RSS

Monday, December 14, 2009

Bila Suami Nak Kahwin Lagi…

Apa perasaan anda apabila mendengar isteri nak bunuh diri sebab suami nak kawin lain? Mungkin anda beristighfar panjang,... kan?

Saya sebenarnya agak terkejut apabila mendengar cerita tersebut. Agak sukar rasanya untuk relate cerita tersebut dengan individu terbabit. Melihat keperibadiannya, saya sebenarnya tidak menyangka, sahabat saya ini akan terfikir untuk bertindak sedemikian.

Saya faham, memanglah hatinya sakit apabila mendengar suami ingin berkahwin lain. Tapi takkanlah sampai terfikir tindakan sebegitu, yang sah-sah menempah kemurkaan Allah.

Menurut ceritanya, isteri ini naik angin apabila suaminya berhasrat untuk berkahwin lagi. Khabarnya dengan janda anak lima. Apabila mendengar ura-ura tersebut, segala pergerakan suami mula dikawal. Panggilan telefon untuk suami ditapis dahulu pemanggilnya. Malah tempoh suami ke surau pun ditetapkan. Kalau lebih setengah jam, dia akan menyoal siasat ke mana suaminya pergi, bak pegawai Bukit Aman.

Apabila suami masih tidak berganjak daripada hajat tersebut, maka si isteri mula nekad untuk meminta fasakh. Setibanya hari yang dijanjikan, maka kedua-dua mereka disoal oleh pegawai bertugas. Mulanya secara berasingan, kemudian kedua-duanya dipanggil bersama. Sikap si isteri ditegur oleh pegawai tersebut kerana teryata suaminya berkemampuan.

Disebabkan perasaan marah yang tidak terbendung, maka isteri mengugut untuk menjerut leher dengan dawai andai suaminya meneruskan hajatnya.

Memang tidak dinafikan sebagai wanita, akan terasa rabak hati apabila mendengar suami ingin berpoligami. Namun sebagai orang Islam dan beriman, kita seharusnya sedar hakikat perkara yang telah dibolehkan oleh Allah SWT ini. Biarpun nafsu menolak, namun ia halal di sisi-Nya.

Walaupun tidak suka, namun jangan sampai tindakan yang diambil mengundang murka Allah. Mengugut untuk menjerut leher dengan dawai semata-mata kerana suami ingin berkahwin lain, bukanlah satu tindakan yang bijak malah boleh tergelincir akidah.

Sesayang manapun kita pada suami, ingatlah dia hanyalah alat untuk mencapai matlamat.
Suami hanyalah alat untuk mencapai redha Allah. Jangan kerana alat, akhirnya kita terpelanting ke lembah kebinasaan.

Dan buat suami pula, walaupun niat perkahwinan atas dasar untuk membantu, membela atau sebagainya, seharusnya lihat dahulu kekurangan dalam rumah tangga yang dimiliki sekarang. Jangan hanya mengukur kemampuan dari sudut material semata-mata. Kalau isteri yang ada masih gagal ditarbiyah baik dari segi akhlak mahupun akidahnya, bukankkah anda sebenarnya menempah susah. Usah memandang silap isteri sahaja kerana apa yang terserlah, cerminan lemahnya suami sebagai qawwam atau pemimpin dalam institusi rumah tangga. Bukan firman Allah menyebut, "arrijaalu qawwamu na 'alannisa'"?

13 comments:

ain said...

saya pernah btau hubby, klu dh teringin sgt nak kawin lain wlupun sedar tiada kemampuan dlm sifat adil, hanya mampu dr segi kewangan, kawin lah. sain dulu surat2 lawyer dan surat bank bhgian saya dan anak setiap bulan.hehehe...

hakikatnya tiada wanita yg ingin di madu, bagaimana redhanya kita pd ketentuan ini, sebenarnya kita hanyalah pasrah!!!

Nik Fauziah Nik Hussin said...

ain.
mmg betol, madu yg manis bagi lelaki ibarat hempedu bagi wanita.
tp takkanlah kita nak pilih jalan singkat untuk bunuh dirikan??
Sbb tu mcm akak slalu kata akak bukan anti tapi tak jg sokong. Mintak pada Allah jgn diuji apa yg tak mampu ditanggung!

hans said...

owh,banyak kes macam nih
ntahlah
dah hilang pertimbangan sampai sanggup bunuh diri

Nik Fauziah Nik Hussin said...

hans..

mmg manusia mudah lalai/lupa..tp mintak agar kita sentiasa dlm peliharaan Allah.

