana setiap kali solat kita mengungkap “..akan Dikau kami sembah dan akan Dikau kami minta pertolongan” , maka mintalah dari-Nya agar kita sentiasa berlapang dada dalam menghadapi ujian dari-Nya. Bukankah Dia juga memberi jaminan…”Serulah (berdoalah) Aku, nescaya Aku sambut (perkenankan) seruanmu..” jadi mintalah…

5 comments:

Hawa Mahabbah said...

benar kak nik.. kita terlalu mudah mmpertikaikan atau mmpersoalkan sesuatu shgga seperti tdk sedar diri..! milik siapakah diri ini.. ??
diri ini milik Dia. Dia yg Maha Mengetahui segala yg terbaik buat kita..
Astaghfirullahalazim..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Ika..,
btol ika, sbb kita selalu rasa hidup kita, kita yg tentukan. Bila gembira kita lupa dia..bila susah baru nak cari Dia. Lebih malang lagi bila susah menyalahkan Dia..astaghfirullah, buruknya sikap kita!

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Nik..dalam hidup ini terlalu banyak ujian yang akak hadapi, setiap kali ujian itu datang..seringkali akak berdoa supaya ALLAH tabah dan sabarkan akak. Ujian kehilangan wang ringgit, fitnah dan sebagainya rasanya boleh dipikul tapi ujian kehilangan seseorang rasanya terpaksa mengambil masa lama untuk pulih..kita manusia, bagaimaana tabah pun kadangkala tergelincir jua..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Kak Yati..mmg benar, kita manusia ada kala tergelincir..berdoalah semoga kesabaran itu sentiasa menjadi tugu dlm hati.. iye mmg benar ujian kehilangan seseorang apatah lagi yg disayangi sudah pasti akan mengambil masa..hanya masa dan kesabaran yg akan mengubati.. dan yakinlah sebagaimana janji-Nya.. andai kita beriman maka kita kena tahan ujian..dan Dia menguji sedaya yg kita tanggung!

Shima Awang said...

hmm..kadang kala kita tak sedar dengan mengeluh kita mempertikaikan apa yang ditakdirkan kepada kita...kadang-kadang tuh kita lebih mendambakan pertlongan daripada orang lain, bukan meminta daripadaNya.