RSS

Friday, October 16, 2009

Menunggu Cinta Tuhan


Menunggu Cinta Tuhan, buah tangan terbaru Lily Haslina Nasir, baru saya terima semalam (15 Oktober ) daripada tuan empunya diri. (Thanks Lily for the free copy!)

Teringat sewaktu bersms dengan Lily, saat beliau sedang ‘bergelut’ menyiapkan naskhah tersebut. Katanya sambil ketawa, “kak, saya tengah buat novel Islamik dengan PTS…konon-kononlah. Tak tahulah menjadi atau tidak…tapi Lily nak mintak pandangan akak yer.”

Di celah-celah kesibukan, tak sempat kami berjumpa. Dan akhirnya Lily mengumumkan kelahiran ‘cahaya mata’ barunya itu. Sekali lagi beliau menghubungi saya dan meminta agar saya tidak membeli buku barunya itu kerana beliau ingin menghadiahkan kepada saya.

Kebetulan kami bersama-sama menghadiri rumah terbuka PTS dan di situ naskhah tersebut bertukar tangan. Actually I was wondering, curious and eager to find out the ‘warak’ side of Lily Haslina (gelak guling-guling). Maklumlah apabila naskhah novel Islamik, biasanya berlatar belakangkan Timur Tengah, berganti nama ana-anta-enti dan sering kali berwatakkan ustaz/ustazah (malah Lily pun mengakui agak suspen dengan percubaannya sendiri).

Lebih kurang jam 9 malam Jumaat itu, saya mula mengadap novel tersebut. Sehingga hampir jam 2 pagi masih meneleku tapi terpaksa surrender, namun kembali menyambungnya selepas solat Subuh dan habis membacanya sebaik masuk waktu dhuha. Alhamdulillah!

Saya tidak tahu apa ungkapan yang sesuai untuk digunakan tapi ia sangat menyentuh hati saya. Pada Lily saya katakan superb.. jawapan standard Lily “takde maknanya!”. Mungkin pemilihan watak dan setting novel itu sangat dekat dengan saya membuatkan saya benar-benar terpegun. Malah kalau saya berada di dalam situasi tersebut, saya sendiri tidak tahu apa yang akan saya buat!

MCT mengisahkan seorang graduan syariah yang memohon kerja sebagai wartawan hiburan di sebuah akhbar arus perdana. Terpaksa berhadapan dengan dua orang ketua yang berlainan pendapat – Muda Sulaiman, seorang yang inginkan pembaharuan dan Azrul Rasyid, tipikal orang ‘hiburan’. Ironisnya, watak Azrul Rasyid yang juga berlatar belakangkan pendidikan agama namun jauh terseret daripada apa yang dipelajari.

Di situlah bermulanya konflik antara Azrul Rasyid, si tampan bermulut puaka (Lily…dah lama akak tak dengar istilah tu..dan sangat-sangat mengembalikan nostalgia sewaktu praktikal dulu, betapa capoinya mulut orang-orang dalam line tu) dengan Khalida Atikah, graduan syariah yang mencuba nasib dalam bidang serba baru untuk dirinya. Bayangkan pertembungan nilai dan prinsip yang terpaksa dihadapi.

Menelusuri kehidupan Khalida Atikah, membuatkan saya berasa iri dan kagum dengan kekebalan mental dan keutuhan prinsip yang dipegang. Betapa apabila membandingkan dengan diri sendiri, saya tidak yakin apakah saya juga mempunyai kekuatan sebagaimana Khalida Atikah andai dihadapkan dengan situasi sedemikian.

Berada dalam media Islam biarpun sukar, namun kita telah berada dalam landasan yang mudah, cuma terpaksa berhadapan dengan sedikit sahaja kesukaran dalam menjalankan misi dakwah. Namun berada dalam 'acuan yang tidak sempurna' lebih sukar untuk berdakwah. Tentangan bukan sahaja dari luar malah cabaran dari dalam juga menjadi hambatan yang lebih menyakitkan. Tidak mustahil kualiti dakwah itu itu sendiri lebih bermakna!

Pujian harus diberikan kepada Lily kerana garapan hujah yang bernas (terserlah sisi warak Lily, wink2). Pemilihan diksi dan gaya penulisan, menyerlahkan keindahan bahasa penulis. Nilai keagamaan, profesion kewartawan dan amalan mistik yang menjadi tema karya, mentashihkan pengalaman penulis yang telah berkecimpung lebih 12 tahun dalam bidang jurnalisme.

Dan setelah menekuni novel ini, saya juga telah dapat menjawab persoalan yang dikemukakan oleh penulis kepada saya, “mengapa ada orang yang berpendidikan agama, menjaga solat dan dilihat warak, tidak tahan bila diuji?”.

Kesimpulan yang dapat saya buat ialah sekadar belajar agama dan bersolat belum tentu dapat menjamin diri andai tidak ada penghayatan dalam ibadah dan tidak mendapat rahmat Allah. Tanpa rahmat-Nya, tiada erti hidup kita! Bagaimana hendak mendapat rahmat Allah?? Mintalah belas ehsan dari-Nya kerana kita ini milik-Nya!

Saya menanti sekuel novel MCT!

7 comments:

aJa said...

hmmm...

baru baca ringkasan novel dr kak nik je dah teruja nak beli...

hehehehe...bagus ar camni...

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam aJa.
Buku ni pada akak mmg best. Mungkin latarnya menceritakan bidang kewartawanan. Apapun, selamat membaca, banyak pengajaran boleh dikutip dari situ!

ain said...

slm kak Nik!! saya mesti beli novel ni!

idasm said...

salam kak nik... apa khabar. sejak bulan ramadhan sampai dh abis syawal, boleh kira berapa kali ida singgah sini. maaf ye kak nik. kesibukan membataskan segala, tp tak bermakna lupa...
membaca sinopsis akak ttg nv terbaru kak lily, ida pun turut rasa teruja utk mendapatkannya. thanks kak.

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam ain..
hehe..insya-Allah tak rugi beli

salam ida..
yelah..lama tak jengah rumah akak ni kan? anyway tq..akak pun mcm ida gak.. ada masa tu just tkde mood heheh...apapun harap ida sihat sentiasa!

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Kak,
Best..
Tahniah juga kepada Kak kerana dapat menghabiskannya kurang daripada sehari..

Nanti nak jalan2 kat MPH..
hehe..

Jamilah Mohd Norddin said...

Salam, kak Nik..

Saya terjumpa blog ini ketika mencari-cari tentang ulasan menunggu cinta tuhan..

Alhamudlillah, dah khatamkan buku ini dan saya sangat suka. Kak Liliy dapat menghidupkan watak Khalida yang sangat kental walaupun ditembak banyak kali oleh Azrul RAsyid...

Terima kasih kak Nik mengulas tentang novel ini.. :) Saya mohon linkkan artikel ini di blog saya.