RSS

Thursday, June 11, 2009

Bertemu juga...

Akhirnya bertemu juga kami

Dah naik bersawang rumah saya rasanya dek kerana lama tak dikemaskini. Terasa rindu kepada semua rakan bloggers.

Selepas 4 hari di Shah Alam, saya terpaksa surrender... demam!. Sakit tekak (suara pun boleh buat konsert rock hehehe), sakit urat dan segala macam sakit. Saya memang alah kalau kurang tidur, senang benar mengalami sakit tekak, tambahan pula dengan cuaca yang panas.

Oh, sebagaimana biasa, muktamar PAS seringkali menjadi medan pertemuan dengan sahabat-sahabat yang lama terpisah. Dalam ramai orang, saya telah bertemu kembali dengan seorang sahabat yang telah lebih 15 tahun terpisah, Siti Razayanah Bajuri. Kali terakhir saya bertemu dengan beliau ialah sewaktu hari graduasi. Sampailah sekarang setelah kami sama-sama memiliki keluarga sendiri barulah dapat bertemu. Bergenang air mata dibuatnya, kerana terlalu gembira. Tapi tak sempat nak bergambar kerana berjumpa pun sekejap sangat.

Sebaik sahaja muktamar tamat pada hari Ahad, (owh..saya ingin membuat pembetulan, sebenarnya muktamar itu kali yang ke -55), saya terus demam.

Tapi mengenangkan Liza datang dari jauh dan berhajat untuk bertemu dengan saya, maka saya gagahkan diri juga untuk berjumpa dia di Sogo, pada hari Isnin. Itu pun setelah Kak Yati menelefon bertanya saya di mana. Mujur cik abang sporting... sanggup hantarkan saya dan siap bagi time off daripada menjaga anak-anak!

sarung bercorak Pua Kumbu dari Liza dan kain pasang dari Kak Yati

Berjumpa dengan Kak Yati, Kak Mijah, Akim dan Ojan, serta Liza di food court Sogo, saya cuma minum jus tembikai. Selera memang tiada. Sebaik duduk di meja bersama mereka, Liza menghulurkan buah tangan yang dibawa dari Sarawak. Sehelai kain batik bercorak Pua Kumbu.. cantik sekali. Dan Kak Yati turut menghulurkan sebuah beg plastik kepada saya…rupa-rupanya kain pasang berwarna biru, katanya untuk saya buat baju kerana saya tiada baju berwarna biru!! Terharu saya menerima buah tangan daripada mereka berdua.

Kak Yati dan Kak Mijah memilih baju untuk anak-anak

Setelah menemani mereka bershopping, saya meminta diri untuk pulang setelah jam menunjukkan pukul 5 petang. Tapi sebelum itu sempat ke Pertama Book Store, apa lagi layan novellah. Hajat hati ingin mencari novel Eka Fahara JAWAPAN YANG PASTI, nampaknya belum sampai di kedai buku tersebut. Sempat juga saya capai sebuah novel yang dicadangkan oleh Ani (pekerja di kedai buku). Memang Ani tempat rujukan saya mencari novel yang best heheh! So inilah bukunya.. DENDAM PENCINTA


Tapi masih belum sempat nak layan… betul-betul tak larat. Anak saya, KakLong Huda yang baca dulu. Selasa, saya terpaksa sambung cuti kerana terasa benar-benar letih dan tidak sihat.

Ramai yang bertanya, macam mana berniaga… hehehe, BOLEH LAR, sekadar mengasah semula bakat berniaga yang dah lama terendam!!..

Saya masih ‘berhutang’ tag dan macam-macam lagi dengan beberapa rakan blogger. Mintak maaf yer.. especially cousin saya IBUJUNES. Insya-Allah saya akan cuba tunaikan hutang tersebut! (Tah bila la tuh.. Ahaks!)

11 comments:

Lizabujang said...

Salam Nik....
Sayanggggggggggg awak. Terima kasih kerana sudi jumpa saya biarpun awak demam dan letih. Terima kasih pada suami awak yang sporting.

mawar merah said...

Lamanya bertapa..rindu nak baca tulisan nik....

Dida... said...

Salam Kak..

Get well soon ya.. take a good rest. Semoga Allah kembalikan kesihatan & kecergasan diri akak utk melakukan segala aktiviti.. :)

ain said...

akak tak sihat rupanya.patut ler senyap aje. akak rehat banyak2 yer dn jgn lupa makan ubat tau!!!

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

ooo...akak ngan ibu junes sepupu-sepapat ghupernyer... :D

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam liza
alhamdulillah, dpt jgk kita jmpa.. terima kasih atas buah tangan yang cantik tu za.

kak mawar..
rindu gak ngan semua heheh!

dida..
terima kasih atas doa.. alhamdulillah dah beransur sembuh, cuma selesema dan batuk je.

ain..
wa cuti sakan yer ain..
alhamdulillah, dah beransur sembuh cuma selesema dan batuk je..

Nuar..
iyalah nuar..tau sedara pun, menerusi blog nih..alhamdulillah.

Pengasas said...

Salam Nik,
Saya terbayang macam mana Nik berjumpa kawan lama. Biasanya, orang-orang muda tanya khabar dan tanya "berapa anak".
Status saya macam tu dah berlalu. Sekarang, bila jumpa kawan lama, tanya khabar dan tanya "berapa cucu". Begitulah ...

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam Dr.
tepat sekali.. first tanya kabar, lepas tu tanya brp anak.. yang sulung dan besar mana..heheh

kakyong said...

ooo.. kaknik dah jumpa kakliza yer... kak liza lama ke bercuti di semenanjung? naper tak pjgkan langkah ke Ipoh... hikhikhik..

kaknik , saya telah lupa utk beritahu bahwa kaknik telah memenangi award pada awal bulan ni... lupa sgt2.. nanti jengah kat link ni yer...
http://kakyong72.blogspot.com/2009/06/award-pengunjung-pengomel-terhebat-may.html

MIMIE AFINIE said...

Salam nik,
Macam mana sekarang... masih demam lagi ke? Nampaknya kenalah banyak2 berehat...

Mama Nazhan said...

salam kak nik... akak tak sihat upernya..tapi best la jumpa lwn2 kat sogo tu... saya ahad lepas sempat gi sogo sblm balik ke penang..sabtunya tu gi shah alam nganto ke umah pengantin lelaki, anak kakak tiri saya perempuannya. Bila plak saya dpt jumpa kakak2 sume yer??