RSS

Tuesday, February 16, 2010

Kuatkah Pergantungan Hati Kita dengan-Nya?

Baru-baru ini saya mendapat emel daripada grup alumni AFKL menyampaikan khabar tentang seorang sahabat saya yang kematian adiknya. Saya kemudiannya segera menelefon sahabat saya itu untuk bertanya khabar.

Kebetulan, jenazah adiknya baru sahaja siap disemadikan. Menurut sahabat saya ini, adik lelakinya itu meninggal dunia akibat santau. Sudah agak lama dia sakit. Cuma sejak sebulan kebelakangan ini adiknya itu semakin tenat. Sehinggalah dia terlantar dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Apa yang amat menyentuh hati saya, adiknya ini meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masih kecil. Anak sulungnya baru berusia 9 tahun dan anak keempat masih dalam kandungan. Dijangka lahir Mac ini. Saya dapat membayangkan kesedihan yang ditanggung oleh isteri arwah. Saya tidak pasti sama ada isteri arwah ini bekerja atau tidak.

Saya membayangkan kalaulah saya berada di tempat balu arwah ini, bagaimanalah agaknya diri saya. Walaupun saya mempunyai kerjaya sendiri, tak dapat saya bayangkan bagaimana diri saya apabila tempat ‘berteduh’ saya tiada lagi. Tambahan dengan saya yang ‘kurang berdikari’ dan terpaksa bergantung dengan suami. Saya tidak boleh memandu, susahnya saya hendak mengurus anak-anak (saya perlu memotivasikan diri untuk mengambil lesen secepat mungkin). Dan pastinya saya akan kehilangan sumber kekuatan, pakar rujuk dan spiritual advisor saya. Oh! Tak sanggup rasanya untuk saya membayangkannya, memang saya rasa helpless habis.

Namun dalam melayani kebimbangan itu, saya lebih terfikir sebenarnya andai ditakdirkan suami pergi mendahului saya, apakah saya telah berbakti sebaiknya untuk beliau. Apakah saya sudah menyandang gelaran isteri solehah? Apakah setelah pemergiannya, saya tidak akan berasa kesal kerana tidak memberikan yang terbaik untuknya? Mengenangkan perkara tersebut saya jadi sangat sayu dan berdoa janganlah saya terpaksa menghadap pemergiannya dahulu!

Tambah membuatkan saya menilik diri, apabila membaca novel terbaru Kak Noor Suraya, Jaja & Din. Buku tersebut tiga kali saya ulang baca.

Teringat mesej saya dengan Lily Haslina.. Bila saya bertanya pada beliau, sudahkah dia membaca novel Jaja & Din, jawab Lily, “Aha memang dbom…lembut menikam.”

Lalu saya balas, “touching gilerkan? Rasanya akak ni isteri tak solehah langsung”.

Balas lily pula.. “ha..ha..ha.. akak ni kelakar lah”

“Serius lah, buat akak terpk & muhasabah blk makna perkhwinan…”

Tetapi betullah, semakin dibaca semakin saya rasakan betapa saya masih belum mencapai darjat isteri solehah! Memang buku Kak Su bukan sekadar sebuah novel tapi bagi saya sebuah buku tazkirah yang lembut menikam. Yang mengajar erti ihklas, redha, sabar, zuhud, jihad dan taat!

Dan kemudiannya, apabila saya berbual di YM dengan Kak Yati, terbitlah kisah bagaimana kalau ditakdirkan suami dipanggil balik menghadap Ilahi. Dalam berbincang, saya tergelak sendiri apabila Kak Yati bercerita kisah dia mengusik suaminya, bilakah jenazahnya akan dikebumikan kalau dia meninggal dahulu kerana kata suaminya dia akan menangis di tepi jalan kalau isteri kesayangannya itu pergi dahulu daripadanya.

Sememangnya kematian hakikat yang tidak dapat dielakkan. Sudah pasti ia akan menjadi kehilangan yang amat memeritkan kerana kita bukan sahaja kehilangan suami tetapi soul mate kita.

Namun apabila saya bersembang dengan suami tentang kematian, seringkali jawapan yang diberikannya mudah sahaja (agaknya dia tak mahu melayan pertanyaan saya!).

