19 Mac, bermulalah KL International Book Fair 2010. Seperti biasa, saya akan menjadi pengunjung tetap. Urusan kerja – membuat liputan, mencari bahan untuk majalah. Sambil sempat jugalah menjamu mata dan membeli buku.
Hari pertama pesta buku kali ini, saya bercuti (sebagai ganti dua hari satu malam bekerja tanpa henti mengejar deadline), jadi masa diperuntukkan untuk membeli buku dan meninjau-ninjau gerai-gerai penerbit lebih panjang. Seperti biasa, saya ke gerai Kak Yati (Norhayati Berahim). Mendapatkan novel terbaru beliau dan agenda wajib berlonggok berjumpa rakan blogger. Cuma Liza Bujang sahaja yang sempat saya temui di hari pertama.
Kemudian saya ke gerai PTS, mencari novel kanak-kanak untuk Iman. Kebetulan, hari pertama pesta buku bersamaan tarikh ulangtahun Iman yang ke-10. Boleh tahan juga ramainya orang di gerai PTS walaupun hari pertama. Penat juga beratur untuk membayar. Di gerai PTS, terjumpa dengan Editor PTS, Asmah Fadilah. Terima kasih pada Asmah yang sudi ‘meminjamkan’ kemudahan staffnya. Dapatlah diskaun sebanyak 35% untuk buku-buku yang dibeli oleh Along Huda.
Di gerai PTS jugak, saya terserempak dengan Yusnita, PRO Media Prima. Katanya sudah bertukar pula ke GBSB. Yus datang dengan kakak iparnya. Sempat bertukar khabar sekejap dengan Yus.
Kemudian saya ke gerai kak Noor Suraya untuk bertemu kak Su dan kak Noor. Ramai betul pengunjungnya, tak sempat nak ambil gambar kak Su dan Kak Noor. Dan tak sangka terjumpa pula dengan sahabat saya Saidah Saat yang lebih 20 tahun terpisah. Tak sempat juga nak rakam gambar Saidah dan anak keduanya. Tak apa Saidah, lepas ni kita contact lagi!
Hari yang sama sempat juga ke gerai Blue T, sambung langganan Ana Muslim. Dan singgah di gerai Galeri Ilmu. Lama juga bersembang dengan sahabat seperjuangan, Kak Jalilah, editor majalah Anis. Memang lama sungguh tak bersua dan bersembang dengan Kak Jal. Kali terakhir menelefon Kak Jal, sewaktu hari kematian Ustaz Asri Rabbani. Kebetulan Kak Jal sedang menunggu isteri arwah Ustaz di hospital.
Memang tak puas berpusing-pusing di pesta buku pada hari pertama. Insya-Allah tugasan yang dipikul akan membawa saya lagi ke pesta buku, sebelum tiba tarikh akhirnya, mudah-mudahan.
Apapun nilah yang dibeli pada hari pertama…16 buah buku!! (baru hari pertama tuh!!!)
Iman… dah sepuluh tahun dah anak umi nih!!!
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
1 week ago
5 comments:
salam,
br dpt baca..internet slowww sgt.
amboi, byk borong buku, ya?
tp x pe, gedung ilmu tu..
selamat u/thn iman, dan mak cik sofi doakan smg pjg umur murah rezeki.
kejap aje anak kita dah besar, ya, nik?
salam kak nik, ida ke sana hari sabtu. tp tak ke mana pun, lepak kat booth NB aje. org ramai sgt, nak jalan pun susah, lagi2 dgn solehin.
bilalah kita dpt bersua yea kak?
salam nik...akak pun pergi gak hari pertama..gi jugak ke pts tu..tapi tak ada rezeki nak jumpa..
hari khamis akak pergi ke nb kara jumpa norhayati..dia kata kamu nak datang jugak jumpa dia..akak tak leh tunggulah pulak sebab ada urusan.
kak sofi..
tulah budak2 cpt je..tup2 tgk dah besar panjang
ida..
lama tak bersembang2 kan? Iyelah..bilalah nak jmpa ni?
Kak ina..
tak berjodoh lagi kita nak jmpa..
takpe insya-allah satu hari jmpalah jgk dengan izin-Nya
huhuhuhu... tahun ni tak dapat menghadirkan diri ke pesta buku. Terasa amat rugi sangat. Apa kan daya keadaan tak mengizinkan....
Post a Comment