RSS

Tuesday, January 12, 2010

Iktibar Peristiwa Semalam.

Sudah dua hari tak bermotor. Terasa jugalah kehilangan. Tapi sudah tersurat, ‘jodoh’ motor tersebut hanya empat bulan sahaja dengan kami. Mula-mula Efa menangis jugaklah kerana motor kesayangannya hilang. Tambahan pula abahnya tiada di rumah.

Semalam sewaktu nak tidur, dia menangis. Katanya, kita dah tak ada motor. Adik takut, abah tak ada. Agaknya sudah bercampur dengan perasaan rindu teringatkan abahnya. Malam tadi kami tidur dengan perasaan kurang tenteram. Iyelah terasa macam trauma juga.

Tapi bangun pagi ini dia sudah agak ceria. Katanya, biarlah umi orang jahat tu ambil motor kita. Dia berdosa nanti masuk neraka. Biarkan dia! Kata si Iman pula, “hmm..nanti mesti dapat balasan!”

Rupa-rupanya menurut Adi, jiran di atas rumah saya, malam kejadian dia bangun menjenguk ke bawah tiga kali. Katanya bunyi anjing jiran menyalak membuatkan dia juga bimbangkan motornya. Dia menjenguk ke bawah pukul 12 sebelum tidur, pukul 3 pagi dan akhir sekali pukul 5 pagi. Tapi apakan daya, jam 5.15 si pencuri membawa lari motorsikal saya!

Sebenarnya apabila berlaku kejadian semalam, perasaan ralat itu ada. Memanglah terasa macam ‘patah kaki’. Tapi sebaik sahaja selesai solat Subuh pagi itu, entah mengapa tidak terlintas untuk mendoakan perkara yang tidak baik kepada si pencuri. Sebaliknya, doa yang terlafaz di bibir saya, “ya Allah, kau berikan hidayah pada orang yang mengambil motorsikal kami. Bukakan hatinya untuk bertaubat.” Itulah yang saya ucapkan.

Dan sewaktu sesi bersoal jawab dengan Sarjan Baharuddin, pegawai penyiasat di balai polis Gombak, masuk seorang wanita berbangsa Cina ingin berjumpa dengan Sarjan Kumar untuk menghantar dokumen.

Bagaimanapun Sarjan Kumar tiada, lalu wanita Cina itu pun bersembang sebentar dengan Sarjan Baharuddin. Daripada ceritanya saya dapat tahu rupa-rupanya tujuan dia datang ialah untuk menghantar dokumen menggugurkan tuduhan terhadap orang kena tuduh.

Kisahnya, wanita ini kecurian wang 20 ribu ringgit (dia ada kilang membuat barangan kecantikan). Duit tersebut sepatutnya dimasukkan ke bank, tetapi telah dilarikan oleh seorang budak Melayu. Kebetulan, wanita Cina ini kenal dengan ayah budak tersebut. Setelah dibuat report polis, si ayah tadi berjumpa dengan wanita Cina ini dan memulangkan kembali 10 ribu daripada duit yang diambil oleh anaknya dan merayu supaya kes tersebut tidak dipanjangkan.

Wanita Cina ini kemudian menarik balik tuduhan dan berpesan kepada pegawai penyiasat supaya jangan diambil tindakan terhadap anak muda tersebut. 10 ribu yang diambil? Kata wanita Cina itu, “bapak budak itu kata dia mau bayar pada wa.. tapi kalau tak bayar tak apalah, wa halalkan. Duit tu bukan boleh bawak masuk kubur. Wa pun selalu sedekah sama orang. Wa tak kira apa bangsa. Sekolah agama pun selalu mintak duit derma sama wa. Dia orang suka mintak, sebab wa tak pernah tak kasi sama dorang.”

Sarjan Baharuddin yang ada bersama saya waktu itu terus berkata, mana ada orang yang sebaik dia lagi sekarang.

Kata wanita Cina, “kita semayang sebab mau minta Tuhan bagi kita sabar, tenang. Duit ke harta ka, bukan boleh bawak masuk kubur. Wa mau baik dengan semua orang. Biarlah orang buat jahat. Orang selalu marah bila wa sebut tuhan Alah..mana tau satu hari wa mau masuk Islam. Wa tau, kalau orang betul-betul ikut Islam dia baik!”

Tiba-tiba dia memandang kepada saya, “you kenapa? Motor hilang ka? Aiyaa..maafkan sajalah..”

Saya cuma tersenyum dan membalas katanya, “saya kena buat report untuk claim insurans. Biarlah motor tu, mungkin bukan rezeki saya”.

