Hari ini 18 Ogos 2010..genaplah usia Kak Long 15 tahun. Kak Long Nurul Huda dilahirkan di hospital bersalin Kuala Lumpur, tepat jam 7.45 pagi, setelah menahan sakit selama lebih 7 jam. Alhamdulillah, urusan kelahirannya tidaklah sesukar mana, berbanding dengan kawan-kawan yang terpaksa menanggung sakit sehingga lebih 24 jam!
Kak Long waktu kecil sangat mudah mendapat demam, selesema dan batuk. Pendek kata sebulan sekali mesti kena berjumpa doktor. Penuhlah peti sejuk dengan ubat-ubatan Kak Long. Tapi dalam kepayahan dia yang selalu sakit, Allah permudahkan menjaganya. Kak Long tak banyak kerenah, beri susu masuk buai tidurlah dia berjam-jam. Senang pengasuh menjaganya. Tapi kalau sesekali menangis.. memang padanlah dengan ‘baiknya’ tu.
Kak Long memang tidak kami besarkan dengan kemewahan. Sementelah kami suami isteri baru sahaja membina keluarga. Ekonomi juga tak begitu mantap. Kami ajar dia dengan kesederhanaan dan bersabar sekiranya kemahuannya tidak dapat kami tunaikan. Kesannya alhamdulillah, dia banyak berkompromi. Terima kasih Kak Long kerana sentiasa cuba memahami.
Kini di usia 15 tahun, Kak Long sudah pun memasuki alam remaja. Kami lepaskan dia di bawah ‘jagaan’ guru-gurunya pula untuk proses tarbiyah, dengan pantauan, dorongan dan doa dari kami ibu dan ayahnya. Mudah-mudahan kekallah dia dalam peliharaan Allah.
Buat Kak Long…
“15 tahun lepas, tepat jam 7.45 pagi, umi selamat melahirkan Kak Long, di hospital bersalin KL. Masa itu umi dan abah sangat gembira kerana dikurniakan cahaya mata. Hilang segala rasa sakit dan susah semasa mengandungkan Kak Long. Masa kecil Kak Long selalu demam, tapi sebab sayangkan anak, tak terasa kesusahan tersebut. Moga Allah balas dengan menjadikan Kak Long anak yang solehah. Doa umi semoga Kak Long terus menjadi anak solehah, mujahidah dan srikandi Islam buat saham umi dan abah di akhirat nanti.
Kak Long, jadilah umpama ikan di lautan. Biarpun pun air laut itu masin, tetap tidak menjejaskan isinya. Pimpinlah diri dan orang di persekitaran menuju redha Allah. Hiasi diri dengan peribadi unggul wanita solehah.
Selamat hari lahir yang ke-15, moga diberkatkan umur, dimurahkan rezeki, ditingkat iman dan sentiasa dalam peliharaan Allah selalu!”
7 comments:
Salam along,
Aunty D menumpang sekaki yer kt blog UMIE to wishing you " Many Happy Return of the Day " egat pesanan UMIE's and do yr best to meet the objective. She is a good and wondeful mother. Thus, make her dream come tru.
Hmmm....No doubt our relationship build up less than a month but I have discovered the beautiful person inside of her. She's cool, loving, caring and responsible person. She would make anyone feel great to be beside her. Me too love her so much.
Nonetheless, all the best to all your undertaking specially on yr up coming PMR.
Take care along ....See ya..!!
Didiiii...
hmmm... lama atau skjp bukan ukuran, yg penting keikhlasan!
hidup biarlah ibarat benih..jatuh ke ke laut menjadi pulau..jatuh di darat menjadi gunung!
salam kak nik..wat a coincidence.hari ni pun bday anak saya zati yg ke 16. they share d same date of bday. Happy bday to along, moga Along jadi anak yg solehah dan selalu dlm rahmat Allah!
ain..
iye ker?? lor.. hehehe td pun sorang kawan, doc Ami, anaknya juga sama tarikh..
hmm mudah2an zati jugak menjadi anak solehah dan sentiasa membanggakan ain sekeluarga!
Salam Kak Nik n along,
happy Bday Along, Kak Iman doakan moga Along sentiasa menjadi anak yang menyenangkan hati ibu bapa dan berjaya dalam hidup.. Happy Bday dik.
happy belated besday kak long. semoga sentiasa menjadi kebanggaan ibu ayah. selamat maju jaya..
happy birthday along!
ramadhan kareem akak! ^_^
Post a Comment