RSS

Thursday, February 16, 2012

Terkilan!


kredit http://www.myemospace.com/Broken-heart-11.html

Terkilan..kalau ada orang yang menyebut nak makan sesuatu, kita usaha mencarinya tak dapat. Lepas tu tak lama kemudian orang tu meninggal, kita akan rasa TERKILAN sebab tak dapat tunaikan permintaannya.

Terkilan… begitu jugak kalau orang berhajat sgt2 nak jumpa kita tp kita punyalah sibuk, tak dan nak menziarahi dia, tiba2 dapat berita orang tu kembali ke rahmatullah… kita jugak akan rasa TERKILAN sebab tak dapat tunaikan hajat dia.

Memang banyak situasi yang boleh dikaitkan dengan TERKILAN, terutama bila hajat tak kesampaian.

Tapi ada jugak perkara lain membuatkan kita terkilan, contohnya apabila sahabat yang kita rasa sgt baik dengan kita (perkataan sahabat itu juga sudah menunjukkan betapa akrab hubungan, bukan kawan atau teman) berahsia dengan kita, walhal banyak perkara dikongsi sebelum ini..dan kita mendapat tahu dari orang lain. Itu juga buatkan kita rasa sangat TERKILAN.

Mengapa kita rasa terkilan? Sebab selagi kita bernama manusia kita berperasaan. Sedih, marah, gembira, takut, cemas dan serba segala.

Tapi bak kata Prof. Dr. Muhaya, belajarlah memaafkan…dan maaf itu perkara hati, kalau sukar memaafkan, auditlah hati –

Mudah2an hati akan terubat!

5 comments:

idasm said...

oh.. ni mesti akak ada terkilan ngan seseorang ni. biasalah kan kak. selagi kita manusia. kita ada perasaan . ada tempat2 kita boleh terasa jugakkan...

akak tabah ye..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

ida..
mcm ida kata, biasalah kan..cuma yg penting kena cuba berlapang dada...

Shima Rostam said...

Yup.. memang byk kita rasa terkilan.. salah satunya..sy ada rasa kecil hati dgn seorang mak sedara, blk kg tak ziarah dia. dia sakit pun tak sempat nk blk ziarah.. lepas tu dapat berita dia telah Meninggal.. hmmm terkilan rasanya tak sempat berjumpa utk kali terakhir..

Dinas Aldi said...

Sebagai manusia biasa, tentu kita tak dapat lari dari perasaan tu. Sama ada kita yg terkilan atau orang yg terkilan dengan kita. Sebab tu kena fikir betul2 tentang sesuatu hal kan. Tapi susah jugak nak berfikir dengan waras masa tengah marah (ini merujuk pada saya la)..

aJa said...

nape ni kak nik...terkilan ngan sape tuh?...

jom dtg pasir gudang tengok layang2..bior ilang rasa terkilan tu meh...