Tetapi mendengar bicara wanita Cina itu, membuatkan saya berasa malu dan kagum. Kagum, betapa dia sebenarnya pandai bersyukur, duitnya yang dicuri dianggap bukan rezekinya. Malahan dia rajin ‘bersedekah’ dengan lebihan rezeki yang ada! Malu kerana dia yang bukan beragama Islam, tetapi kefahamannya lebih Islam daripada orang Islam yang sudah tidak takutkan balasan Allah dan menyusahkan orang lain!

Justeru, apalah sangat doa saya agar si pencuri diberikan hidayah dan bertaubatkan?

10 comments:

Packy @ Mawar Merah said...

Hee...Nik, speechless, dulu kalau nak marahkan org buat tak baik ngan kita, penah jugak terlompat perkataan buruk dalam hati...kdg2 minta org tu patah riuk accident. Tapi kak ada terbaca buku 3T (Taubat, Tahajjud dan Tasbih), kat dlm tu ceritakan taubat para nabi dan antaranya kisah nabi Yunus yg ditelan ikan kerana mendoakan kecelakaan untuk kaum dia...boleh nangis baca buku tu....barulah sedar diri yang kita ni kena buat banyak perubahan dalam diri untuk benar2 ikhlas hanya kerana Allah....

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Nik betul kata cina tu, paling penting kau selamat dgn budak2 dalam rumah tu, kalau pencuri tu masuk susah jugakan. Tapi kasihankan pada bapa budak yang curi duit tu, merayu demi anaknya..hati seorang ayahkan, walau anak buat kesalahan tetapi masih lagi anak tidak mahu dihukum...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

kak packy..
insya-Allah kita sama2 perbaiki diri..org yang baik tu hari ini lebih baik dr semlm, esknya lebih baik dari hari ini.. harap kita tergolong dlm golongan yang mendapat kebaikan!

Kak yatie.
tulah..tak tau nak ckp mcm mana..syukur selamat! sbb tu dpt tutup rasa terkilan tu. Tp tulah bila dengar perempuan cina tu ckp rasa malu pn ada.. kesian kat bapa budak tu pun sama.
Dan kagum pun ada.. sbb perempuan cina tu duk ulang banyak kali, jgn amik tindakan ya..saya sudah maafkan..aduila..

Shams Ali said...

kak nik, sham rasa macam nak menangis. Moga Allah perelokkan iman dan taqwa kita senantiasa. Moga kita terus ISLAM sebenar-benarnya hingga ke akhirnya. Ya Allah berilah hidayah agar ISLAM dapat mententeramkan wanita cina yang baik budi dan indah pekertinya..Allahumma ameen

Haiza najwa said...

Sure dia baik..sgt baik,sentimen baik ney, skalanya bukan bangsa maupun keturunan. Meskipun bangsa tu sendiri mengaku 'sudah mati pun mau tipu lagi'. Contohnya..mereka amat gemar mengadakan pengebumian kala tengahari kerana hemat mereka, malaikat jaga kubur mereka pergi lunch. So, mayat yg ditanam kala itu tak perlu menjalani soal siasat akan dosa.
Ironinya, bila this madam pula meminta org lain berbuat baik sgt2 spt dia, seperti meminta org lain memaafkan saja ermm..I doubt if she ardently cares for others. What if the person she prodded to be forgiven is a number one and consistent rascal? Who's content to live such lifestyle? Mencuri sudah jadi imun. Dan org yg disuruh memaafkan plak tu memang seorang yg amat perlukan vehicle tersebut. She's being manipulative secara halus dan kalau bg org Islam, sifat merasa diri itu baikkk sangat itu sangat ujub dan menghampiri mu... Sorry itu pendapat saya saja Nik..relaks ya. Same thing when I was being conned few Ks and I feigned a false smile to everybody and articulated that takpe lah tu takdir. Tp atas sejadah aku buat solat taubat dan solat hajat minta dilembutkan hati manusia bertuah tu supaya kembalikan ribu2 aku yg ditipu tu..fair story kan? We just human Nik..jangan naive sgt. Nik ney laa sebenarnya yg sgt baik, bukan madam imposter tu..ha ha

Suhana Shahril said...

Rasa cam nak nagis la plak...betapa hitamnya hati ini...

Anonymous said...

visit this blog via Haiza Najwa's link. So this is her 'born writer in diguise'..?
Good story though. Keep it up.

-beyond reach.

Dearie Pearls said...

Hi Kak..
Lama tak berkunjungan kan..

Happy New Year Kak..

..murninya hati.

Semoga dimurahkan rezeki.

Hamizah said...

mdh2an amoi tu dapat hidayah..

idasm said...

baiknya wanita cina itu. memang tak sangkalah.
akak, ida tumpang simpati atas kehilangan akak tu. sorilah.. lama online, mcm ketinggalan keretapi plak rasanya.. hehe..