Anak-anak sememangnya bermacam ragam. Setiap seorang berlainan kerenahnya, walaupun lahir dari perut yang satu. Kalau ada sepuluh, maka sepuluh jenislah kelakunya.
Bercerita mengenai anak ini, kadang kala terasa lucu ada, nak marah pun ada. Anak yang sulung, jenis makngot. Serba serbi lambat. Mandi kalau tidak sejam, bukan dialah. Pendek kata sampai habis air setangki. Kalau Maghrib, kami akan suruh dia masuk bilik air akhir sekali, kalau tidak, ada yang terlepas waktu solat.
Yang kedua pulak, terlampau cool dan rileks. Sampaikan naik pening dibuatnya, terutama kalau bab belajar. Pendek kata nak suruh belajar, kena pegang rotan dan duduk di sebelahnya. Baru dia akan membaca (untuk exam). Pernah sekali, saya yang membacakan buku untuknya dan suruh dia mendengar sahaja. Kemudian saya menyoalnya.
Bagaimanapun alhamdulillah, Allah beri dia kelebihan mudah faham dan dapat mengingat. Dalam ketidakyakinan kita dengan usahanya, alhamdulillah daripada 15 matapelajaran, dia berjaya mendapat 13A, 1B dan 1C (B untuk subjek pendidikan seni dan C untuk tajwid).
Anak yang ketiga pula, namapun yang bungsu (setakat inilah hehehe), manjanya bukan main. Dia dengan si kakngahnya, memang agak kamceng. Itulah kawan bermain dan itulah kawan bergaduhnya. Masa kamceng, yang terdengar gelak mengekek keduanya. Tapi bila bercekau, sekejap bunyi menjerit, merengek. Kadangkala berbulu jugak telinga mendengar!
Si adik ni, sesuai dengan sifat manjanya, kalau hendak ke sekolah di waktu pagi memang agak liat. Setiap pagi terpaksa dipujuk dan didukung ke bilik air. Tak boleh angkat suara, nanti diugutnya kita, katanya tak mahu ke sekolah (tapi ummi dia ni tak ambik port pun.. gasaklah). Bayangkan, umur sudah empat tahun, nak kena berdukung lagi ke bilik air, mandikan dan sesudah mandi berdukung lagi untuk dipakaikan baju!
Dalam kita duduk membebel pada dia, kata adik dah besar, asyik nak kena dukung lagi, boleh dijawabnya, “adik letih la. Nasib baik ummi GEMUKkan..boleh angkat adik!”
Hai! Sabar jelah.. Apapun, itulah kerenah anak. Kalau sabar mengundang pahala, hilang sabar, kita yang tanggung dosa! Dan yang penting adanya mereka inilah menambah keceriaan, kegembiraan serta kebahagiaan hidup kita. Semoga mereka kekal menjadi anak yang solehah dan bukan onak di masa hadapan.
17 comments:
hehe..kene minom susu anlene nih kak...kang patah riuk tulang dok ngangkat baby becar tu...hehe...usik2 di ptg hari ;D
salam,
ada tiga anak dara rupenye,
saya pula tiga anak teruna
masih kempunan untuk memiliki anak dara,
hehehe..tak tahan tuh dengar ayat dia...sama le anak kita cik wina tu..asyik cakap kita gemuk je..kdg2 geram jugak...cuma bila dia nak meng"ayat" kita sibuk cakap kita "kurus"!...nyampah tol!
erkkk apakah kan ku dengar ayat yang serupa satu hari nant? he he he Anak2 ibarat kain putih kitalah yang mencorakkanya, samada dia majusi nasrani atau muslim...tidak gitu kak nik? dalam makna hadith tu kan? anayway moga anak2 ini akan menjadi anak yang akan meringankan urusan kedua orang tuanya di akhirat sana.ameen
salam nik....:)
Nik gemuk???...
manede--->>comel adalah...
Anak2 ni bermacam kerenahnya masa kecil gitu kerenahnya dah besar lain pulak kerenahnya...
