Pagi Jumaat, saya, suami dan Efa keluar bersarapan bertiga. Kak long tidak mahu ikut, hendak menyiapkan kerja sekolah katanya, sementara Iman kembali menyambung tidur selepas solat subuh.
Kami bertiga ke Restoran Taqwa di Seri Gombak. Saya suka makan tosey telur di situ. Memang sedap. Suami memesan roti canai, berkongsi dengan Efa.
Setelah itu kami menghala ke kedai spare part di Batu 6 Jalan Gombak. Suami mahu membeli timing belt kerana timing belt yang sedia ada sudah sampai jangka hayatnya untuk ditukar.
Sewaktu dalam perjalanan ke kedai tersebut tiba-tiba ternampak sekumpulan orang ramai yang berarak. Ingatkan orang berarak maulud Nabi, tapi nampak ada semacam kumpulan kompang. Oh, kenduri kawin agaknya, kata saya kepada suami.
Seperti biasa, Efa riuh mulutnya bertanya. “Orang kawin ye umi. Ke berarak maulud? Kenapa orang berarak…bla..bla.bla..”
Setelah membuat pusingan U, suami memberhentikan kereta di tepi jalan di hadapan kedai spare part tersebut. Saya dan Efa tinggal di dalam kereta. Efa sudah berpindah dari tempat duduk belakang ke atas riba saya di hadapan.
Tersengih-sengih memandang muka saya. Tiba-tiba dia bersuara.
“Umi adik nak kawin lah..”
“Ha..?” tanya saya terkejut. Dalam hati saya berkata budak ni biar betul. Ke maksud dia dah besar nanti?
“Adik nak kawin kecik-kecik ni…”
Adus!! Tepuk kepala saya.. Alahai anak, faham ke kamu makna kahwin tu..
“Adik nak kawin dengan sapa?”
“Dengan Huzaifah, awek adik”
Hua! Hua!
Allah. Allah.. Tergelak saya mendengar celoteh Efa.
“Isk adik tak malu lah” usik saya. Efa sudah ketawa menggelekek. Dia mempermainkan saya rupa-rupanya!
Tapi itulah budak-budak sekarang, kecik-kecik lagi dah pandai!.
Bila saya tanya siapa Huzaifah, kata Efa kawan di tadikanya. Dia suka berkawan dengan Huzaifah kerana pipinya tembam dan Huzaifah pula memang suka mengusik Efa.
Daripada Iman saya dapat tahu, rupa-rupanya Huzaifah anak ustazah Iman. Ustazah Hazirah dan suaminya Ustaz Jailani, Imam masjid di Jalan Gombak.
Isk,isk,isk dapat ‘berbesan’ dengan ustaz-ustazah rupa-rupanya! Hahaha…macam-macam hal anak dara saya sorang ni..
Istighasah, boleh ke tak?
1 day ago
8 comments:
alahai anak...andainya perkahwinan itu semudah dan seindah hidupmu di usia ini..
hehehe... kelakarlah Efa ni... :D
jauh diorang ni berfikir kan, kak?
nanti, bila semakin meningkat dewasa, semakin banyak yang diorang fikirkan.
inilah cabaran kita sebagai orang dewasa untuk menjawab secara berhemah..
ha ha ha..tapi macam Teta juga, umi Teta nak kahwin dengan abang Adli, sekejap Danish, sekejap Balkish..budak2 ni tak tahu sebenarnya makna perkahwinan.
mula2 dengar tu terperanjat juga tapi lama2 da tak kisah..
Awalnya dia orang beranak Nik?
Sham,
budak2kan? dorang nampak keseronokan sahaja.
Sya.. btol tu.. cabaran untuk kita yang bergelar mak ayah ni..
Kaktie.
Mmg terkejut dibuatnya...hai cepatlah kita jadi 'tua'!
huhu... anak2 kecil ni ragamnya membuatkan hari2 bermula dgn senyuman... mampu membuatkan tangisan berganti senyuman...Wish... I that naive...commella kak nik...
iman..
hmm mmg budak2 mcm2 ragamnya.. buat kita ketawa, marah, tension..
tapi yg pasti kehadiran mereka menyeri hidup kita!!!
hua...hua..hua...
kelakar betul lah efa ni mulut dia x ubah macam cik wina..pot pet pot pet...
ada je idea dia nak nyakat kita...
tapi kadang2 seronok jugak dgn gelagat derang kan?
budak-budak.. apalah agaknya yg difikirkan tentang kawen ni yea..
sure semua yg best2 belaka tu.. hehe
Post a Comment