RSS

Thursday, March 4, 2010

Nostalgia…

Baru-baru ini sempena sambutan maulidurrasul, telah diadakan ekspo 1 Malaysia 1 Halal bertempat di Masjid Negara. Teringat dulu-dulu, ekspo yang menampilan jualan produk-produk halal ini dipanggil Ekspo Masjid Negara.

Saya berkesempatan mengunjungi ekspo ini. Kebetulan diadakan sempena cuti maulidurrasul yang bersambung dengan hujung minggu. Kunjungan tersebut lebih kepada untuk membawa anak-anak berjalan, di samping urusan mencari iklan untuk majalah.. 2 dalam 1 lah tu kiranya.

Cadangan awal, kami sekeluarga ingin pergi pada petang Sabtu. Anak-anak sibuk ingin menonton persembahan nasyid. Tapi disebabkan kereta terpaksa dihantar ke bengkel, akhirnya pagi Ahad (hari terakhir) baru dapat ke sana. Konon-konon nak berlama di situ tetapi cuaca panas membuatkan masing-masing sudah nak balik. Tak sempat solat Zohor kami dah cabut balik!

Sempat jugalah membeli sebotol sambal tumis segera keluaran NekNor yang dijual dengan harga RM4.90. Rasanya? Bolehlah kalau nak makan segera tu. Cuma goreng bilis dan kacang tanah, biarkan sejuk kemudian gaul saja dengan sambal tu.

Dapat juga membeli air karbonat keluaran maduria dan FAMA. Oh, si Iman sudah tersangkut di gerai Ana Muslim. Apalagi koleksi buku-buku Ana Solehah yang belum ada semua diangkutnya. Dan Efa pula sempat capai T-Shirt Ana Muslim.

Orang ramai juga pada hari terakhir, jadi terpaksalah parking agak jauh dari masjid. Dekat medan selera Tangling dan berjalan kaki ke Masjid Negara. Melalui Jalan Cenderasari ini, sebenarnya membawa nostalgia bagi saya. Sebab inilah jalan yang saya lalu setiap hari persekolahan dari tahun 1982-1986, 28 tahun yang lalu. Uiks.. lama tu!!

Di sebelah Masjid Negara inilah saya bersekolah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Methodist Girls’ School (MGSKL). Bila melihat bangunan sekolah, teringat zaman belajar dahulu. Sezaman dengan saya, Sheila Majid (senior saya), Ziela Jalil (junior) dan Sheliza Shahdan (classmate). Bangunan lama masih kekal dan ada juga tambahan baru. Iyelah, sudah 24 tahun sekolah tersebut saya tinggalkan. Tapi tentu saja kenangannya masih kekal di ingatan!

Bangunan di belakang yang kelihatan tu, terletak kelas saya dulu, tingkat 5 sains 2. Monyet cukup suka masuk kelas kami hahaha!

Sempatlah posing depan gate sekolah (dulu-dulu zaman sekolah tak pernah teringin pun! Hahaha), bawah pokok saga. Si Efa siap kutip biji saga yang berterabur. Teringat zaman sekolah dulu, saya pun suka jugak kutip biji saga yang merah menyala ni!

Apa pun, kenangan lama memang satu yang indah untuk dikenang!

8 comments:

Packy @ Mawar Merah said...

Nik, kenal tak Norazlina aziz, dulu2 dia duduk kat rumah pekerja Istana Tetamu...kalau tak silap dia satu batch ngan Nik.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

kak packy..
nama mcm familiar.. maybe tgk rupa cam kot!

Packy @ Mawar Merah said...

Hee...dia further study kat itm gak mass comm, ler ni ngan Bernama. Dia mmg sama umur ngan Nik and sekolah tu ler...macamana tak ingat sebelum nie...she's my cousin.

sya said...

kak nik..
dulu, masa dekat uitm. tiap kali ada kelas dekat dengan pokok saga, saya mesti nak kutip biji saga tu.. bukan nak simpan pun.. saje suka tengok warnanya yang merah menyala tu.. hehehe...

nik fauziah said...

kak packy..cannot recall lah..
maybe masa tu dia arts stream kot..tp klu tgk gambaq harus ingat..kak ada dak gambaq dia?

idasm said...

wah... mmg nostalgia betul ni. seronokkan mengimbau kenangan..

hans said...

tak kira kenangan tu pahit atau manis
pasti ia akan membuat kita senyum

Unknown said...

Dah lama tinggalkan sekolah winduuuu gilerrr kat kekawan 1982-1986 ..lebih lebih lagi gang dikir barat ...😪 miss you all.. Kat mana agaknya korang ehhh..