“Kalau dah mati tanam sahajalah. Yang hidup teruskanlah kehidupan. Isteri kawinlah lain, dapat suami baru.”

Dan mulut saya pun mulalah menjawab, orang lelaki senanglah. Isteri meninggal terus cari ganti. Memang tak pelik pun, isteri masih hidup pun, ramai yang sudah cari pengganti. Orang perempuan tak semudah itu…!

Dan saya kemudiannya dapat tazkirah percuma daripada suami… “Hidup mati itu ketentuan Allah. Yang penting walau siapa pun mati dulu, kita kena minta semoga Allah mengampunkan dosa kita dan dimasukkannya kita ke dalam golongan orang beriman. Dan yang hidup pula jangan lupa pergantungan kepada Allah. Waktu inilah ujian sebenar di mana pergantungan kita, Kita kata kita yakin Allah yang memberi kita rezeki, maka kalau tiada suami pun jangan takut, Allah tetap memberi rezeki.Yang penting pastikan isteri berpegang teguh dengan Islam, didik anak dengan Islam, hiduplah dengan cara Islam.”

Iye memang benar, senang untuk menyatakan kita mesti berlapang dada dengan ketentuan Allah dan menguatkan pergantungan kita kepada-Nya. Namun andai datang ujian itu, sekuat manakah sifat redha kita dan setebal manakah keimanan kita? Apakah ianya senipis kulit bawang yang akan koyak dengan sedikit carikkan sahaja? Semoga tidak begitu hendaknya!!!

6 comments:

hans said...

ish,ada lagi yer santau2 ni
sedih tul

Unknown said...

salam kaknik.
terima kasih sebab menulis berkaitan soal kematian yang kakchik selalu juga fikir2kan. terasa macam dapat tazkirah free je.
belum baca Jaja & Din tapi baru na order banyak2 novel Jemari Seni utk jua di MariBaca. Sudah tentu kakchik yang baca dulu.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

hans.. masih ada selagi ada manusia yang duk bersekutu dengan iblis.

Salam kak chik..
Memang buku Jaja&Din tu worth reading. Boleh buat kita muhasabah diri sendiri.
Cukuplah mati itu sebagai nasihat kan? suka tak suka kita ttp akan mati...semoga kita dpt keampunan dari-Nya.

Suhana Shahril said...

Wah..isu lebih kurang sama dgn kak NB..ada rasa terjentik sedikit sebab ana baru jer bincang dgn suami hal ni.Mcm mana leh terkeluar topik ni semasa kami dok sembang2..biasalah bila selepas kena tinggal mesti keluar nya topik ni..cik abang p kursus BTN 5 hari,ana kena jaga anak2 sendirian dan sementelah plak, yg sulung dan yang bongsu demam.Memang rasa cam hilang semangat bila cik abang tiada di sisi.Inikan pula kematian.Waaa..memang rasa cam nak nangis. Jawapan sang suami memang lebih kurang sama dgn jwpn husband kak nik...hmmm...orang perempuan banyak bertindak ikut perasaan.Sebab tu, jarang yg nak kawin lain pas kematian suami. Dan orang lelaki pula bertindak mengikut akal fikiran...namun maksudnya yang dalam moga2 sampai ke fikiran kita...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Ana..sama ek.. hahah..sbb hari tu duk menyembang ngn kak yati!.

Yelah kan, kita org ppuan ni bila ada suami mmg kita bergantung dgn suami. Kdg sbb suami yg suka mcm tu. Bkn suka tp kdg kala dia meletakkan syariat di dpn, apa2 biar dia yg buat, esp kalau melibatkan urusan luar rumah. Tp bila suami tkde tu yg kita jadi patah kaki.

Mmg ye bkn senang org perempuan nak cari ganti bila suami dah takde. Bnyk benda yg akan dipk kannya.

sya said...

kesiannya dengan ibu tunggal tu.. tak dapat bayangkan menerima kelahiran anak tanpa suami di sisi....

saya kena bermuhasabah.. suami keluar sesekali sudah terasa kesukarannya... bagaimana jika...? hmm, tak sanggup fikirkan...

cuma harap, saya buat sehabis baik sekarang ini, dan tidak menyesal dikemudian hari..