RSS

Monday, June 28, 2010

Doa untuk mereka...



Saat langit berwarna merah saga
dan kerikil perkasa berlarian
meluncur laksana puluhan peluru
terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
atas langkah keberanianmu
kita juga menjadi saksi
atas keteguhanmu

Ketika Yahudi Yahudi membantaimu
merah berkesimbah di tanah airmu
mewangi harum genangan darahmu
membebaskan bumi jihad Palestina
perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
syahid dalam cinta-Nya

Mereka sangat memerlukan bantuan dari kita saudara di bumi aman damai ini. Paling kurang kirimkanlah mereka dengan untaian doa..kerana doa itu amat besar peranannya.

ps: Sebenarnya banyak yang saya ingin kongsikan dengan sahabat semua, terutama tentang pengalaman peribadi Dr. Noorazman ketua delegasi Haluan di atas kapal Mavi Marmara, yang sempat saya rakamkan sewaktu beliau berceramah di surau Taman Berjaya. Puas saya menahan airmata sewaktu mendengar ceramah beliau dan meremang bulu roma mendengar 'bantuan' Allah sewaktu serangan Yahudi Laknatullah itu. Tapi buat masa ini saya benar-benar sibuk dan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan. Semoga saya diberi kelapangan untuk berkongsi bersama sahabat semua!

3 comments:

ain said...

salam kak nik, semoga kak nik cpt sembuh dan boleh berkongsi cerita bersama2 kita semua.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam ain.. terima kasih atas doa yg dikirimkan. Insya-allah akak akan cuba updatekan..

mujahidah said...

kak nik smg sembuh laju2..Ya Allah rindunya kat akak...sob3x