Kebiasaannya, hujung minggu menjadi waktu yang amat sibuk bagi wanita yang bekerjaya, biarpun kesibukannya berbeza.
Hujung minggu beginilah, masanya untuk mengemas rumah supaya lebih teratur (setiap hari mengemas juga tapi ala kadar supaya jangan ketara bersepah), menyapu, mengemop, ke pasar dan memasak. Kebiasaannya masakan di hujung minggu lebih ‘istimewa’ berbanding hari-hari biasa. Lebih istimewa, kerana biasanya selera ahli keluarga akan dilayan!
Sabtu yang baru lalu, lebih terasa kesibukannya. Kebetulan pula anak kedua saya si Iman, perlu menghadiri program larian hijrah yang dianjurkan oleh sekolahnya. Program sedemikian sememangnya diadakan setiap tahun untuk pelajar tahap 2 (tahun 4,5 & 6). Antara pengisiannya ialah kursus pemantapan solat (amali solat), qiamullail, bacaan Quran dan ma’thurat serta acara larian merentas desa.
Pengalaman pertama sudah pasti menimbulkan perasaan teruja di hati anak kedua saya itu. Sejak dari awal minggu lagi dia sudah mewar-warkan kepada kami sekeluarga.
“Umi nanti adik (dia memang bahasakan dirinya ‘adik’ kalau bercakap dengan saya dan abahnya walaupun dia ada adik) kena tidur kat sekolah. Ada larian hijrah. Tidur dengan kawan-kawan. Kena bayar 10 ringgit. Umi izinkan tak? Nanti kena bawak toto, kena bawak pakaian. Makanan cikgu sediakan. Adik nak pegi..bolehkan? Umi..bla..blaa.”
Memang bingit telinga mendengar ocehan Iman sepanjang minggu itu. Adakala terbit juga perasaan untuk mengusiknya. Lalu saya katakan padanya tak payah ikutlah, umi tak setuju. Berubah juga air mukanya.
Hari Khamis, tiba-tiba sahaja dia menyerahkan borang kepada saya. Disuruh (paksa) tanda tangan dan meminta duit sebanyak 10 ringgit. Tak terkata saya dibuatnya.
Maka bermulalah lagi ‘kesibukan’ si Iman. Hari Jumaat sudah sibuk bertanya tentang barang-barang yang perlu dibawa. Bertambah sibuk apabila petang Jumaat itu, cikgunya telah memberikan senarai barang-barang yang perlu dibawa. Semua mahu diangkutnya. Toto, bantal, selimut.. naik pening kami dibuatnya.
Saya katakan padanya, tunggulah nanti pagi Sabtu saya siapkan. Lagipun cuma mahu tidur semalam sahaja di sekolah. Kalutnya macam nak pergi seminggu!
Awal pagi Sabtu dia sudah bangun, ikut saya ke pasar. Semangat sungguh. Siap menolong mengangkat barang. Lepas tu, ikut pula kami ke pejabat pos, uruskan penghantaran barang-barang abahnya. Kemudian saya membawanya ke Giant. Tujuannya mencari sleeping bag. Daripada dia duk mengangkut toto busuknya, biarlah dibelikan sleeping bag. Kebetulan nanti kaklongnya pun akan sibuk dengan pelbagai kursus motivasi PMRnya tahun ini.
Menjelang tengahari, siap sudah satu beg sandang besar untuk Iman. Itupun berapa kali keluar masuk barang-barang. Sampaikan kaklongnya bising, “engkau nak duduk kat sekolah terus ke?”. Memang lucu sungguh.
Sebaik siap Iman bersolat Zohor, kami terus menghantarnya ke sekolah. Tinggalkan dia di situ menguruskan sendiri pendaftaran dan sebagainya. Biarkan dia berdikari.
Keesokannya, jam 10.30 pagi dia menelefon abahnya, menyuruh mengambilnya di sekolah. Katanya program sudah tamat (memang tamat jam 10 pagi). Saya tidak ikut mengambilnya, cuma adiknya si Efa sahaja yang pergi bersama abahnya (setelah bising tak ada kawan bermain semalaman. Kalau ada asyik bergaduh, bila tak ada macam ayam kena gigit dek tungau!)
Sebaik sahaja sampai di rumah, terdengar tapak kaki si Iman berlari ke pintu gril. Tanpa salam, terus terdengar dia memanggil Umi. Saya waktu itu sedang berbaring di sofa. Sebaik sahaja gril dibuka abahnya, terus dia masuk mencampakkan begnya dan membuka tudungnya. Kemudian, datang ke sofa saya sedang berbaring dan terus menerpa memeluk saya. Hahaha..
Dalam ‘brutal’ dan sifat ‘tomboy’ anak dara saya ini, tetap ada manjanya. Semalaman di sekolah, dia rupa-rupanya rindukan saya uminya. Hai, macam manalah saya nak masukkan dia ke asrama!
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
8 comments:
Anak kita dpt nombor 3.....hehehhe.....dlm kul 12 dia sonyap.....tidur rupanya.....kul 3.30 baru bangun.....ponat beno bolari!!!!
heheh...
iman kata dia dpt no last. hahaha..penat sgt..samalah balik bantai tdo dari pkl 11 smpai 4 baru baru bgn!
So sweeeettt...tersentuh hati keibuan bila anak buat mcm tu....
anak pasti rindukan ibunya..kak nik pon pasti teringatkannya bila x kat depan mata..
Salam kak nik, apa kbr? Hmm.. anak DS yg no.2 tu pun sepesen.. nmpk je brutal tp manja giler.. klau lama x jumpa, dia terkam n peluk DS kuat2 smpai lemas dibuatnya!
Sweetnya Iman Kak.
Mesti Kak terkejutnya diterpanya.
*Mmm, kak pula tak rindukan Iman ke semalaman xde di rumah. Hehehe..
kak bagus lah macam tu.. ummi sentiasa di hati nya... :)
Ana..mgg terasa gaklah..
Ds..tulah yg nampak brutal tu sebnrnya lembut hati
Hamizah n pearl..mmg dia takde rasa sunyi rumah..dahlah anak tiga org je.. bila takde sorang rasa sikitnya anak akak!
tulah yong..sbg ibu mmg rasa terharu diingati anak kan?
Post a Comment