RSS

Tuesday, February 9, 2010

Tak kisah kalau dia mampu…

“Akak, nak mintak tolong ye. Boleh tak akak tolong carikan muslimat untuk sorang muslimin, umurnya 37. Kalau boleh biar yang berdikari, ada experience dan minat bisnes. Untuk dijadikan isteri kedua ya. Akak cakaplah dengan dia, isteri pertama mengizinkan dan nak jadikan adik. Jangan takut.”

Saya disapa dalam YM oleh seorang adik yang saya panggil Cik Wan. Saya tersengih sendiri membaca pesanan di YM tersebut. Sejak bila pulak le saya buka projek baitul muslim, agen cari jodoh atau jadi match-maker ni.

Terus-terang, saya bab-bab match-making ni tersangatlah failed nya. Lagipun, pada saya kalau nak berkahwin biarlah kenal sendiri. Kalau orang carikan nanti tak berkenan atau apa-apa masalah yang timbul nanti, tak pasal-pasal kita pulak yang disalahkan.

Saya hanya mengabaikan permintaan tersebut, sebaliknya berborak-borak biasa dengan Cik Wan. Namun selang seminggu saya masih ditanya olehnya tentang calon yang diingini. Lalu saya berterus-terang padanya, saya tak biasa buat ‘kerja’ tersebut dan susah saya nak cari di mana calonnya. Tambahan pula yang bakal ‘dipinang’ itu untuk dijadikan calon isteri kedua. Lagilah susah!.

“Takpelah kak..tapi akak tolong tanya-tanyakanlah ye kalau ada.” Hmm..akhirnya saya terpaksa berjanji dengan Cik Wan.

Selang seminggu Cik Wan muncul lagi di laman sembang.

“Dah jumpa calon kak? Muslimin ni dah bertanya!

“Belum” jawab saya. Lalu saya bertanya apa hal, si muslimin ni desperate sangat? Tak bolehkah dia mencari sendiri. Tambahan pula yang nak dicari calon isteri kedua.

Sudahlah saya tidak mengenali muslimin ini, takkan saya nak sua sahabat saya untuk orang yang saya tak kenal (dan saya yakin sahabat saya pasti akan menolak untuk menjadi isteri kedua kerana dia sebolehnya tidak mahu menjadi orang ketiga dalam sebuah perkahwinan).

“Sebenarnya kak, saya nak cari calon madu untuk suami saya!”

Demi melihat ayat yang tertera di skrin komputer, saya terkedu sekejap. Setahu saya perkahwinannya baik-baik sahaja. Lalu saya terus mendail nombor cik Wan. Maka bermulalah sesi curah perasaan dengan Cik Wan.

Menurut Cik Wan, perkataan poligami ini sering menjadi mainan mulut si suami. Katanya memanglah peringkat awal, hatinya cukup terguris. Manakan tidak terasa dirinya dikecewakan.

“Susah kak, kalau suami merasakan dirinya berkemampuan. Padahal banyak aspek lain yang tidak dilihat secara teliti. Terus terang cakap, dia bukan jenis yang ada masa untuk keluarga. Selama berkahwin dengannya, kerja sentiasa menjadi ‘isteri pertamanya’. Dia bukan jenis yang memanjakan isteri dan anak. Kalau saya bukan jenis yang berdikari memang teruk kehidupan kami.”

Menurut Cik Wan, keluarga mentuanya juga tidak bersetuju suaminya berkahwin lain. Tetapi si suami memang jenis yang tak makan nasihat. Justeru, apa yang mampu dibuat oleh Cik Wan adalah bersabar kerana tidak mahu terus bertelagah.

“Saya dah pasrah kak. Saya cuma bersolat dan berdoa, kalau betul suami layak dan saya memang kuat untuk diuji sebegini saya redha. Cuma saya minta Allah beri saya kekuatan. Dan saya juga akan pastikan madu saya boleh dibuat adik beradik.”

