RSS

Thursday, July 15, 2010

Radio kumbang..rindunya!

Kredit untuk LelaMajnun's Photostream.


“Umi sakit tak kalau kena sengat dengan lebah,” tanya Effa. Pertanyaan tersebut muncul apabila kami selalu membacakan untuknya sebuah buku cerita kanak-kanak. Dalam cerita tersebut budak lelaki itu dikejar lebah.

Jawap si along, “sakit dik.”

“Ayong (Effa suka panggil along dia ayong) pernah kena sengat ke?”

“A’ah. Ayong kena. Masa duduk asrama kat Chenor. Lebah tu suka duduk dekat baju yang ayong jemur. Bila angkat terpegang, dia sengatlah,” cerita Along.

“Umi pernah kena sengat lebah?” Iman pulak menyampuk.

“Pernah. Kumbang pun umi pernah kena sengat!”

“Macam mana boleh kena?” hurm, bermulalah sesi soal jawab dengan si tengah yang rajin bertanya itu.

Maka uminya pun membuka hikayat. Masa kecil yang penuh dengan ‘adventure’. Yang kini anak-anak tak berpeluang merasainya lagi. Memang masa kecil sebagai anak kampung, macam-macam benda kita redah buat. Salah satunya menangkap kumbang. Buat apa??? Buat radio…ha!ha!ha…

Dengan berbekalkan plastik sederhana besar, pergilah cari pokok-pokok renek yang berbunga halus. Di rumpun pokok begitu biasanya akan ada kumbang (kumbang jati agaknya..macam dalam sajak-sajak tu..hehehe) yang sedang menghisap madu bunga. Separuh plastik tu dipunjut dengan jari dan mulut plastik dikembangkan. Kemudian pekup pada kumbang yang sedang hisap madu. Teknik ini, abang sayalah yang mengajar.

Biasanya waktu untuk ‘menolak’ kumbang ke bahagian punjut merupakan bahagian ‘kritikal’. Sama ada kumbang terlepas atau jari akan disengat. Memang selalunya berjaya. Tapi satu hari nak dijadikan cerita, jari saya disengat!. Memanglah sakit, tapi tak pernah serik walaupun umur masa tu baru lima tahun! Bergegas lari balik ke rumah dan panggil mak suruh letak ubat. Kemudian turun semula, sambung lagi cari kumbang!

Memang tak serik sebab nak dengar ‘radio kumbang’. Guna tin susu pekat manis, kain buruk dan getah gelang. Letak kumbang di bawah tin dan pekup dengan kain buruk, ikat dengan getah gelang. Lepas tu dengar dari sebelah tin berlubang …dengung kumbang itulah radio.. Kalau dia tak berbunyi sentuh kumbang tersebut, nanti akan berdengung.

Itulah pengalaman zaman budak-budak. Nostalgia sungguh…dan tiba-tiba saya teringat arwah mak. Oh…sedihnya!!!!

9 comments:

Packy @ Mawar Merah said...

Nik..tu permainan akak masa kecik gak...kami cari kumbang dalam reban. Biasanya dia dok dalam lubang kayu...ketuk2, dan tahan mulut botol kat lubang tu, pastu buat macam nik cakap la.
Ada satu ubat sengatan yang sgt mujarab..dah penah cuba sendiri. Amek najis lembu dan buat macam inai kat jari tu..sakit punya pasai, dah tak heran lagi...tapi mmg mujarab....

NIk Fauziah Nik Hussin said...

kak packy..
ada gk org ajar buh taik hidung. hahaha, mcm2 kan? tp yg pastu dulu2 punya mainan mmg "menyakitkan" diri sendiri kan? hahaha

kakyong said...

kkak,
part main kumbang ni saya tak merasa... hahah...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

yong..
bak kata lecturer akak dulu.."hilang satu nikmat hidup" hhehehe!

NORHAYATI BERAHIM said...

Nik..memang teringat zaman2 kecil seronokkan, macam2 mainan kita. Ingat tak kita buat rantai dan buah rantai dari daun ubi?
Ha ha..

kakyong said...

kak yati..
yg part buat rantai guna daun ubikayu tu saya ade... heheh... best.. pasni kena g cari daun ubi kayu yg tua2 sket.. boleh ajar anak2... hahahaa.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

kakti
ingatt sgt2...rindunya zaman budak2!

NIk Fauziah Nik Hussin said...

yong..
kat kl ni, mana akak nak cari takde..kt kg pun dah tak tanam lagi..huhuhu..sumer berbeli!

idasm said...

bestnyer tangkap kumbang. rugilah ida x rasa tu semua.