Dalam membuat kerja menerbitkan majalah, bahagian yang paling mencabar ialah mencari penghias kulit atau cover girl. Hampir setiap bulan, isu cover ini menjadi hambatan. Tambahan pula bagi majalah Islam yang ruang lingkupnya agak terhad.
Kalau sebelum ini, kami menetapkan hanya golongan bertudung sahaja yang dipilih menjadi cover girl. Namun, memikirkan faktor dakwah, perubahan strategi perlu dibuat. Bermula tahun 2007, Muslimah mula mengambil golongan yang tidak bertudung, khasnya dari kalangan artis menghiasi kulit depan majalah.
Memang pada mulanya, pelbagai reaksi yang diterima. Ada yang menyangka artis tersebut benar-benar telah bertudung. Ada juga yang tidak berpuas hati kerana merasakan kami ‘bersubahat’ dan sebagainya.
Namun, apa yang selalunya saya jawab ialah apa salahnya jika kita memberi mereka peluang merasai pengalaman bertudung walaupun sekadar untuk sesi fotografi. Manalah tahu, dengan berkat usaha kecil tersebut, Allah memberi mereka hidayah untuk terus mengekalkan tudung dan mereka kekal menutup aurat. Dakwah kecil kita secara lembut buat mereka sebenarnya. Malah setiap mereka yang pernah saya temui, menyatakan hasrat untuk bertudung satu masa nanti. Semoga Allah segera membuka hati mereka melaksanakannya.
Bukan senang bagi mereka yang bergelar artis ini untuk ‘menyahut’ pelawaan menjadi penghias majalah dalam keadaan menutup aurat. Mereka perlu memikirkan ‘risiko’ yang terpaksa dihadapi setelah muncul di majalah. Mungkin ada yang bertanya benarkah mereka sudah mengambil jalan tersebut dan sebagainya. Sebab itu tak semua yang di ‘offer’ menjadi cover girl ini bersetuju menerima tawaran kami!
Teringat kali pertama saya mencuba nasib, mempelawa Vanidah Imran sebagai cover girl untuk Muslimah. Kebetulan saya dijemput menghadiri majlis pelancaran novel oleh Alaf 21 dan Vee diundang sebagai tetamu kehormat. Sebaik sahaja majlis pelancaran tamat, saya terus mendapatkan beliau dan menyatakan hasrat tersebut.
“Tak sangka ada juga majalah sebegini yang ingin menjadikan Vee sebagai cover girl ya. Tentu makcik-makcik Vee gembira tengok Vee berpakaian macam ni. Vee pun teringin kak nak pakai macam ni,” itulah yang terlahir daripada mulut Vee.
Sebenarnya perkara tersebut membuatkan saya terfikir, kalau kita tidak mendekati golongan sebegini, siapa lagi yang harus mendekati mereka. Saya tidak mengatakan mereka jahat atau sebagainya, tetapi alangkah baiknya jika mereka dapat menghayati dan melaksanakan perintah menutup aurat sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.
Teringat komen yang diberikan oleh seorang editor majalah wanita Islam yang terkenal. Katanya Muslimah berani mengambil risiko menyiarkan golongan yang tidak bertudung sebagai penghias majalahnya. Kalau di majalahnya, pasti ia menjadi isu yang sangat sensitif dan pasti akan dibambu. Jawab rakan saya yang kebetulan bersamanya, itulah bentuk dakwah yang cuba dan terdaya kami lakukan.
Kalau diikut komplen pembaca, memang boleh berasap telinga dibuatnya. Namun perlu diingat, bertudung bukan milik golongan tertentu sahaja…betul kan? Tentu tidak! Atas kesedaran itulah kami cuba menghampiri mereka sekadar yang terdaya.
Tidak dinafikan, kebanyakan mereka bukan tidak faham langsung tentang agama, cuma kadang kala mereka terkeliru dengan konsep mencari rezeki yang halal. Atau merasakan apa yang dilakukan sekadar mencari rezeki atau karier mereka. Mereka tidak nampak sumber rezeki lain selain menyanyi atau berlakon.
Teringat saya panggilan telefon yang pernah saya terima tidak lama dulu daripada seorang wanita yang bekerja di sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur. Beliau bertanya tentang konsep majalah dan penghias kulit. Setelah bercerita serba sedikit (sebagaimana yang saya nyatakan di atas), tiba-tiba beliau memberitahu satu kisah tentang seorang penyanyi terkenal tanah air
Katanya, satu hari penyanyi ini telah memasuki sebuah kedai kasut dan mencuba sepasang kasut. Kebetulan anak beliau bersama rakannya juga berada di kedai yang sama. Demi terpandangkan kasut yang dipakai penyanyi tersebut, rakan anaknya terus menegur kerana setahunya kasut yang dicuba itu dilapisi kulit babi (kebetulan baru diwarwarkan). Namun jawapan yang diberikan oleh penyanyi tersebut cukup membuatkan mereka terdiam. Katanya, “alar dik, bukannya kita nak makan cuma dipakai di kaki sahaja!”
Justeru, tugas siapakan untuk menyedarkan golongan sebegini?
Persekolahan dan Peperiksaan: Kawan Atau Lawan?
2 hours ago
7 comments:
Salam Kak Nik..
Saya sokong usaha majalah Muslimah utk menonjolkan artis yg tidak bertudung tp mmakai tudung apbila mencadi cover girl jk usaha tersebut btujuan spy artis tsbut diberi hidayah utk mmakainya 1 hr nanti...
artis ni golongan yg sentiasa mjadi perhatian umum & apa shj fesyen selalu menjadi ikutan anak muda... kalau usaha Muslimah itu berjaya.. x mustahil pminat2 artis tsbut mengikut jejak lgkahnya jk dia bertudung... siapa tahu?
Betul kata akak.. ini merupakan satu dakwah kecil & secara halus.. moga usaha Muslimah diberkati Allah..
bagus juga usaha baru muslimah tu... mana tau.. bila dh cuba dan merasa sendiri, terbuka pintu hatinya utk kekal begitu...
dah cek ke betul ke tak Farah AF tu mmg dah bertudung skrg?
hmm, betul kak..
bagus juga usaha muslimah tu..
sekurang2nya, diorang merasa juga bertudung.. mana tahu bila tengok gambar diorang sendiri bertudung nampak lawa, mungkin boleh membuka hati diorang untuk bertudung?
harap2nya, dapat juga membuka hati muslimah2 lain untuk turut bertudung.. :)
salam kak ni...manalah tahu dgn usaha yg kecil ini akan membuahkan hidayah yg besar. betul tak kak..??
salam dida..
Doakan agar kami sentiasa diberi kekuatan
ida..
sememangnya itular yang diharapkan, semoga ada hidayah buat mereka
ilah..
yang tu tak dpt nak dipastikan.. lepas ni kena check ngan geng kat entertainment desk hheheh
sya..
mmg itular harapan kita semua kan??
ain..
iyer ain.. moga kita semua di dalam peliharaan-Nya
Post a Comment