RSS

Wednesday, February 17, 2010

Ahaa…Panas!

Dalam seminggu dua kebelakangan ini, cuaca terasa cukup panas sekali. Hujan tak turun setitik pun. Kalau waktu tengahari tu, panasnya terasa sangat memeritkan kulit. Kepala pun terasa pening dibuatnya. Memang terasa malas untuk keluar ke mana-mana.

Sebelah malam pula bahangnya masih tetap dirasai. Kami sekeluarga tidur di ruang tamu. Anak-anak pun sudah tak mahu tidur di dalam bilik. Masing-masing pandai sahaja mencari port di ruang luar. Sebelum tidur mesti nak basahkan badan, kalau tidak, rasa sangat tidak selesa.

Kipas siling dan kipas meja berputar ligat hingga out meter, masih tidak dapat mengurangkan rasa panas. Bila bangun untuk solat Subuh, berpeluh-peluh badan. Efa pun sudah tidak lagi sibuk nak mandi air panas di waktu pagi.

Cuaca yang agak ekstrim ini membuatkan ramai yang tidak tahan dan mengalami masalah kesihatan. Deman, batuk dan selesema mudah menyerang. Klinik-klinik penuh dengan manusia yang nak mendapatkan rawatan. Begitulah penangan cuaca panas.

Hmm..dalam menghadapi cuaca sebegini, sedikit sebanyak membuatkan minda saya berfikir dan bermuhasabah sendiri. Baru kepanasan sedikit yang dirasai, kita sudah tidak tahan. Sedangkan matahari jauhnya berjuta-juta kilometer dari bumi (149,680,000 kilometer). Bagaimanalah nanti di Padang Mahsyar, matahari sejengkal di kepala? Tak tergambar kepedihan yang akan dirasai. Bagaimana kita nak melaluinya? Nauzubillahiminzaalik.. Mohon kita mendapat perlindungan di hari yang tiada lagi perlindungan melainkan dengan izin-Nya!

Sungguh kita takut untuk menghadapinya, namun kenapa ketakutan kita itu tidak seiring dengan perlakuan kita? Kalau benar kita takut, kita sudah pasti akan mempersiapkan diri untuk mengelak daripadanya. Tapi kenapa perlakuan kita semakin mendekatkan kita dengan perkara yang kita takutkan?

Kita takut dengan siksaan neraka, tetapi kita tak berlindung daripadanya.. Kita ingin ke syurga, tapi perlakuan kita menjauhkan kita daripadanya. Entah mengapa ye, kita yang bernama manusia ini sangat pelik perangainya. Takut tapi berani tinggalkan suruhan-Nya.

Neraka itu pahit, tapi jalannya penuh kemanisan dan keseronokan. Syurga itu manis, tapi jalannya penuh kepahitan dan ranjau. Kenapa ye kita sering tertarik pada keseronokan dan keindahan yang menipu itu? Kita inginkan syurga tapi kita tak mahu bersusah payah untuknya. Memang begini agaknya sifat kita manusia yang suka turutkan hawa nafsu. Kita sedar perlakuan dosa, tapi kenapa sayang nak tinggalkannya?

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)" – Al-Ankabut: 64.

Justeru jika sebegitu, tidak seharusnya kita takut dengan kesukaran dan kesusahan kerana kesenangan dan kemewahan di sini hanyalah hiburan dan permainan sahaja. Jika sudah berstatus permainan, pasti tidak ada maknanya dan tidak akan kekal.

Perlu apa kita takut dengan kesukaran dan kesusahan kerana sebagaimana pesan Baginda s.a.w, “Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya DIA akan mengujinya dengan kesusahan” - (Riwayat Al-Bukhari).

Jadinya, tak perlulah takut pada kesukaran dan kesusahan, kerana Dia mahukan kebaikan untuk kita… Ambillah iktibar daripada suhu dan cuaca panas ini!

11 comments:

Marzalina said...

salam kak nik

intan pun selalu terfikirkan perkara yg sama...setiap kali berjalan kat luar dan terasa bahangnya panas...terfikir2 bagaimana nanti di padang mahsyar...yg dikatakan matahari cuma sejengkal jer dari atas kepala...aduh...ni pun dah tak tahan dan tak sanggup...

rasa nak berendam dlm air jer selalu huhu

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Intan,
Yela intan..mmglah menakutkan, moga kita dpt perlindungan dari-Nya
hmm..btol tu akak waktu cuti CNY setiap kali wuduk mesti nak basuh badan..panas sgt!

ain said...

betullah kak...kita ni takut akakn seksaan Allah, tapi masih lagi berani meninggalkan suruhanNYA!!! nak masuk syurga, tapi ambil lewa je suruhanNYA!

Packy @ Mawar Merah said...

Nik...salam. Kat utara lagi panas...tapi arini ujan ler pulak, hee..tiap kali akak basuh keta pasti ujan...my sis cakap kalau tak ujan lama, dia suruh akak basuh keta...suratan atau kebetulan?

Nik Fauziah said...

ain..
tulah kan.. namanya kita manusia. Tapi kena motivasikan diri segera untuk berubah ke arah kebaikan...takut tak sempat dipanggil 'balik' dlm tak sedia. Moga akhir hidup kita dlm husnul khatimah

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Kak Packy..
hmm..ujian tu nak uji sabaq ka dak tgk kereta mengerlip baru kena sentai tiba2 kena mandi lak ngn hujan hehehe

idashaifini said...

Salam kak nik, mmg terasa panasnya cuaca skrang. Ida pergi beli brg pun main order dr dlm van aje. Hehe. Tp oita manusia selalu leka kan, mmg x terbygkn panas di akhirat kelak..

kak ina kl said...

salam nik...memang betul apa yang kamu tulis ni..panas kat sini tak sama dengan di neraka..
takut sungguh bila memikirkannya..semuga kita semua di jauhkan dari siksaan api neraka.

sya said...

kak, sama lah... selalu fikir takutkan Allah.. dan hari pembalasan kelak. tapi, apa yang dibuat tak sama dengan yang ditakutkan...
tapi, bila tiba bab kemewahan, selalu terfikir, tak perlu semua tu. bukan boleh di bawa 'ke sana' pun... harapnya, dapat berwasatiah, dan hidup di dunia ni bukanlah kekal selama2nya...

hans said...

suhu dekat kedah dah nak dkt 40 darjah celcius dah
sangat panas

NIk Fauziah Nik Hussin said...

ida&kak ina..
Semoga kita sentiasa beroleh maghfirah-Nya

Sya..
btol sya semoga kita tak dilalaikan oleh nafsu

hans..
mmglah utara biasanya cuaca dia panas sungguh..tp tulah baru sikit kita dah tak tahan kan? Tak taulah di 'sana' nnti. mohon perlindungan dari-Nya