RSS

Monday, July 5, 2010

Rupa-rupanya dia faham!

Kadang kala kita sering terlupa anak-anak ini walaupun masih hijau usianya, mereka sebenarnya sudah mampu memahami sesuatu perkara. Mungkin bentuk kefahaman itu tidaklah seperti orang dewasa faham, tetapi dari segi konseptualnya mereka memahaminya.

Satu perkembangan yang agak kurang menyenangkan, dalam tiga empat bulan kebelakangan ini, di kawasan ofis saya tiba-tiba wujud sebuah kelab malam. Pada mulanya saya tidak perasan kewujudannya. Maklumlah ia beroperasi tatkala waktu menjelang Maghrib. Kalau siang hari, premis tersebut tertutup rapat dan dilindungi oleh shutter. Tidak ada sebarang sign board yang kelihatan. Mungkin sebab kawasan ofis saya berhampiran dengan pejabat penguatkuasa, agaknya lebih mudah mereka mendapat ‘lesen’ untuk beroperasi!

Saya terperasan adanya kelab malam tersebut apabila tiba masa deadline. Disebabkan mengejar deadline, saya akan balik selepas solat Magrib. Waktu itulah baru saya perasan rupanya kawasan ofis saya sudah ada ‘nite life.’

Kebiasaannya, anak-anak akan dibawa bersama oleh suami yang menjemput saya pulang dari kerja. Jadi apabila balik agak lewat, maka sudah pasti mereka juga dapat melihat premis tersebut yang disinari lampu lip-lap di bahagian luarnya.

Lalu si kecil Efa dan kakngahnya Iman bertanya pada abahnya, kawasan apakah itu. Si abah dengan selamba menjawab itu KALABUL MALAMI. Seperti biasa, si dua beradik itu mula menunjukkan muka tercengang dan bertanya apa maknanya. Lalu diberitahu oleh si abah…kelab malam.

Perkara tersebut dilupakan begitu sahaja. Kalau sesekali balik lewat, anak-anak sudah tidak lagi bertanya dan mengambil tahu, hinggalah baru-baru ini. Seperti biasa, deadline menuntut saya balik lewat dan pulang selepas jam menunjukkan angka 8 malam.

Sewaktu turun dari ofis, si Efa bertanya kami akan ke mana? (Masing-masing sudah merungut kelaparan). Si abah kononnya hendak buat lawak dengan anak-anak lalu menjawab, kita hendak ke kalabul malami.

“Ha..boleh ke kita pegi kelab malam??” dengan nada terkejut si Iman bertanya.

“Bolehlah, tengok orang joget-joget. Pastu minum-minum,” si Efa menyampuk.

Uishh…terkejut mendengar jawapan dari mulut si kecil.

“Orang buat apa dik kat kelab malam,” tanya saya sekadar ingin menguji pengetahuannya,

“Hmm..orang joget-joget, pastu dia minum arak umi,” jawabnya polos.

“Orang Islam boleh minum arak tak?” tanya saya lagi kepadanya.
“Tak boleh berdosa. Nanti masuk neraka,” jawab si Efa.

“Ha, tahupun..jadi tak payahlah masuk tempat yang boleh menyebabkan kita berdosa.”

“Tapi tadi abah kata nak pegi kelab malam?”

Hah! Sudah!!!… inilah akibatnya tersalah nak bergurau dengan anak. Akhirnya si abah terpaksa membetulkan statementnya. Kata si abah, abah saja nak uji tengok anak-anak faham tak tempat tu elok atau tidak. Takkan abah nak bawak anak-anak ke tempat macam tu. Alhamdulillah, anak-anak abah faham tempat tu tempat tak elok. Dan kita orang Islam tak boleh pergi tempat yang mengundang dosa.

Moralnya, jangan disangka anak-anak tak faham dengan perkara yang berlaku di sekitarnya. Sekarang ini mereka belajar menerusi pendedahan di persekitaran mereka, televisyen dan juga IT. Bukan macam kita dahulu. Zaman dah berubah dunia sudah maju, anak-anak kita sudah semakin bijak. Justeru, amat benarlah saranan Rasulullah yang menyuruh anak-anak diasingkan tempat tidur apabila usianya mencecah 7 tahun kerana ternyata dari situ mereka sudah mula mempelajari sesuatu, yang seterusnya akan tertanam dalam minda mereka selama-lamanya.

4 comments:

ain fathihah fhm said...

sekadar berkongsi pengalaman saya pengetahuan kanak2 sek ren (sekitar 9-11 tahun) mengenai kondom.

saya buat kerja sambilan masa cuti semester, jadi cashier..

rak kondom ada di depan kaunter cashier.. ada satu petang ni, 5 orang budak2, lelaki dan perempuan datang beli jajan.

lepas tu ada seorang dari mereka nampak mcm tertarik dengan kotak2 Durex kecil tu, dan bertanya pada kawan2nya.

"wei, apa ni?"

lepas tu seorang kawannya menjawab

"oh, ini baju hujan untuk pak hang. masa nak gesel-gesel lubang kencing mak hang dengan pak hang, kena pakai ni. baru mak hang tak mengandung"

yang lain terus menyahut.."oooo"

saya? tercengang kejab dengan jawapan budak tu. huhuhu.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

hmm..ain,
mmg ngeri jawapan budak sebesar itu!!

idasm said...

zaman sekarang dah canggih. byk info boleh dpt drpd berbagai sumber kan.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

ida
mmg btol..tp kdg kala info ni pun boleh jadi menakutkan