NORHAYATI BERAHIM said...

Nik..
Kalau suami nak kahwin lain, kahwinlah..tak kuasa aku nak menahannya..ha.ha..
esok2 dia fikir balikkan, pening tak pening dia berbini dua...

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Kak Yatie.. hehehe suka statement akak!
Teringat kata sorang kawan yang kawin dua...kata dia, "alah macam nak 'melabur' je.. hilang gatai takdak apa pun"

Queen said...

salam...suka dgn entry nie...
first time menjengah ke blog ni...

dulu masa kahwin siap offer hubby nak bermadu..skang rasanya tak sanggup. Tapi bila hubby mengusik2 nak kahwin satu lagi, saya suruh dia tgk kembali, mampu ke dia menjadi pemimpin kepada dua isteri. Mampu ke dia membalas pengorbanan isteri tua? mampu ke nak bahagi masa antara 3 wanita?...sekarang antara mak dgn siteri pun tunggang langgang lagi..macam mana nak bahagi 3...hihihi.

cuma pendapat sahaja

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam queen.. tq 4 dropping by.
Normallah kalau yang bergelar wanita tu tak sanggup bermadu. Dan sangat luar biasalah wanita yang sanggup meng'ofer' hb untuk kawin lain. Baik sungguh hatinya. Tak tercontoh oleh kita.
Tapi yg penting kita tak boleh nafikan hukum Allah dan suami pula ukurlah kemampuan sebenar. Bukan sekadar materialnya sahaja. Mcm Queen kata.

LotsOfLove-Pearls said...

salam kak..
dimadukan bukan sesuatu yg diingini oleh wanita..
tu yang sampai menjerut suami tue..

Anonymous said...

Saya membaca komen-komen akak-akak sekalian dgn penuh khusyuk. Banyak pulak pandangan, berbeza-beza pula. Wow!

Tetapi, saya rasakan, kebanyakan komen-komen di sini adalah sekadar pendapat secara teori sahaja. Cuba bayangkan kalau suami akak-akak sekalian yg meminta kahwin dua, sudi tak akak membenarkannya? Atau bila berlaku atas diri sendiri, lain yg dicakap, lain yg dibuat?

Saya komen kat sini bkn nak cari pasal. Sebenarnya, kawan sekerja saya mengalami masalah ni. So bila dia mintak nasihat saya, tergamanlah saya. Lantas, cari info online, & terjumpalah site ini yg cukup dinamik. Taniah saya ucapkan.

Cuba akak-akak komen, sekiranya suami akak yg meminta kahwin 2, apa yg akak lakukan? Ataupun ada akak dikalangan pengunjung di sini yg berpengalaman?

Anonymous said...

Salam semua.smmgnya jodoh,pertemuan di tangan tuhan tp kita sebagai manusia ken a ikhtiAr jgn serah pada takdir je. Sebelum suami kahwin kita kena ikhtiar walau dengan cara mana tp diredhai Allah, jangan kita Dan anak2 jd mangsa. kalau suami nak bg harta sejuta pun tak sama dengan masa yang di luangkn untuk kita sekeluarga bayangkn masa kita sakit dn perlukan Nya, bleh x semua bayang, hanya airmata yg mengalir....kita wanita memang percaya pada poligami kita x menolak hukum Allah tp apa lg yang diperlukan semua jika kita telah sempurna bleh jaga pakai, makan, tunai tanggungjwb sebagai isteri, dapat beranak apa lagi alasan suami....tp lelaki mmg pandai putarbelit......

myra said...

Setuju sgt dgn pandangan anonymous di atas kerana sy sedang mghadapinye... sedangkan selama 10 tahun perkahwinan segala keperluan dan kehendaknya telah sy tunaikan.. tetapi suami tetiba mohon utk kawen lg.... subhanallah. . hanya Allah yg tau perasaan sy, terasa segala pengorbanan dan usaha hanya sia2

Anonymous said...

assalam..suami sy menyuarakan hasratnya tuk kawin lgi..mcm mana sya nak bahagikan harta spencarian tu ya?ada tak kakak2 kt sini tahu caranya..tq...