Sebab itulah nabi menyatakan 3 kali sayang emak yang ke4 baru sayang ayah...kerana betapa besarnya pengorbanan seorg yang bergelar ibu utk membesarkan anak2nya yang berbagai kerenah...
Semoga kita sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk sentiasa mendoakan anak2 kita supaya membesar menjadi muslim dan muslimah yang sejati...InsyaAllah. Amin.
Salam Kak Nik...
Alhamdulillah akak dikurniakan dgn anak2 yg dah meningkat dewasa sekarang ni.. boleh la nak harap tolong2 dkt rumah..
ketiga2 perangai anak2 akak tu ada persamaan dgn adik2 saya... bila baca cerita akak.. teringat saya dkt mereka yg jauh di Malaysia.. rindu la pulak...
Kak Nik.. akak tak nmpak gemuklah.. mgkin kudrat akak masih kuat nak mendukung anak akak yg dah besar tu.. jap ehh.. saya nak bayang kan jap.. kussss semanggaaattt... hehehe..
salam nik...
makngot??? hehehe....bahasa ni macam familiar lah nik. anak2 mmg camtu...saya ni nik...penat melayan anak2 yang dah besar, macam2 gaya.
akak panggil makngot teringat kawan masa study tp kitorang panggil ngotngot.. sbb lambat hehehehehe...
akak ni bukannya gemukpun... kecik comel jer... hehehehe
malam nie akak senyum senyum baca tulisan nik.tu baru tiga kan..perempuan pulak tuh..agak agak mesti lebih seronok kalau ade enam anak cam akak...tapi betul kata nik diakhirnya kita kena ikhlas dan ingat membesarkan anak anak adalah satu perjuangan juga..kalau betul jalan beruntung kita..pepun seronok!!!
hihihi...kelako ler adik tu!!!
tp betullah kak...kalau ada 10 anak, maka akan ada 10 karektor la. poning kepala nak layan. nasib sy ada 4 org aje.hehehe
Nuar,
tu lar pasal.. rasa mcm dah berbunyi tulang temulang akak
Ayu,
mmg lar kita nikan..bila ada anak lelaki nak plak perempuan.. akak pn teringin anak lelaki
aja..
tu lar budak2 ni mulut sesedap rasa je.. time nak sesuatu pandai lak mengampu maknya
sham
mmg..tgjwb ibu ni besar..Ibu kan madrasah pertama anak
June n Dhan
haaa.. ni lah untungnya org pakai jubah..boleh cover hahahaha.
Dida..
alhamdulillah, setkt ni dah boleh harap. tapi budak, time rajin buat..klu malas, takyah cakap lar...
semoga dida pun akak dikurniakan cahaya mata...
Leeza,
makngot tu org utara kata slow...hahaha, or at least my one n only org utara kat rumah..(hb).. kecik cara kecik, bila besar lain plak perangainya kan??
Kak Asma..
mmg kerenah anak2 ni boleh buat kita gelak dan boleh buat kita berasap hahaha...
ain..
itu lar pasal.. nak gelak ada, kecik ati pun ada hahaha (lorat maknya nak kecik ati ngn anak). Tkde maknanya nak kecik ati kat budak tak cukup umur kan!
salam kak nik...
yg kedua tu form 4 ke.. nampak kecil aje orangnya.
tp terer apa dia kak dpt 13A.. bukan senag tu.. tahniah buat akak kerana dh ada 3 anak dara . semoga diorang semua akan jd anak2 solehah... amin..
salam ida..
yang kedua tu baru darjah 3.. dia skolah agama.. tu yg banyak subjek dia belajar, terer auta ada la hehehe.
Hehehe...cam kenal jer t-shirt pyjamas kunin tuh....macam biasa ku lihat...di mana ya?
wahahah..milah.. TST
Salam umi...wa...malu koi...ahhah...
pecah temberang koi...hahhahha...
adus hilang hilang keayuan koi...
hahahhaha...;D
Post a Comment