Hari ini genap umur si Efa 5 tahun. Sejak dari semalam lagi dia sudah tersenyum lebar apabila diberitahu bahawa hari ini dia bakal menyambut hari lahirnya yang ke-5. Cuma lucunya dia sudah warning kami awal-awal… “Adik tak nak lagu happy birthday.. tapi nak nyanyi lagu Allah selamatkan kamu!”. Macam-macam
Awal pagi tadi dia agak liat untuk ke sekolah. Katanya nanti kalau petang dia balik dah nak habis happy birthday dia. Setelah dipujuk dan berjanji petang nanti kami akan bawa dia pilih kek sendiri, barulah dia ceria kembali.
Petang tadi setelah dia balik dari sekolah, Efa sudah pun kelihatan ceria. Dia meminta untuk bertindik telinga. Mulanya ingatkan dia main-main. Setelah mandi dan menukar pakaian, kami terus membawanya keluar. Setelah mengambil kaklong di sekolahnya, kami ke pasaraya Giant Taman Permata. Mencari kedai aksesori untuk menindik telinganya.
Sebelum itu beberapa kali juga kami mengusik dan menggempak untuk menakutkan dia. Tapi dia benar-benar nekad untuk bertindik. Setelah tiba di kedai tersebut sekali lagi saya bertanya benar-benarkah dia ingin bertindik. Dia tetap tidak berubah fikiran.
Apabila pekerja kedai tersebut menindik telinga sebelah kirinya dia sudah mula mahu menangis. Sakit katanya. Tapi segera saya ingatkan dia yang dia sendiri mintak nak pakai subang. Mujurlah sempat juga telinga sebelah kanan pula ditindik, walaupun dia sudah tercebik-cebik hendak menangis. Segera didukung oleh abahnya dan setelah disuakan cermin, dia kembali senyum.
telinga Efa dah bersubang
Setelah selesai, kami ke kedai kek pula. Setelah puas memilih Efa berkenan dengan sebiji kek coklat. Bukan main seronok lagilah dia, dapat kek dan dapat pakai subang. Lihatlah saja keceriaan di wajahnya.
Semoga Efa terus membesar menjadi anak yang solehah!
10 comments:
Selamat hari jadi yg ke 5 untuk Efa. Semoga Efa membesar jd anak yg solehah dan bahagia hidup dunia serta akhirat!!! comellah efa dgn subang baru!!!
teringat masa wani tindik telinga, baru tindik sebelah telinga je dah meraung2 kesakitan. siap lari keluar dr kedai. meronta2 tak nak tindik lg sebelah. last2 ayah dia pegang dia kuat2 tindik telinga seblah lagi. punya lah meronta sampai tersasar sikit lubang tindik tu!!
ooo..ni lah gambar anak2 kak nik ya. Dah besar panjang yer.
Selamat hari lahir Efa, semoga menjadi anak yang solehah.
ain...
tulah suspen gak td ingatkan dia dah takmo tindik sblh lg... tp bila budak yang tindik tu pujuk kata tindik sblh lagi tak sakit, dia ikut je..selamat lah.. hehehe..
Ana..
anak akak dah jd anak dara dah..
selamat hari lahir efa, dah nampak girly lah dia..seharusnya pakai gaun labuh masa potong kek tu..
hepi bday efa! semoga pjg umur dan murah rezeki. Wah2!! Dah bertindik ni ummmi kena lah byk beli subang unutk efa! :))
kak ti..nampak girly kan? tp baju gaun mmg dia cukup anti.. Ada dua tiga helai haram nak dipakainya.
angah... hehehe,
tulah beriya2 dia nak tindik. Ikutkan jelah.. Pakai je la subang yang sedia ada tu!
salam k.nik..
happy birthday efa...
teringat tia bertindik masa umo setahun.. tp tokei kedai tuh tindik serentak dua2 belah.. so budak2 xlah takut sgt...
nangis sekali je
Salam Nik, Hepi Besday gak kat Efa, moga jadi anak yg solehah...
Selamat hari jadi adik... Moga jadi anak yg solehah... amboi comelnya dia bertindik... huhu... Akak doakan moga murah rezeki buat adik
wah...beshnya dapat bertindik...aja ni bermatian memujuk cik wina bertindik...dia tak nak...sungguh2 tak nak...
pada efa semoga jadi anak yang solehah, dirahmati dan diberkati selalu oleh yang Esa.Amin...
Post a Comment