RSS

Tuesday, June 16, 2009

Adus!..


Sebagai seorang ibu, sudah pasti kita mengajar perkara yang baik-baik kepada anak. Salah satunya ialah mengucapkan terima kasih apabila menerima pemberian atau bantuan daripada orang lain. Begitu juga apabila melakukan kesalahan, segera meminta maaf.. tapi anak-anak hari ini lebih senang mengucapkan “Sorry ye umi” hmmm…!

Teringat sewaktu menonton berita satu malam, ada seorang menteri meluahkan perasaan tidak puas hati. Katanya anak-anak pra-sekolah sekarang sudah tidak tahu berterima kasih. Maknanya budaya berterima kasih semakin lenyap daripada jiwa anak-anak kita. Entahlah, mungkin juga ada benarnya.

Berbalik kepada kisah terima kasih ini, saya juga sebagaimana ibu-ibu lain, turut mengajar anak-anak supaya mengucapkan terima kasih, terutama si Efa dan Iman. Tapi budak-budak, ada saja alasannya. Kadang kala lupa katanya atau malu. Tapi tak mengapalah, mereka perlu sentiasa kita ingatkan.

Sebenarnya kita sebagai orang dewasa pun kadang kala, ada masa terlupa. Apatah lagi kalau dengan anak-anak dan di waktu kita sibuk dengan kerja rumah. Kadang kala tak sempat mengucapkan terima kasih sebab kita berkejar untuk mengejar masa.

Perkara ini terjadi pada diri saya apabila saya menyuruh Efa meletakkan pakaian kotor di dalam bakul untuk dibasuh. Tangan saya sibuk menyiang ikan. Sebaik memberikan arahan kepadanya, saya terus berpaling menghadap ikan di singki. Terlupa untuk mengucapkan terima kasih.

Tiba-tiba suara halusnya menegur saya… “Umi tak cakap pun terima kasih kat adik..!”. Adus!! Terkena sebijik batang hidung saya.

“Alah sayang, umi lupa..terima kasih ya sayang!” segera ucapan terima kasih saya hulurkan dan dengan wajah ceria, Efa keluar bermain basikalnya.

Huh!.. agaknya saya ini ibarat ibu ketam mengajar anak berjalan betul! Tak apalah, sekurang-kurangnya teguran anak kecil ini membuatkan saya lebih berhati-hati dan sentiasa bermuhasabah diri. Tak rugi belajar dari anak sebenarnya!

ps: Efa kalau kita cakap thank you adik.. dia akan kata, mana boleh cakap macam tu.. cakap terima kasih! Hahah!

10 comments:

Miss Jessy G said...

Sabar je la si efa tu.. hehehe... tp yela cuyah.. kdg2 mmg susah nk ucp terima kasih..

tp ya tgk kat australia ni budaya ni mmg dierg amlkn.... sape2 pun.. bila naik bas mmg dierg ucp slamt pg.. kalo kite x ckp, driver tu yg ckp.. kalo trun plak ckp thank you.. cashier kat kdai pun mesra2.. dierg mmg tegur kite.. tny how are you.. hehe.. kdg2 ya pun tergamam skjp... sbb tiba2 je...

ain said...

hahahaha....efa samalah ngan anak2 saya, kalau sy minta tlg dn terlupa nk ucapkan terima kasih, mesti they all mencuka dan cakap "ibu tak ckp pun tima kasih.." aduss!!!

there are 5 magic words yg saya titikberatkan kat anak2, iaitu :-
please, excuse me, sorry and thank you(PETS)

MyHasla said...

salam kak nik,
memang betul... dengan anak2 kita sering lupa nak ucap terima kasih. Depa pulak yang mengingatkan kita semula. anak has pulak (si kakak), kalau kita lupa, dia pulak yang ucap terima kasih kat kita. hehehe so kita paham lar kan...so kena lar proper say 'thank you' or 'terima kasih'

MyHasla said...

kak nik, jemput singgah amik award ye.... http://myhasla.blogspot.com/2009/06/awards.html

idasm said...

seronok ida bc kisah kak nik dan anak2...
kim salam kat efa yea...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam..ya, lama tak chat ngan ya kan? apa2 pn baik2 jaga diri kat sana ya!

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Mmg. ain five magic words tu mmg selalu kita ajar pada anak. tp yerlah budak2 kan ada masa ingat ada masa lupa!

has... anak2 ni cermin untuk diri kita.

ida.. kerenah budak2 mmg mencuit hati.

sya said...

aduh, saya paling risau kalau saya menjadi ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus... tapi, memang kadang2 tak boleh dielak, kan? :P

tapi, kanak2, apa yang kita ajar, semuanya diserap.. mereka ibarat span yang menyerap air.. dan, sebenarnya, apa yang dituturkan adalah sangat ikhlas dan jujur.. dari situ kita pula yang belajar menilai diri kita kembali... :)

Unknown said...

kaknik,
anak2 daku yg anis & fikri tu ade masa dok ckp 'ceh' (mekasih lah tu), ikut angin depa...
ibu pakaikan pampers pun ckp 'ceh'.. ibu buat susu pun ckp 'ceh'.. ibu sendukkan nasi ke pinggan dia pun, 'ceh'..
tp bila tiba angin berat mulut.. 1 hari nak dengor dia sebut 'ceh' pun susah...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam sya..
seharusnya kita yang tua ni tak segan belajar dari anak2.. apatah lagi perkara yang baik kan?

Yong..budak2 mmg mcm tuh.. moga apa yang diamalkan kekal hingga mereka dewasa