Semalam saya menerima mesej dari blogger Kak Asma http://kaksma.blogspot.com bertanya sama ada saya sudah tahu mengenai kehadiran orang baru dalam keluarga beliau.
Saya memang tak perasan kerana pada entry terakhir di blog, beliau masih lagi belum melahirkan. Apabila sudah hujung minggu memang komputer pun menjadi rebutan anak-anak.
Sebaik membalas mesej beliau, saya terus menghubunginya pula. Saya memang malas sungguh untuk menaip mesej. Lebih puas bercerita kalau dapat mendengar suara.
Alhamdulillah, Kak Asma dan baby sihat walafiat. Biarpun dia agak bimbang untuk menyambut kehadiran orang baru di usia sudah melebihi empat puluh, namun dengan keyakinan bahawa sudah rezeki buatnya sekeluarga, beliau redha.
Inilah orang baru dalam keluarga Kak Asma (kredit dari blog Kak Asma)
Dan tambah mengujakan kelahiran si bongsu ini merupakan seorang hero, jadi adalah kawan untuk si Acid. Kalau tidak, Acidlah saja ‘kumbang’ yang dikelilingi bunga-bunga di ‘taman’ Kak Asma dan suami.
Cuma agak ngeri, apabila Kak Asma mengalami masalah uri tersangkut dan masuk semula ke dalam. Daripada kelahiran yang normal, beliau nyaris-nyaris terpaksa dibedah untuk mengeluarkan uri tersebut.
Alhamdulillah, ia tidak terjadi. Tapi agak ‘teruk’ jugalah beliau ‘dikerjakan’ oleh doktor. Mujurlah, dia diberi general anesthetics. Dan sebaik sahaja sedar daripada kesan bius, Kak Asma makan beberapa biji tamar untuk memulihkan tenaga beliau. Kata Kak Asma dia teringat perihal Maryam yang makan buah tamar sebaik sahaja selamat melahirkan Nabi Isa, dan berbekalkan keyakinan tersebut, beliau mencubanya. Alhamdulillah, beliau dibenarkan pulang pada hari yang sama.
Berdiri juga bulu roma dek terasa ngilu mendengar pengalaman yang terpaksa dilalui Kak Asma. Sebenarnya saya sudah lama terlintas untuk memberikan sepotong ayat Quran yang pernah diajar kepada saya oleh seorang ustaz (almarhum) untuk mereka yang lekat uri sewaktu bersalin, kepada Kak Asma. Tapi entah macam mana terlupa pula. Sudah tersurat begitu…
Sebelum terlupa lagi, kepada sahabat-sahabat yang sedang menunggu kehadiran orang baru, saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat ini.
Ayatnya dari surah At-Thariq, bermula ayat 1-7.(Ayat ke-7 diulang 3 kali). Tiup pada segelas air dan beri minum pada orang yang lekat uri tersebut.
Semoga ada manfaatnya!
Istighasah, boleh ke tak?
1 day ago
7 comments:
huhu... ngeri pula iman baca... but berbaloi sgt... dpt lg seorang anak yg akan mendoakan ibu bapanya...
alhamdulillah, syukur semuanya selamat. seronoknya dapat baby.
iman..
mmg..ibu sanggup berkorban apa saja unt anak.
ida..
mmg best kan? mesti seronok tmbh ahli baru yang comel plak tu.
salam nik..alhamdulliah asma telah melahirkan ..dan beliau terselamat dari musibah.
umah akak tu kat seri kembangan..kenapa??
kak ina.. saja je tanya.. hehehe kot2 area gombak ni ada kawan hari tu cari rumah sewa
salam nik..
kak sofi ni. bercerita ttg kelahiran, teringin nak kongsi gembira ngan semua. adik akak umur 41 thn pun br aje melahirkan anak lelaki 3 minggu lps. yg manisnya, anak ini anak kedua slps 20thn x melahirkan. mmg seronok..rasa meriah rumahtangga.
tp mmglah, tanggungjawab mendidik dah tergalas semula..
nik, kak sofi link semula ngan blog ni, boleh? aritu dah hilang.
salam kak sofi..jauhnya jarak usia dua beradik tu.. tp tulah rezeki kan?
terima kasih kak sudi link..
Post a Comment