Sabtu minggu sudah, sebelum kedatangan Ramadhan, saya dan suami sempat membawa anak-anak ke Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan yang bertempat di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.
Agak mengecewakan juga kerana pada hari berkenaan, sambutan daripada pengunjung kurang menggalakkan. Mungkin juga pemilihan tempat yang agak jauh dari pusat bandar menyebabkan ia kurang mendapat sambutan. Atau mungkin waktu saya pilih, iaitu petang Sabtu bukan waktu ‘peak hours’ kunjungan.
Tidak banyak gerai di situ, (atau mungkin saya yang tak jumpa, hahaha) tapi rasanya saya sudahpun menjelajah ke semua tempat. Kalau benarlah sebagaimana yang saya lihat, pihak penganjur perlu lebih memberi promosi andainya ia diadakan lagi di masa akan datang.
Sayang sungguh kamera saya kehabisan bateri, jadi tak dapatlah saya mengambil gambar. Ada tak ada sekeping inilah dan agak ‘blur’ pulak tu!. Di karnival ini turut diadakan ujibakat rancangan Adik-adikku. Puas juga menyuruh Iman mencuba, tapi nampaknya dia masih belum berkeyakinan. Tapi selepas itu dia menyebut-nyebut pula. Hmm..macam malu-malu kucinglah pulak!.
Dalam keadaan bersedia dengan tidak saya telah menerima pelawaan adik angkat saya untuk berkunjung ke rumah beliau, tak jauh dari KLIA. Mulanya rasa agak keberatan juga, bimbang menyusahkannya, tapi kesungguhan beliau mengajak membuatkan tak sampai hati pula untuk menolaknya.
Teringat pesan Didi, “akak bawak je segala keperluan. Jadi tak jadi belakang cerita. D nak bawak anak-anak ke KLIA, biar dorang kenal tempat kerja aunty dorang.”
Dalam teragak-agak, akhirnya sampai juga ke rumah beliau. Walaupun perancangannya kami akan balik sekembalinya dari KLIA, namun tiba-tiba suami saya demam. Akhirnya, kami bermalam juga di rumahnya. Ternyata perancangan Allah mengatasi perancangan manusia.
Justeru malam minggu itu, dapatlah saya dan Didi membawa anak-anak ke KLIA. Memang anak-anak tak pernah dibawa ke sana, kerana biasanya kalau outstation, saya akan pergi bersendirian. Walau bagaimanapun tak dapat nak ke pejabat Didi, kerana ianya kawasan larangan. Terhibur melihat gelagat anak-anak yang gembira.
Teringat kata si Iman, “Adik ingat kecil aje macam dalam TV.. tapi besar. Sayap pun dah besar!”. Ralit sungguh dia memerhatikan kapal terbang mahu bergerak keluar ke landasan. Sayang waktu malam, kalau tidak mesti dia lagi teruja!
Masing-masing, tak melepaskan peluang bergambar.. Tengoklah gelagat si Iman dan Efa! Along pun tak nak ketinggalan. Sebelum balik, Iman dan Efa sempat bermain di taman permainan yang disediakan. Menarik, kerana di situ disediakan replika kapal terbang. Kata Iman dapat main kat sini pun tak apa! Nanti ada rezeki bolehlah naik kapal terbang betul pula. Apapun, terisi juga hujung minggu bersama anak-anak!
And to Didi…terima kasih atas layanan first class!
Istighasah, boleh ke tak?
1 day ago
14 comments:
salam akak...
wahhhh...seronok noh jalan2 pusing KLIA..
posing sakan noh...
kemain lagi aunty DiDi tuh...
mahu jugak dia posing ye akak...
hahaha..
hehehehhe tu la..dh lama ajak xmoo dtg..tgk akak dh dpt FRCL service..amboiii2 baik punya komen erkk....posing maut tu..lepas kena pujuk manja....wakakkaka...
Aniwae akak tks for the nice photo shot..best punyer.
mmg seronoklah..ada tour guide lagi!
dia kena dera ngn akak suh posing hahaha!
Didii.. thanks too!..next time boleh pi lagi ek?
sememangnya promosi memainkan peranan penting.inilah jadinya kalau penganjur tidak memainkan peranan dgn bersungguh2.
wah.. bestkan dapat bawak anak2 akak ke KLIA, gembira diorang semua.
salam ida..
mmg mengecewakan sungguh bila tgk keadaan tu.. mudah2an lebih baik di masa akan datang.
Gembira tgk budak2 seronok ida..
patut ler tak gi program SRIK...huhuhu
hahaha
Lah konon2 nak wat coverage pasal karnival tu tp sungguh hampa!
Eppy besday...moga bjaya dlm akdemik dan akhirat kelak...amin!
ct..terima kasih atas doa.
happy birthday Nurul Huda...!lambat wish...ini budak mase kecik2 dlu cukup susah nak dipegang...pantang pegang,melalak...pegang je melalak,melalak je pegang..haha..anyway,good luck PMR Nurul..blajar elok2..
tq ipah..salah port lah komen.. patut kat atas sana
salam kenal yer kak..rasenyer pestime sayer menjengah ke sini..nice blog here..
salam Ramadhan...
salam.
selamat hari lahir yang ke 15 buat kak long.
Post a Comment