Saya pasti berita mengenai seorang model, Kartika Sari Dewi Shukarno yang dijatuhi hukuman sebat atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai; di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 1987), mengejutkan ramai pihak.
Secara peribadi, saya juga terkejut kerana rupa-rupanya ada hukuman sebegitu di dalam undang-undang syariah di negara kita. Dan lebih memeranjatkan lagi ada pula hakim yang sangat berani menjatuhkan hukuman tersebut! Alhamdulillah..
Saya terbaca akhbar harian Metro Jumaat 24 Julai (kalau tidak silap saya) mengatakan yang pesalah tersebut meminta supaya disegerakan hukuman kerana beliau telah insaf. Dalam akhbar yang sama, Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria, juga memuji tindakan Kartika yang menginsafi dan mengakui kesalahannya biarpun ada yang beranggapan ianya sesuatu yang memalukan.
Saya sebenarnya berasa bersyukur kerana dalam pada kita tidak punya undang-undang hudud, masih ada rupa-rupa hukuman yang seakan dengannya. Perlaksanaan hukuman sebatan itu biarpun hanya enam sebatan (hudud 40 sebatan malah ada ulama yang berpendapat 80 kali sebatan) pada saya, jika dilaksanakan atas dasar menegakkan hukum Allah, pasti akan memberikan natijah yang positif.
Memang apabila mendengar hukum Islam, ramai yang tidak faham beranggapan ianya zalim. Pancung kepala, potong tangan, sebat 100 rotan, memang kedengaran zalim. Namun sama ada kita sedar atau tidak, hukuman dalam Islam bertujuan memberi pengajaran dan gertakan. Apabila dilaksanakan, ia akan menerbitkan perasaan gerun di hati orang lain agar tidak membuat perkara keji.
Jangan samakan hukuman sebatan yang akan dikenakan kepada Kartika dengan sebatan yang dikenakan oleh mahkamah sivil terhadap kesalahan perogol dan pengedar dadah. Islam ada garis panduannya yang tersendiri dalam melaksanakan hukuman tersebut. Saya percaya apabila hakim menjatuhkan hukuman tersebut, maka sudah tentu cara perlaksanaannya juga telah difikirkan agar pesalah tidak dizalimi (sebatan tidak sebagaimana yang diajar oleh Islam adalah satu kezaliman!).
Malah prosedur untuk menjalankan hukuman sebat di Negeri Pahang ada dinyata dan diperincikan secara jelas melalui Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 melalui Seksyen 125 dan 126 Enakmen itu.
Antara lain seksyen ini menyebut :-
1. Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat daripada rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter
2. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.
3. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan.
4. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.
5. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
6. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
7. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
8. Pegawai Perubatan Kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.
Dari sudut yang berbeza pula, saya amat bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Mufti Perak. Pernyataan mengaku salah oleh Kartika Sari Dewi dan meminta agar hukuman segera dijalankan, adalah satu contoh yang baik dan ‘akhlak yang mulia’.
Ia mengingatkan saya kisah yang berlaku di zaman Nabi, di mana seorang wanita (pernah berkahwin) datang bertemu Rasulullah dan memberitahu bahawa dia telah berzina. Rasullulah menolak pengakuannya lalu menyuruh beliau balik. Setelah datang bagi kali ketiga dan menyatakan yang dia sudah mengandung akibat perbuatan zina itu, barulah baginda menerima pengakuannya. Namun beliau disuruh balik sehingga melahirkan anak tersebut. Setelah selamat melahirkan bayinya, dia datang lagi..Rasullullah menyuruhnya datang setelah anaknya habis menyusu. Seterusnya beliau datang lagi setelah tempoh penyusuan tamat, baginda menyuruhnya datang semula apabila anaknya sudah pandai makan sendiri. Tidak lama kemudian wanita itu datang semula sambil membawa anaknya. Di tangan anaknya itu diletakkan sekeping roti dan ternyata anaknya itu sudah pandai makan sendiri. Barulah Rasullullah menyuruh agar hukuman rejam dijalankan ke atas wanita tersebut. Sebaik sahaja wanita itu meninggal dunia, Jibril datang mengkhabarkan kepada Nabi bahawa wanita itu telah lama dosanya diampunkan Allah, sejak kali pertama dia datang menemui Nabi.
