RSS

Wednesday, July 8, 2009

Kalau Tak Pandai Berdakwah…

Saya sebenarnya masih lagi teringat peristiwa dalam bas dengan Aci tempoh hari. Perbualan singkat dengan beliau, membuatkan saya berfikir dan merenung kembali tanggungjawab tersandang di bahu.

Tambah pula, pada petang sebaik sahaja menulis entry kisah saya bersama Aci tersebut, saya berkesempatan berchatting dengan seorang sahabat. Perbualan kami juga berkisar tentang entry saya itu. Namun, ada satu kisah yang diselitkan olehnya yang ingin saya kongsikan bersama para sahabat semua. Andai kata kita terpaksa berdepan dengan soalan seumpaman ini, insya-Allah boleh diambil iktibar.

Kata sahabat saya yang bernama Sham ini, sewaktu umurnya 15 tahun, dia berjumpa dengan seorang lelaki Cina yang berniaga berhampiran dengan rumahnya. Katanya, kalau ke kedai tersebut, dia selalu bersembang dengan lelaki Cina yang berfahaman atheist itu. Lelaki itu rajin mengembara.

“Dia selalu kata, dia tak percaya mana-mana agama. Tapi dalam banyak-banyak agama, dia nampak agama Buddha agak terbukti kesohihannya, sebab sejarah Buddha di mana-mana dia pergi pun tetap sama versinya. Sebaliknya kalau Islam, dari satu negara ke satu negara lain versinya. Sham terkedu juga kak bila dengar cakap dia.”

Tapi menurut Sham, ada satu soalan yang ditanya oleh lelaki tersebut yang agak menguji dirinya yang masih muda. Namun, apabila saya membaca coretan Sham, saya kagum dengannya kerana dalam usia semuda itu dan bukan pelajar dari sekolah agama, dia berjaya berhujah dengan lelaki Cina tersebut.

Kata lelaki Cina itu, “Boleh awak buktikan Allah tu wujud?”
Jawab Sham, “Boleh awak buktikan udara yang awak sedut itu wujud?”
Lelaki itu tersenyum mendengar jawapan Sham.
Tanya Sham, “Kalau awak cakap Buddha tu tuhan, kenapa yang melahirkan Buddha itu seorang manusia?” Lelaki tersebut terdiam dengan pertanyaan Sham.
Kemudian Sham tanya lagi tentang bagaimana bumi ini wujud. Lelaki Cina itu mengeluarkan teori bing bang. Lalu Sham ambil sebatang pen, kemudian dia suruh lelaki itu berpaling ke arah lain. Kemudian Sham jatuhkan pen tersebut. Apabila lelaki itu memandang semula ke arahnya, Sham bertanya, “boleh awak percaya pen tu terjatuh dengan sendirinya?”
Jawab lelaki Cina itu, “Mana boleh. Tak logik satu-satu benda tu boleh jatuh dengan sendiri.”
Lalu jawab Sham, “Mana logik bumi ini wujud dengan sendiri? Setiap benda ada pencipta, setiap perkara ada pelaku.”
Lelaki Cina itu terduduk dan berfikir mendengar hujahan Sham.

Begitulah, kisah yang ingin saya kongsikan kali ini. Sebenarnya setiap kita adalah pendakwah. Jika tidak masakan Nabi bersabda, “sampaikan dariku walau sepotong ayat”. Memang ramai yang berhujah, ayat tersebut tidak boleh diambil sebarangan oleh orang yang tidak berkelayakan. Namun apa yang saya ingin nyatakan di sini, sampaikanlah perkara yang baik itu kepada semua. Ramai yang akan berkata, manalah kita alim tentang agama. Tak boleh nak berhujah, tak ada ilmu, baca Quran pun tak lancar.

Jangan lupa dakwah dalam Islam ini ada dakwah bil lisan (berdakwah dengan kata-kata, pengajaran, perdebatan dsb) dan dakwah bil hal (perbuatan, akhlak dsb). Kalau tidak ada ilmu untuk disampaikan, berakhlak baiklah dengan semua makhluk. Sabda Nabi s.a.w, sekecil-kecil sedekah, membuang duri di jalanan. Atau lebih mudah lagi, lemparkanlah senyuman. Dan natijahnya, tidak akan ada lagi yang mudah melemparkan kata-kata keji terhadap Islam atau mengata-ngata betapa buruknya Islam!

Jika kita lihat dalam sirah nabawiyah, ramai yang masuk Islam disebabkan oleh dakwah bil hal ini. Tentu kita semua maklum, kisah seorang Yahudi buta yang masuk Islam akhirnya, hanya kerana dia selalu disuapi oleh Rasulullah s.a.w, biarpun sewaktu itu mulutnya tidak berhenti memburuk-burukkan Baginda. Hanya setelah kewafatan Baginda barulah diketahuinya bahawa orang dikutuk itulah yang sering menyuap makanan ke mulutnya, lantas terus dia beriman dengan ajaran yang dibawa oleh Baginda.

Ramai di kalangan kita yang merasakan bahawa kerja dakwah ini milik ustaz, ustazah dan pegawai jabatan agama. Seharusnya, kita mengikis fahaman sebegitu kerana setiap daripada kita bertanggungjawab. Paling tidakpun tanggungjawab memelihara ahli keluarga daripada siksaan api neraka! Wallahua’lam.

8 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

betul tu kak...menyampaikan sesuatu yg baik utk manafaat org lain dalam hal kebaikan itu satu dakwah halus sbnrnya... :)

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam nuar..
betul nuar..dan kdg2 perbuatanlah yang org lebih ingat berbanding kata2

ain said...

setuju ngan apa yg akak tulis. klu pun kita tak boleh berhujah tentang islam yg detail..mungkin kita boleh berpesan2 tentang perkara yg mudah2 sahaja. paling mudah jika kita dpt email tentang ilmu islam,panjang2kan lah.

aJa said...

Betul tu, saye sokong buah fikiran kak nik sebab kadang2 dgn perbuatan dan akhlak kita sahaja sudah cukup menjentik sedikit perasaan org bukan muslim terhadap org2 muslim...berdakwah tu subjektif kan?...

jgn lupa jwb tag, hehehe

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam
ain
panjangkan kebaikan, biar sikit tp ikhlas kan??

aJa,
mcm pepatah Inggeris kata actions speak louder than words!
tp kalau boleh berdakwah bil lisan, itu lagi baik, disertai plak dengan dakwah bil hal.

Shams Ali said...

salam. Kak, hangat kita bincang ttg dakwah.. shbt kita Ukhti Marwah Al-Sherbini berdakwah dengan nyawanya..juga dgn nyawa anak yang dikandungkannya... tak terdaya rasanya bila terima khabar ini.. Moga kita sentiasa sedar peranan dan tanggungjawab kita walau dimanapun kita..

Leeza said...

Salam Nik...
kita bukan hanya berdakwah dengan orang bukan Islam sahaja tetapi berdakwah sesama Islam juga...kerana seperti saya yang serba kenaifan ini...memang memerlukan sahabat menegur kekurangan diri. Marilah kita saling mengingati sesama kita.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

nik..salam
cite nabi menyuapi oran yahudi itu baru seminggu dua ku tulis dalam buku blog perjalanan teta..he...he..