RSS

Wednesday, April 28, 2010

Allah menyembuhkan…

Biasalah, kalau sakit kita mesti cari ubat. Cari ubat sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit. Sakit makan ubat, sakit sapu ubat. Pendek kata, bila sakit cari ubat. Sesuailah dengan hadis, “setiap penyakit ada ubatnya, kecuali tua dan mati.”

Namun kita lupa ubat sebagai asbab untuk sembuh. Ada juga penyakit yang tak payah makan ubat pun sembuh. Contohnya selesema, dibiarkan beberapa hari akhirnya sembuh juga. Tak payah pun makan ubat. Kenapa? Sebab ubat itu sebagai asbab sahaja kerana yang menyembuhkan adalah Allah SWT!

Kita mungkin terlupa hakikat tersebut sebab bila sakit kita segera mencari ubat. Seolah-olah ubat itu penyembuh. Kita sebagai manusia biasa memang tidak dapat lari daripada sifat lupa ini.

Malah saya pernah terbaca kisah Nabi Musa yang ditegur oleh Allah SWT. Kisahnya, suatu hari Nabi Musa mengalami sakit gigi, berbagai ubat telah dicuba namun tidak sembuh juga sehingga beliau berdoa agar disembuhkan sakitnya. Maka turunlah malaikat yang memberi khabar bahawa sakit giginya boleh disembuhkan dengan suatu jenis rumput tifani. Maka Nabi Musa pun melakukan perintah malaikat, sehingga sakit giginya sembuh. Pada ketika yang lain, baginda mengalami sakit gigi lagi. Disebabkan sudah sudah tahu ubatnya, maka baginda terus mendapatkannya. Namun kali ini sakit giginya bertambah parah. Maka Nabi Musa as kembali memohon pertolongan Allah SWT.

Allah SWT berfirman, “Wahai Musa! Aku adalah yang menyembuhkan dan menyihatkan. Aku adalah yang memberikan bahaya dan manfaat. Pada waktu pertama, engkau melakukannya kerana Aku, sehingga Kuhilangkan penyakitmu. Sedangkan sekarang engkau melakukannya bukan kerana Aku, melainkan rumput tifani itu.”

Justeru, jelaslah bahawa ubat hanyalah asbab yang dengan izin Allah, maka sembuhlah penyakit. Dan hal ini juga menjadi ‘teguran’ buat diri saya! Terasa ‘tebal domoi’ dengan si kecil saya, Efa. Waktu kaklongnya merungut sakit kepala (kaklong memang selalu dapat migraine), saya bisingkan kaklongnya. “Dah sakit, makanlah ubat. Kalau dibiarkan nanti melarat pula.”

Lalu sekecil itu pun menyampuk.. “a'ah.. nanti ALLAH YANG MENYEMBUHKAN, kan ummi..!”.

Masya-Allah, sungguhlah! Kadang kala dalam percakapan kita, terlupa hakikat sebenarnya, Allahlah yang menyembuhkan! Mujurlah adanya ‘pengingat kecil’ yang petah bercakap itu!

2 comments:

dhan said...

SALAM KAK NIK....
bagusnya si Efa tuh.. dia benar2 take nate ape yang umi dia ajar.... hehehehe...
benar segala2nya kita berserah kepada Allah... ubat tu cuma cara atau sebab sahaja...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam dhan..

sebenarnya peranan sekolah jugak sgt besar. Apa yang kita ajar kat rumah sekolah emphasis kan lg, dan ada benda yg kita lupa..sekolah bagi. So kena betul2 pilih sekolah, sbb apa yg kluar dari mulut cikgu jugak ibarat 'kata keramat yg wajib dipatuhi'.