Justeru, seandainya Kartika Sari Dewi benar-benar menginsafi kesalahan yang dilakukannya, saya rasa tindakannya itu wajar kita jadikan contoh. Mudah-mudahan Allah SWT mengampunkan dosanya dan hukuman yang dilaluinya nanti akan menerbitkan kesedaran kepada orang lain yang berhajat melakukan kesalahan serupa.
Mudah-mudahan perlaksanaan undang-undang ini akan memberikan natijah yang baik dan diikuti oleh negeri-negeri lain. Walaupun hudud tidak mampu ditegakkan sepenuhnya, namun hukuman yang hampir seperti ini wajar disambut baik, tanpa sebarang pra-sangka.
11 comments:
bukan mudah seseorang itu mengakui dan menginsafi kesalahan sendiri... kan kak.
Salam Kak Nik...
Saya ada terbaca tajuk berita ni.. tp x tahu pula model tu perempuan... nama mcm dari seberang... tp dia Malaysian ke? di khalayak ramai tu, maksudnya di depan org umum ke atau pegawai2 penjara je? tak pernah pulak dgr hukuman spt ni dijatuhkan pd sesiapa sebelum ni di Malaysia...
Bagus juga dia mengaku salah.. harap lepas ni dia tidak ulangi lagi kesalahannya itu dan terus bertaubat nasuha...
salam ida..
mmg bukan mudah ida.. dan sepatutnya sifat itu kita sanjungi...kerana bertaubat nasuha selepas melakukan kesalahan itu perkara yg dituntut.
salam dida..
Setakat ini, baru hukuman yang dijatuhkan, perlaksanaan masih belum lagi. Kiranya ni precedent case! So tak tahu mcm mana dorang handle.
Apapun semoga ianya menjadi iktibar buat semua. Semoga Allah mengampuni dosanya dan dosa kita semua.
Salam Sis..
Saya memasuki dunia "Kembara Seorang Penulis".
Hehe..
Tau blog Kak daripada blog My Friend Dida.
Hehe..
Friends ok?
tak sangka pula kartika sanggup menjalani hukuman sebatan. selalunya org2 yg begini ego!
semoga kita semua mendapat pengajaran dpd cerita ni.
salam kenal untuk LoL..
friend 4 ever!
salam ain..
klu ikut laporan akhabar begitulah, alhamdulillah dan jika benar terjadi sebagaimana yang dilaporkan semoga Allah mengampuni dia dan kita semua!
salam kak,
meremang bulu roma saya baca kisah perempuan dengan rasulullah s.a.w tu...
dan, saya juga terkejut masa baca berita kartika mohon dipercepatkan hukuman dia tu. moga2 dia benar2 insaf dan orang lain juga akan insaf...
p/s: cantik layout baru.. :)
Nik..cantik umah baru nik...belum raya lagi dah tukar hiasan dalaman nih...hehehe...
Ttg sebat tu...memang kena sangat ler, dan alhamdulillah..tak dengar pulak suara2 sumbang mempertikaikan hukuman tu.
Teruskan hukuman jangan dipermain hukum syariah. Di akhirat hanya amalan yang menentukan nasib seseorang. Tiada rayuan lagi. Apakah erti rayuan setelah dijatuh hukuman? Ini hukum Syariah Kuantan maka harus diperluaskan di seluruh Malaysia supaya seluruh umat Islam Malaysia insaf. Jangan kamu meminum, membeli, menjual dan memberi arak kerana itu perbuatan Syaitan. Tetapi alkohol ini adalah halal jika digunakan di hospital atas sebab untuk kesihatan. Alkohol yang diminum ertinya haram, tetapi alkohol diguna untuk perubatan adalah halal. Renungkanlah
kesah wanita di zaman Rasulullah saw tu sgt menyentuh hati...
Post a Comment