RSS

Wednesday, April 14, 2010

Sakit kepala…sakit otak?


Keletah anak-anak memang menghiburkan. Tapi tak kurang juga membuat telinga berasap. Menguji kesabaran? Memang! Meletihkan? Sangattt! Menerbitkan perasaan gembira dan kasih sayang? Tepat sekali!!!.

Anak-anak, nalurinya inginkan keseronokan, kegembiraan. Banyak bertanya kerana perasaan ingin tahu mereka cukup tinggi. Apatah lagi dalam usia peringkat awal kanak-kanak. Mereka belum boleh membaca dan akan bertanya apa yang terlintas di fikiran.

Efa, memang banyak cakapnya (macam uminya juga!!!). Letih melayan dan mendengar ocehannya. Kalau di waktu pagi sebelum ke sekolah, memang boleh angin satu badan melayan kerenahnya.

Tetapi kadang kala pertanyaan yang muncul dari mulutnya membuat kita terpaksa memerah otak memikirkan jawapannya, agar mudah dicerna sesuai dengan usianya.

Pernah suatu hari, dalam perjalanan untuk menghantar majalah kepada client yang membuat iklan di Bt. Caves, sebaik melintasi kawasan kuil Bt. Caves dia bertanya. “Umi kenapa kita tak nampak Allah?”

Aduh! Terkesima juga sebentar untuk memikirkan jawapannya. Salah jawapan, lain pula jadinya. Rosak akidah anak. Lalu saya nyatakan, Allah sangat istimewa. Kalau kita boleh nampak Allah dan Allah tu serupa dengan benda-benda atau serupa manusia, itu bukan Allah. Allah Tuhan kita, mesti Dia sangat istimewa. Kalau nak tengok dan jumpa Allah kenalah ikut segala perintah Allah. Mujurlah, dia tidak bertanya lagi tentang Allah selepas itu.

Mungkin jawapan saya tidaklah sebaik mana, lantaran kekurangan diri sendiri. Tapi susah juga kalau nak diceritakan zat Allah itu tidak sama dengan zat manusia! Entah-entah dia pun tak faham dengan zat!.

Tiba-tiba, dia bertanya soalan lain. Kenapa kita tak nampak syaitan? Hmm..syaitan pulak! Nak dijawab “memang tak nampak syaitan, tapi perangai syaitan berlambak..” bimbang dia tak faham. Akhirnya saya jawab, “nanti kalau adik nampak syaitan mesti adik takut. Perangai jahat, rupanya tak elok. Contohnya hantu, semua orang tak nak tengok hantu.”

Sebenarnya, bukan senang menjadi ibu bapa hari ini. Anak-anak semakin bijak. Justeru, ibu bapa perlu menjadi lebih bijak daripada anak-anak. Guru-guru juga perlu menjadi lebih bijak daripada anak murid. Memang sukar, tapi kita kena juga ikhtiarkan. Perlu melengkapkan diri dengan ilmu.

Namun, dalam melayani kerenah anak, saya sebenarnya terfikir bagaimanalah guru-guru di tadika melayan kerenah anak-anak yang masih hijau ini. Melayan segala pertanyaan dan melayan keletah mereka. Sudah pasti memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.
Tapi tidak terasa lucukah kalau menerima aduan sebagaimana yang diberitahu Efa kepada saya. “Umi nak tahu, tadikan Ain kan dia cakap ngan cikgu.. Cikgu, Ain sakit otak! Lepas tu cikgu suruh tidur!”. Sambil bercerita dia meletakkan tangannya di ubun-ubun.

Ha?? Tak terkejut kita mendengar konotasi ayat tersebut? Lain benar maksudnya tu…sakit kepala dan sakit otak! Memang ketawa besar saya mendengarnya. Lalu saya membayangkan guru yang mendengar aduan murid tersebut. Agaknya kalau saya menghadap budak-budak tersebut mahu saya gelak guling-guling!.

7 comments:

iman said...

betul2 kak nik... Masa berubah... minda manusia pun berubah... Bukan sebab apa... sebab ank2 skrg byk kemudahan yang mendedahkan mereka dengan dunia luar..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

iman..
kita kena 'sama naik' dengan anak.. kalau tak, mmg tak ter catch-up

Suhana Shahril said...

Haha..ingatkan saper lah yang sakit kepala sakit otak..rupa2nya ada cerita.kekeke..Ana pun mmg tabik sgt lah kat cikgu2 yg ngajar kat tadika ni,depa boleh layan anak2 yg sebegitu ramai dgn penuh kesabaran. Ana yg baru 3 org ni pun dah berkelu-kesah..huhuhu. Nmpk sgt x layak jd cikgu.kuikui..

Nik Fauziah said...

Ana..syukurkan ada cikgu2 yang sabar melayan kerenah anak2 kita!

haiza najwa said...

Aduyyai..memang tersengih giler kak Haiza. Very adorable anak you Nik..

luahan said...

salam nik,
jd cg, x kira mengajar di usia mn pun, cabarannya ttp ada..
mmg anak skrg makin keletah
dan bijak serta petah.
let us as parents move one step ahead of them, yes?
hehe..cakap omputih lak?

sofi.

Khadijah said...

comeiinyee anak akk n bijak! :)