RSS

Tuesday, February 2, 2010

Emo lah pulak!!!

Saya baru sahaja dapat menghabiskan novel Ranting Cinta Si Plato, buah tangan terbaru Kak Yati Berahim, Ahad lepas. Kali ini entah mengapa, agak lambat bagi saya untuk menghabiskan sebuah novel. Mungkin sebab sedikit sibuk dan banyak pula gangguan. Padahal, perangai saya kalau sudah menghadap novel, jawabnya selagi kulit tidak bertemu kulit, saya tak akan berhenti. Perkara biasa kalau berjaga malam untuk menghabiskan sebuah novel (walaupun Mr. Hb jenuh duk jeling2 hahaha)!!!

Seperti mana biasa, karya Kak Yati tidak menghampakan. Cuma entah mengapa, selesai membacanya, perasaan geram tetap mendongkol di hati! (Kata kak yati pada saya, nasib baik happy ending, kalau tak ko bakar buku akak agaknya!!! Hahaha…harus!!!!)

Sememangnya watak Alfian, membuat saya sedikit emosional. Hati saya benar-benar jatuh belas kepada Sofea apabila setelah kematian Alfian, barulah diketahui bahawa dirinya dimadukan.

Memang benarlah, walaupun poligami itu diizinkan Allah, tapi sukarnya bagi wanita untuk mendidik hati. Hanya insan terpilih dan tinggi imannya sahaja yang mampu melaluinya.

Buah tangan terbaru Kak Yati mengingatkan saya kisah seorang ustazah yang pernah saya kenali. Menyelami watak Sofea sewaktu mendapat tahu bahawa suaminya pernah berkahwin lain sewaktu hayatnya, mengingatkan saya kepada Ustazah ini. Kalau Sofea mendapat tahu suami berkahwin lain setelah kematiannya, ustazah ini pula mengetahuinya sewaktu si suami sedang tenat terlantar di rumah isteri mudanya. Pasti kedua-dua situasi tersebut tetap menghancur lumatkan hati si isteri.

Saya tidak menyalahkan Ustazah tersebut yang akhirnya bertindak membiarkan suaminya menghabiskan hayat di rumah isteri kedua dan membiarkan isteri kedua tersebut menguruskan pengkebumian si suami. Dirinya hanya menjadi tetamu sahaja. Saya dapat merasakan betapa terluka hatinya.

Hakikatnya memang ramai para suami yang suka menyorokkan perkahwinan keduanya daripada isteri. Alasan yang diberikan, what she does not know, would hurt her less. Benarkah sebegitu? Tidakkah ianya menzalimi wanita akhirnya?

Kalau terbongkar kisah, tak mengapalah juga. Paling-paling, cuma ada hati yang terluka. Bayangkanlah pula kalau ia tetap tersimpan kejap bersama kematian si suami. Anak-anak saling tidak mengenali, terpaut hati sesama sendiri. Aduh!!! Tak dapat nak dibayangkan kesannya!!

Seharusnya kalau tangan sudah berani mencincang, bahu seharusnya berani menanggung. Entahlah, mungkin para lelaki di luar sana ada jawapannya.

ps maaf ye kalau entry kali ini sedikit ‘emo’… hheheheh!

8 comments:

haiza najwa said...

Sebenarnya ini utk komen di bawah tp tak pelah dh klik cney.
Apabila Rasulullah buang air besar, sekelip mata najisnya akan dihilangkan oleh para malaikat, begitu juga dengan air kecilnya. Tentang buang angin, saya percaya tak seorang pun pernah terdengar Rasulullah membuang angin. kerana ALLAH swt amat memelihara aib Nabi saw, kekasihNYA. Tntg gurauan tntg sunnah Nabi tu..hati2 Nik tersayang, kalau ada yg meleluconkan perkara tersebut, Nik akan tertempias. Kerana sedikit terlepas fitnah mengaibkan Rasulullah, malam hari kita akan berembesan kerana menyesal. Sedangkan peluh Rasulullah pun berbau wangi dan salah seorang isterinya sanggup terendap2 kala Nabi tidur demi mengaut keringatnya untuk dimasukkan ke dalam bejana oleh baunya yang semerbak harum.
I love you Nik, don't get offended. Kerana pesan Nik, tulislah dari hati kerana ia akan menyentuh hati2 yang lain. Salamz.

MyHasla said...

kak nik.... harus ku dapatkan buku tu jugak! Mesti best!

In reality.... memang masih ramai lagi lelaki yang kejam dan zalim terhadap wanita.....tidak menghargai wanita.... terus-terusan melukai hati wanita walaupun wanita itu sendiri adalah isterinya sendiri!

Tapi selemah2 wanita.... mereka tetap kuat!! betul tak?

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam kak haiza..
terima kasih atas teguran ikhlas yanga akak berikan.. terkhilaflah sudah diri nik yg lemah.

Dan sebagai tindakan segera nik dah tarik balik entry tu kak..gurauan yg boleh mencacatkan kasih sayang kita pada rasululluh.. sekali lagi kak terima kasih atas ingatan dan kasih sayang kak haiza

NIk Fauziah Nik Hussin said...

has..
yup, get the book!
mmg kisah2 sebegitu banyak kita dengar dan bertugas sebagai wartawan banyak kes sebegitu terbentang dpn mata. Tapi bila dijadikan dlm bentuk novel rasanya mcm kebenaran tu disumbat2 lagi dlm otak kita..tu jd emo kot hahaha!
tp tulah hakikat yang menyakitkan dan kadang kala jadi manis yang berlaku dlm kehidupan

ain said...

last week cr novel kak yati tak jumpa, this week nak try cari lagi!!

Deng Anaz said...

hisy k.nik nie..jgn lar cerita kat sini, deng x bc lg..so deng x bc punn entry k.nik nie..takat intro akak bc smpi tgh mlm n abg shukri jeling2 jer..hahahahaha..nnt kalo jumpa abg shukri nk suh dia demo aa canne dia jeling akak tue...

anar-ki said...

emo adalah tipikal. rasa di sebaliknya - tidak.

LotsOfLove-Pearls said...

Dear Kak..
Memang emo sedikit ar Kak..
Hehehe..

*saya pun kalau baca novel mesti emo jek lebih..
bab sedih, mulalah terkesat-kesat airmata..
bab mengeramkan, terasa nak baling jek novel tue.
Kahkah...

Betul2 menjiwai..