RSS

Thursday, August 12, 2010

Bahaya sungguh!

Sudah lama blog saya ini terbiar sepi..Rasanya alasan yang klise – sibuk, banyak kerja. Dah nama pun kerja, tak akan habis sampailah pencen!

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan, selamat menyambut Ramadhan al-mubarak. Kepada semua sahabat, maaf dipohon, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas, insya-Allah.

Hhmm..kali ini saya nak share satu story di samping nak membebel (hahaha). Seminggu sebelum berpuasa, saya berkesempatan ke kedai buku kegemaran saya di Pertama Kompleks. Membawa ‘adik manja’ merangkap sahabat baik saya, si Didi mencari buku yang dikehendakinya.

Dalam perjalanan balik, sempat kami singgah di Sogo sebentar. Si Didi nak melihat cadar. Sementara menunggu Didi membeli yang dihajatinya, saya berdiri berhampiran tiang yang berhadapan dengan sebuah outlet alat mekap berjenama Clinique.

Mata saya ralit memerhatikan gelagat orang ramai di hadapan. Tiba-tiba mata saya tertangkap objek kecil di hadapan saya. Objek kecil tu..seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan dua tahun. Comel sungguh. Berambut panjang diikat ekor kuda dan pipinya tembam. Dengan bert-shirt sendat dan skirt pendek, anak ini montel sungguh. Memang sangat comel dan memikat hati.

Ralit saya perhatikan gelagatnya bersama si ibu yang sibuk memilih alat mekap. Cuma saya berasa sedikit risau. Si ibu membiarkan anak secomel itu lepas bebas. Apabila dia masuk ke dalam premis berkenaan, boleh ditinggalnya si anak bersendirian. Anaknya tadi dah berpusing-pusing mencari ibunya. Saya yang berdiri betul-betul di hadapannya menguit tangan memanggilnya. Dan lebih membuatkan saya terkejut, anak ini terus berjalan mendapatkan saya. Lalu saya pun pegang tangannya, sambil mata saya memerhati gelagat ibunya.

Dalam hati saya sudah berleter. Sifat sebeginilah yang membuatkan anak-anak senang diculik. Terlampau asyik hingga keselamatan anak terabai. Sudahlah anaknya perempuan, comel pula. Si anak pula mudah mendekati orang yang tidak dikenali. Bukankah sangat merbahaya!

Ikutkan hati terasa mahu menyorokkan budak tersebut, sambil memerhatikan gelagat ibunya. Teringin juga melihat bagaimana reaksi si ibu bila menyedari anaknya hilang. Sekurang-kurangnya dapat memberinya pengajaran. Orang lain susahnya nak dapat anak, ini dah ada anak yang comel boleh dibiarkan bersendirian dalam lautan orang ramai..

Tapi rasa tak sampai hatilah pulak..Memikirkan kalau saya ditempatnya, sudah pasti macam nak gila mencari anak hilang nanti. Lagipun saya tak mahu cari pasal..nanti tak pasal-pasal kena tuduh menculik pula! Hahaha…

Bila saya lihat dia perasan anaknya tiada, terus saya lambai dan tunjukkan anaknya dengan saya. Dan si kecil tersebut, mendengar ibunya memanggil terus berlalu ke arah si ibu. Sempat juga saya bertanyakan si ibu berapa umur anaknya..baru masuk dua tahun. Saya katakan pada ibunya, anaknya itu tak takut dengan orang..hati-hatilah.

Tak lama kemudian bila si Didi sudah siap membeli keperluannya, terpaksalah dia menadah telinga mendengar bebelan saya! Hahaha…terlepaslah geram saya pada si Didi yang tidak bersalah.

4 comments:

NORHAYATI BERAHIM said...

Nik, kat sogo tu memang macam tu...akak sendiri pun selalu membebel tengok anak2 dilepaskan tak berjaga, selalu membebel dengan bibik kenapa tak letak kat tingkat 7 di star gardz kalau tidak, tinggalkan sahaja di rumah.
Ini isteri pergi, suami pun pergi, tapi dua-dua leka bershopping..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Itu lah kak..geram pulak melihatkan parents mcm tu. Sakan bershopping, anak dibiarkan. Kalau hilang, bukan ke sendiri yg susah..Buat mcm org gi shopping sorang2 hahaha...

idasm said...

salam kak nik,
wah.. rumah dah bertular cat lagi. cantiknya.

kak, diorang ni bila kena nanti baru nak menyesal kak. ish.. mmg bahaya sungguh kak.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Ida..
hmm..rumah ni tukar sbb tiba2 je gelap takleh nak baca! Dah smpai ajal kot template lama tuh hahaha..

tulah pasal akak membebel!.. klu hilang anak tu kan susah!