RSS

Tuesday, October 13, 2009

Nilaian Manusia - Nilaian Allah...

Saya ditanya oleh seorang sahabat, mengapa ada orang dikenali beragama, warak, bangun solat malam dan sebagainya, tetapi apabila datang satu ujian (khasnya diuji dengan wanita) dia seolah-olah hilang pedoman. Apakah jawapan saya dari sudut keagamaan dan kemanusiaan?

Soalan tersebut membuat saya terfikir seketika, adakah perbezaan dari segi keagamaan dan kemanusiaan? Bukankan jika tasawur kita jelas, maka seharusnya tiada perbezaan bukan? Mungkin kelemahan saya sebagai orang yang cetek ilmu tidak dapat memberi hujjah yang baik!

Apapun setelah berfikir-fikir seketika, saya teringat sepotong firman Allah SWT, yang lebih kurang bermaksud, jangan kamu kata kamu beriman sehingga kamu diuji. Apakah warak yang kita nilai dengan nilai warak di sisi Allah itu sama atau sebaliknya. Mungkin apa yang kita sangka baik itu sebenarnya tidak baik di sisi Tuhan! Wallahu a’lam.

Bercerita mengenai fitnah wanita ini pula, sememangnya wanita merupakan anak panah Iblis yang sangat berkesan sebagai senjata melumpuhkan kaum Adam. Malah Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud, “ku tidak tinggalkan selepasku (sepeninggalanku) fitnah yang lebih mudarat ke atas kaum lelaki daripada wanita."

Dalam hal ini, bukanlah bererti wanita itu jahat atau seumpama dengannya, tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.

Berbalik kepada soalan mengapa orang yang dianggap warak itu boleh terjerumus, maka teringat saya satu kisah tentang seorang abid yang memang sangat taat beribadat tetapi akhirnya tersungkur dalam pelukan wanita dan akhirnya terjebak dengan zina. Itu kisah seorang abid. Maka kalau dibuat perbandingan antara si abid (yang di tahap wali) dengan si ‘warak’ pada nilaian manusia, maka ia bukanlah sesuatu yang pelik sebenarnya. Maka atas kehendak-Nya jua segala ketentuan. Siapa yang dipilih untuk diuji lalu berjaya atau kecundang, kerana kita ini milik-Nya.

Ia juga mengingatkan saya sepucuk surat yang pernah saya terima lama dulu daripada sepasang pelajar Pengajian Islam sebuah universiti meminta pandangan tentang apa yang harus dilakukan kerana mereka telah terlanjur. Sekali terlanjur dan seterusnya diulang-ulang lagi sehingga ibarat pasangan suami isteri… Kisah benarkah? Iya..memang kisah benar yang menakutkan!

Begitu juga seorang graduan yang baru melangkah ke alam pekerjaan yang akhirnya jatuh tersungkur di pelukan seorang perempuan yang belum dinikahinya. Biarpun sebelum ini beliau seorang yang sangat aktif berusrah dan diakui kewarakannya! Kisah benarkah itu? Iya..kisah benar yang menyedihkan!

Dan menjawab persoalan seterusnya, andai nilai kewarakan tersebut benar-benar diaplikasi dalam kehidupan maka sudah tentu kita akan menjaga dari awal sebelum sesuatu yang buruk terjadi. Islam itu agama yang mencegah sebelum parah. Justeru usah pelik andai sesudah melakukan kesilapan kita sukar temui penyelesaian dalam Islam. Sengkarut yang kita buat tidak mengikut Islam, bagaimana kita mengharapkan Islam menyelesaikan. Memang sukar!.

“Ya Allah peliharakanlah diriku daripada azab kubur dan azab api neraka, daripada fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah masihi Dajjal”

11 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

ujian akan terus diberi, takut pula bila makin diuji makin tersasar jauh lagi...

ain said...

ye la kak...nilaian kat mata kita manusia tak sama dgn nilain Allah. kita hanya memandang luaran, sedangkan dalaman itu punca segala2nya!!!

aJa said...

takutnya saya...

saya takut kalau diuji sesuatu yang tak mampu saya tanggung...

minta dijauhkan.

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah dari Pak Karamu

Mawar Merah said...

Salam Nik,
Moga kita jadi hamba yang lebih kuat keimanan bila diuji, dan redha dengan segala ketentuanNya.....

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam nuar..
betol nuar, sbb itu kita kena selalu berdoa agar jangan diuji dengan apa yang tak mampu kita tanggung.

Ain..
teringat satu senikata lagu.. pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yang hakiki, kalau hati itu bersih...
semoga hati kita sentiasa bersih sbb disitu jatuhnya pandangan Allah.

Aja.. moga kita terselamat dan sentiasa dlm perlindungan Allah

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam pak karamu..
terima kasih sudi menjenguk ke sini!

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Kak mawar..
harapnya begitulah kak..ameen!

ziekiera said...

Nik...kak zie prnah berbincang soalan ini dgn ank bujang kak zie,Haikal yg baru 12 tahun..Nika tahu apa katanya..
"Sebab itulah satu nafsu lelaki. Pompuan ada 9.nak cantik,harta,glamour...lelaki x pntingkan sngat benda2 tu...tapi Tuhan bagi nafsu lelaki ni lebih cenderung pada benda mcm tu..jadi bila ada je..pompuan yg dia rasa ok dan x de pada bini dia mulalah dia lemah kerana itulah saja kelemahan lelaki iaitu..perempuan".
Heheh..ehh nik,kak zie cam tertelan biji deghian bila dengar hujah dia...senyum kak zie,tak terkata...camne nik ?

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam kak zie..
mmg tak salah hujah si Haikal..
Sbb tu dlm Islam, aspek pencegahan sgt ditekankan Jaga pandangan, jaga batas pergaulan. Bila tak jaga, tu yang timbul masalah. Kalau lelaki minat pada anak dara tak kisah sgt... tp kalau 'terminat' isteri org..ha tu apa kes?? tak haru??

sya said...

bila diuji itulah baru tahu nilaian kita...
sama ada,
bila sakit, kita merintih2 atau kita memuji2 Allah..
atau,
bila kita sihat, kita bersyukur atau kita melupakan Allah...

kadang2, kita rasa sakit itu dugaan.. tapi, sebenarnya, kesenangan itu adalah dugaan yang lebih besar... :)