RSS

Saturday, February 18, 2012

Masa yang sesuai,...bila?



Dialog 1: “Abang bukan taknak bagitau Mah, tapi belum waktu yang sesuai. Tengok, bila Mah tahu abang kawin lain, inilah jadinya!”

Dialog 2: “ I bukan nak sorok dari you, tapi I tak sampai hati nak bagitahu you, I tunggu masa yang sesuai supaya you boleh bersedia…”

Dialog 3: “Saya mintak maaf, memang saya nak bagitau tapi takde masa yang sesuai.”

Melihat 3 dialog di atas, apa yang dapat dirumuskan?
Ayat pengecut?
Ayat alasan?
Ayat yang sangat hipokrit?
Ayat melepaskan diri?
Ayat menuduh?
Ayat ikhlas untuk menjaga hati?

Apapun alasannya, pihak kedua tetap menanggung ‘akibatnya’. Bilakah masa yang sesuai sebenarnya? Adakah setelah ‘bocor’ rahsia maka itulah waktu yang sesuai?

Atau masa yang sesuai itu takkan pernah tiba selagi rahsia tersimpan kemas? Atau masa yang sesuai itu apabila nyawa dan jasad sudah bercerai?

Kadang kala, merahsiakan itu mungkin lebih baik. Tapi adilkah buat pihak yang satu lagi? Bukankah lebih baik jika, ‘ tangan yang mencincang bahu yang menggalas’, ‘usah baling batu sembunyi tangan’ dan ‘berani buat berani tanggung'. Jom kita fikir-fikirkan!

2 comments:

Anonymous said...

Hebat sungguh ayat2 itu. I like it!!!

Dinas Aldi said...

Untuk keadaan sedemikian, rasanya macam susah nak mencari masa yg sesuai untuk memberitahu kerana sangat sensitif isunya..lalu pelbagai alasan diberikan.