Hmm, mulia sungguh hati adik saya seorang ini! Mendengar bicaranya yang tenang membuatkan saya juga jadi tenang.

Namun saya benar-benar kagum dengan kesabaran Cik Wan. Kata Cik Wan bukan senang nak sabar. Hanya dengan mendekatkan diri pada Allah sahaja yang mampu membina kekuatan jiwanya. Dan selalu mendapatkan nasihat daripada orang yang mahir di bidang agama. Malah dia sangat berpegang dengan kata-kata ustazah tersebut, raihlah cinta Allah melebihi cinta suami.

Apabila saya bertanya mengapa dia ingin mencari calon madu, dia memberitahu dia ingin membina hubungan yang baik dengan bakal madunya, umpama adik beradik. Biarlah kehidupan bermadu nanti tenang. Kata Cik Wan lagi si suami pernah menjalinkan hubungan dengan gadis 19 tahun. Dia tidak nampak bagaimana gadis tersebut boleh menjadi seorang yang berdikari sebagaimana yang diingini suaminya.

“Saya dah bercakap dengan gadis tersebut dan bertanya sama ada dia faham kemahuan suami saya. Nyata dia terkejut. Daripada perbualan tersebut saya tahu dia memang tidak tahu langsung dan dia berharap dapat bergantung sepenuhnya dengan suami saya. Dan ternyata kak tidak lama lepas tu suami saya sendiri mula merungut kerana terasa si gadis tersebut jenis yang ingin bermanja dan tidak berdikari.”

Kata Cik Wan, padan jugalah dengan si suami yang sibuk duk bercinta bermain sms, menabur kredit kepada si gadis. Puas dinasihati supaya menjaga pergaulan, si suami bersikap endah tak endah juga. Nak dijadikan cerita, tiba-tiba suaminya kemalangan, mujurlah tiada kecederaan cuma kereta sahaja yang rosak teruk. Cerita tersebut habis di situ.

Selang beberapa minggu tiba-tiba Cik Wan muncul lagi di laman YM. Katanya. “kak alhamdulillah, suami saya tak jadi nak kawin lain.”

Sekejapan, terdengar suaranya di talian. Ceritanya, sebaik awal tahun sesi persekolahan, dia menyuruh suaminya menguruskan hal-hal bersangkutan dengan persekolahan anak-anak. Menyuruh membawa anak-anak membeli pakaian dan menguruskan bayaran yuran dan sebagainya. Kata Cik Wan, kalau ingin beristeri lebih seharusnya suaminya perlu belajar dari sekarang mengimbangi tanggungjawabnya. Kebetulan pula, anaknya yang kecil baru berusia 4 bulan, jadi ada alasan baginya menyuruh suami mengambil alih tugas yang selalu dilakukannya.

“Akak tau apa katanya setelah menguruskan keperluan anak-anak? Dia kata dia rasa dia tidak berkemampuan. Banyak duit yang perlu dikeluarkan. Banyak kerenah anak yang perlu dia beri perhatian. Kalau selama ini dia cuma memberi saya duit dan bertanya kenapa selalu tak berbaki? Barulah dia tahu perbelanjaan menguruskan anak hari ini bukan sedikit. Tapi lebih penting dia sedar banyak perkara bersangkutan anak dia terlepas pandang dan dia sedar Allah masih sayang pada dia kerana menimpakan musibah kemalangan dulu. Banyak perkara yang dia tak jaga.”

Kata Cik Wan, dia tahu poligami diharuskan dan dibenarkan oleh Islam. Cuma dia tahu suaminya masih belum layak, tapi apakan daya, ego lelaki susah untuk dilentur.

“Alhamdulillah, bila saya lepas sedikit tanggungjawab yang seharusnya dia pikul dan kembalikan semula kepadanya barulah dia nampak ketidakupayaannya. Allah menjawab permintaan saya, kalau benar dia mampu saya redha malah saya telah pun mencarikan calonnya untuknya. Tapi ternyata Allah tahu dia tak mampu dan akhirnya dia sendiri menarik balik keputusannya!”

