Pagi Ahad, ‘golek-golek anjing’ (ada ke istilah tu hehehe) dengan anak-anak. Si Efa sebelah kiri, Iman sebelah kanan.
Effa: “Wangilah ummi”
Iman: “Aah..”
Iman: “Adik teka.. ummi ni Allah pinjamkan untuk kita tak?”
Efa: “Tak..”
Iman: “Iyelah..Allah pinjamkan ummi untuk kita lah..kan ummi?”
Saya hanya mengiyakannya. Kemudian Iman sambung lagi.
“Anak-anakpun Allah pinjamkan pada ummi dan abah kan?”
Saya mengiyakan sekali lagi.
“Memang Allah pinjamkan ummi pada adik, kaklong dan Efa. Sebab tulah kena say thank you to Allah. Caranya kita solat, buat baik jangan buat jahat. Allah bagi banyak benda. Tapi nak solat pun malas. Macam mana tu?”
Saya sebenarnya menunggu peluang untuk ‘mencuci’ Iman yang agak liat untuk bersolat. Apa lagi, tersengihlah si Iman, apabila terasa dirinya ‘dikenen’.
“Tak boleh ke just say ‘Thank you Allah’?” tanya si Iman
“Kita ada cara tersendiri untuk say thank you. Kena ikutlah cara yang Islam ajar.”
Memang benar, manusia masuk syurga bukan kerana amalannya. Tapi kerana rahmat Allah. Bagaimana nak dapat rahmat Allah kalau duk buat perkara yang Allah marah?
Kalau kita nak orang sayang kita pun, kita kena buat baik malah ada sanggup membodek, maka dengan Allah sama juga malah terlebih lagi sepatutnya. Sebab Allah beri macam-macam pada kita, sama ada kita minta atau tidak.
Tengok anggota badan saja cukuplah. Bayangkanlah kalau takde ibu jari tangan, susah nak suap nasi. Lubang hidung kalau tercangak ke atas, ada yang kena buat ‘atap’ supaya air tak masuk hidung dan melemaskan tuan tubuh. Dan macam-macam lagi.
Tapi kenapa kita masih liat nak solat? Kalau solat pun buat yang wajib je. Sunat tu, bak kata P. Ramlee, kadang-kadang atau jarang-jarang. Solat pun kadang kala dah semput waktu, dilalaikan dengan urusan dunia. Lemahnya kita sebagai manusia. Moga kita diberi masa untuk sentiasa berubah ke arah kebaikan setiap hari.
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
4 days ago
5 comments:
Kena lebih byk bermuhasabah nak-nak plak bila dah ada anak2 yang pandai berkata2..
Ana..
mmgpun..anak-anak ni sebenarnya jd cermin diri kita.. sbb tu kdg2 kenapa kita rasa familiar je dgn ayat dan perangai dia....
Sebab dia copy kita... mcm kita jgk dulu2 liat solat waktu sebaya dia hehehe
betul kata kak nik..solat sunat tu lagilah jarang2 n kadang2..entah2 bila check..tak buat langsung huhuhu..ruginya kan..
solat, walaupun ramai yg buat..mungkin ramai yg tak jaga waktunya..tambah2 melewat2kan..mintalah Allah bg hidayah pada kita semua...
leh digunapakai ni nak suruh anak2 bersolat...hehehe
entahlah kan
solat memang liat
kalau puasa apa semua rasa senang plak
Post a Comment