RSS

Wednesday, February 22, 2012

Maafkanlah...

Maaf...hanya dua suku kata, tapi memberi seribu makna. Maaf boleh menghilangkan segala rasa terbuku di dada, segala kesakitan yang dirasa.

Maafkanlah..
kerana dengan memaafkan, hati tidak akan sakit dan tidak berpenyakit. Maafkanlah, kerana dengan maaf hidup jadi aman dan tenteram.

Maafkanlah kerana memaafkan ertinya kita akur dengan teguran Tuhan dan redha dengan ujian.

Maafkanlah kerana memaafkan bererti kita sudah berjaya mengaudit hati.. membuang mazmumah dan menyubur mahmudah..

7 comments:

Shima Awang said...

Kak nik.. kenapa bila kita kata kita dah maafkan orang tu.. tapi hati kita tetap rasa sakit juga.. macam ada yang terbuku di hati lagi?

NIk Fauziah Nik Hussin said...

sbb kita tak redha walaupun kita maafkan...Mmg payah sbb akakpun ada rasa yg sama..

Tp apa yg akak buat..
1. Solat hajat dan baca Quran mintak Allah bantu
2. Bersemuka dan dapatkan penjelasan di samping luahkan apa yg kita rasa.
3. Lepas tu kena mujahadah bersungguh2 unt. buang rasa marah dan sakit hati.
maafkan, mmg kita terluka tp bila kita maafkan, hati kita tak sakit dan tak berpenyakit, jiwa kita lapang dan hidup kita aman.
Teringat pesan kwn akak.. masalah tak selesai satu hari... sabar dan redha, itu teguran Allah unt kita.

aJa said...

kak nik boleh tak kalau kita taknak maafkan dia sampai mati....?

saya pernah terlepas ckp saya takkan tuntut kat dunia ni tapi saya akan tuntut kat sana nanti...

jahat kan?... mcamana?

tapi maruah saya dia dah letak ditempat yang paling hina....

NIk Fauziah Nik Hussin said...

hmm..ada org kita boleh membalas setara dgn apa yg dibuat pd kita..tp kalau kita memaafkan, itu lebih baik..

Dari Abdullah bin Shamit, Rasulullah saw. bersabda, "Apakah tiada lebih baik saya memberitahu tentang sesuatu yang dengannya Allah meninggikan gedung-gedung dan mengangkat derajat seseorang?" Para sahabat menjawab, "Baik, ya Rasulullah.

Rasulullah saw bersabda, "Berlapang dadalah kamu terhadap orang yang membodohi kamu. Engkau suka memberi maaf kepada orang yang telah menganiaya kamu. Engkau suka memberi kepada orang yang tidak pernah memberikan sesuatu kepadamu. Dan, engkau mau bersilaturahim kepada orang yang telah memutuskan hubungan dengan engkau." (HR. Thabrani)

Dinas Aldi said...

Saya boleh memaafkan tapi susah nak lupa. Lemah sungguh saya ni..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Dinas..mmg sebagai manusia, kita tak dpt lari dari rasa terkilan..

Mmg ambil masa sbb sifat hati manusia begitu, hanya dgn mujahadah sahaja kita akan mampu..

Benar, kemaafan boleh dihulurkan, tp luka tetap perlu dirawat. merawat luka itu yg perlukan masa..insyaAllah masa akan mengubat..

Cahaya Pembukaan.. said...

Salam kak..
Hmm.. Nak maafkan org mcm mne..?