RSS

Thursday, December 10, 2009

Kritik, Kutuk @ Berterus-terang?

“Qulil haq, walau kaa namurraa”. Berkata benarlah walaupun ianya pahit!

Kita sememangnya diwajibkan bercakap benar, berterus-terang dan tidak berbohong. Malah berbohong adalah sifat munafik

Namun, dalam masyarakat Melayu tradisi, sifat berterus-terang amat sukar untuk dilakukan. Sebagai contoh, kalau kita bertandang ke rumah jiran atau sebagainya. Apabila ditanya, nak minum apa? Kita biasanya akan menjawab sama ada, “tak payahlah susah-susah” atau “apa-apapun boleh”. Jarang kita menjawab, “kopi, teh, milo, air kosong atau lain-lain” Sebabnya kita sudah terbiasa diajar untuk cakap berlapik. Malah akan dianggap tidak sopan pula kalau demand pada tuan rumah untuk bancuh air kegemaran kita!

Begitu juga dalam situasi lain, kalau kita tidak sukakan sesuatu perkara, kita ambil sikap berdiam diri. Sabar menahan perasaan. Sama ada sabar dalam erti kata menerima perkara tersebut sebagai kelemahan individu itu atau sabar yang kemudiannya kita akan bercakap di belakangnya!

Menelinga pengalaman sahabat-sahabat yang berkahwin campur (Melayu+foreigner), sedikit sebanyak dapat juga saya menambah ilmu. Ramai yang bersungut pada mulanya agak ‘makan hati’ dengan pasangan masing-masing. Apa tidaknya, kalau tidak sukakan sesuatu mereka akan terus menegur. Mereka lebih blunt. Begitu juga kalau suka, pujian akan diberikan. Isteri boleh menegur suami dan menyatakan sifat yang dia tidak suka, begitu juga sebaliknya. Anak-anak pula boleh menegur ibu bapa kalau ada yang dirasakan tidak kena.

Berlainan dengan budaya kita yang masih agak tertutup dalam berbicara. Masih ‘menjaga’ perasaan orang. Sampaikan kadang-kadang sendiri yang makan hati.

Sebenarnya ada baik dan buruknya juga perkara tersebut. Apa yang penting ialah kita perlu mengkaji terlebih dahulu penerimaan orang yang akan ditegur. Bak kata orang, kenali dulu mad’u kita baru senang nak berdakwah. Bukankah lebih baik hubungan itu berpanjangan daripada terbitnya bibit tidak senang di hati orang?

Teringat sewaktu belajar ilmu komunikasi di kolej dahulu. Kalau kita ingin menegur atau mengkritik, kena ada seninya juga. Kritikan harus diiringi dengan pujian. Takkanlah dalam 10 keburukan yang kita nampak, tidak terselit walau satu kebaikan? Sebenarnya kita yang memilih untuk melihat perkara buruk atau baik, positif atau negatif.

Kritikan bukan bermakna kita menghentam. Criticism is not condemning. Ia dua perkara yang berbeza. Jika dilakukan dengan ikhlas, ia akan diterima. Memang kita perlu berterus-terang dan berkata benar tetapi biarlah dengan cara yang betul dan tactful! Biar hubungan kekal elok mewangi!

12 comments:

aJa said...

betul..betul...betul...

Packy @ Mawar Merah said...

Nik, akak teringat ustaz kata, manusia tak 100% perfect...so "pandanglah orang lain dengan pandangan ainurrahmah". Jangan menghukum ttp lebih kepada cuba memahami kenapa....

Tapi budaya kita pulak...lebih kepada pandang dan buat spekulasi sendiri sambil bergossip...hahaha, kekdg akak pun cenggitu, moga kita semua sama2 berubah menjadi insan yang lebih baik....

ain said...

kita tdk berani utk berterus terang kerana terlalu menjaga hati dan perasaan.

Hamizah said...

setuju, terlalu berlapiknya kita sehinggakan maksiat di depan mata pun tak dapat dicegah..

Suhana Shahril said...

Kalau orang yang paling kita sayang tiba-tiba kutuk kita terang-terang, memang boleh patah hati dibuatnya. Mulalah rasa seperti air mata mengalir tak nak berhenti, rasa badan lemah seperti nak demam tak mau kebah.Huhu..sampai hatikan..sob..sob..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

aJa..
gitulah kan?

kak mawar..
btol tu seharusnya kita cuba bersikap memahami atau melihat secara objektifkan? tp tu lah...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

ain..
mmg ye..kita selalu diajar supaya berlapik dan menjaga perasaan org kan.

Hamizah..
itulah, bila kita nak tegur serba salah, takut menyinggung. Tp bila tak ditegur melampau. Atau kita ni lebih senang mengambil sikap benci di hati atau selemah2 iman tu!

Ana..
tulah sifat lemah lembut yang diterap kat kita.. klu cakap kasar mmg tersinggung kita dibuatnya.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

orang kalau tanya nak minum apa nik? akan ku jawab..apa2 asalkan jangan kopi..ha.ha.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

kak yatie laling..
Senang cam gitu kan? Tuan rumah prepare je apa2 as long as bukan kopi!

hans said...

memang boleh berterus terang
tetapi manusia ni tidak sama
jadi kena pandai berkata2 agar dia dapat terima dan dalam waktu yg sama tidak berkecil hati

Jue said...

Betul..betul...kritik/komen diiringi dengan pujian tidakla 'sakit' sgt nnti si penerima kritikan/Komen tu...hehehe.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

hans..
sbb kita kenal pasti dulu mcm mana orgnya..jangan pukul rata.

jue..
mmg btol jue.. kritikan dan pujian kena seiring.. takkan seseorang tu tkde langsung baik dia kan?