Cuma kata Cik Wan, sebagai manusia dia pasti akan diuji lagi. Entah bagaimana bentuk ujian perkahwinan yang akan dilaluinya, cuma harapannya biarlah apa yang berlaku menjadi pengajaran!

14 comments:

ain said...

moga2 saya tdk diuji dgn ujian yg sebegini kerana saya belum mampu lagi jd mcm cik wan!!!

NIk Fauziah Nik Hussin said...

yelah ain..
tp tu lah bila Allah uji tu maknanya Dia tahu hamba-Nya mampu. Dan ujian tu menandakan keimanan kan?

Biasalah manusia bila diuji pasti berkeluh kesah.. tp lama kelamaan boleh adapt.. mcm harga minyak naik gaklah.. mula2 sumer bising, tp lama kelamaan tak terkata apa. hehehe! (blh ke guna analogi mcm tu???)

NORHAYATI BERAHIM said...

Nik..rasanya wan ni hatinya ikhlas, semuanya kerana ALLAH, dia meminta bantuan pada ALLAH..dan ALLAH mendengar rintihan diakan..apalah perasaan kita dah suami samdol macam tu..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Kak Ti..mmg cik wan yang nik kenal ni orgnya baik. Samdol?? hahaha...hmm harapnya Allah tak makbulkan harapan suami cik wan tu.

azlina said...

salam kak nik...
kalau saya diuji bergitu tak tahulah bagaimana..cik wan sgh insan berhati mulia dan iklas keran keiklasannya allah membantunya memberi jalan penyelesaian...
suami leka dgn keseronokan dunia hingga lupa pd tanggungjawab yg seharusnya di pikul dan akan di persolakan kemabali tanggungjawabnya di akhirat kelak....kira kategori suami yg tak tahu bersyukur juga...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam ina.. yelah, akakpun doakan semoga kebaikan untuk cikwan dan anak2.

Suhana Shahril said...

wlpun hati cuba utk merelakan..tp mesti sakit jgk..tak mampu kot nak menghadapi keadaan kalo cuba nak dimadukan...mgkn sprti hilang seluruh semangat...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Ana..mmglah perempuan dgn masalah hati ni mmg susah nak ditelah.. Hati perempuan ada satu dan kalau satu tu dah diberi pada org tersayang dia dah 'tak ada' hati lagi nak diberikan pada org lain..tp lelaki..hati dorang ni boleh diberi lagi pada yg lain..katanya sama banyak pulak tu..mmg kita susah nak faham kan??

CIK NANA said...

Salam kenal kak..
Herm.. tiba2 rasa sedih lak baca nie..
:(

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam Nana.. salam kenal gak untuk nana..
hmm..hakikat kehidupan mmg ada kala menyedihkan!

idasm said...

walau seribu kali ungkapan dr lelaki "nak kawen lagi satu", tp kalau tuhan tak bagi, ungkapan takkan jadi kenyataan. syukur, semoga cik wan beroleh kebahagiaan selamanya.

hans said...

speechless

selamat makan limau banyak2...hehehe

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Salam ida..btol tu apa yg diucap di mulut takkan jd kenyataan tanpa izin-Nya..

Hans..
alhmdulillah ada jiran Chinese yang hulur seplastik buah limau mandarin

Anonymous said...

manusia kalau tak tahu bersyukur,mcm ni la jadinya.. smpi anak isteri terabai... bila berada di atas tak ingat org di belakang, bila dah jatuh br nak tercari2... insaf la wahai insan yang terleka.. ajal maut tak menunggu kita... org kata syurga isteri di bwh tapk kaki suami.. tapi kalau suami yang buat hal, di mana syurganya kalau isteri tak redhanya... fikir2kan.. huhuhu
smga cik wan tabah menghadapi liku2 khdupan.. :)