RSS

Friday, April 17, 2009

Sesi Berlonggok di PBKL


Hari ini bermula sudah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009. Yang pasti saya tidak melepaskan peluang untuk berkunjung. Tujuan utama nak buat coverage la konon... tapi perasmian hanya akan dibuat esok (Sabtu 18 Apri). Cuba-cuba kenen press-kit dari urusetia media, katanya lepas perasmian esok baru depa release. Hmmm..!

Selepas bersembang 15 minit di kaunter urusetia, saya dan Dayah terus serbu gerai NB Kara. Waktu tu Kak Yati, Che Rose dan Lily tengah sibuk tandatangan buku-buku yang dibeli oleh peminat mereka. Iejay pun ada sama. Saya pun terus melekat di gerai Kak Yati.

Biasalah bila dah berlonggok, macam-macam citer lar kluar..apalagi apabila dua warwatan berlonggok (hehehe saya dan Lily lar). Che Rose jeling-jeling sambil tumpang sekaki gelak. Control ayu lar tuh. Maklumlar..tangan sibuk duk menurunkan autograf kat buku TLT. Lily pun sambil menyembang sambil menulis.

Alhamdulillah, pengunjungnya boleh tahan. Kak Yati tetap sabar melayan walaupun semalam dia cuba tidur sejam sebab Teta (Qaisara) demam. Petang tadi Mummy Ah Kwan bagi tahu, dia telah membawa Teta ke klinik kerana Teta rupa-rupanya demam campak. Baik betul jiran Kak Yati walaupun berlainan bangsa.

Yang kelakarnya Teta kata, lepas baik demam dia suruh Kak Yati bawa dia pergi Genting. Kata Kak Yati, dalam duk sakit pun masih ada hati nak berjalan.

Ramai pengunjung yang mencari buku SJ, AAK dan TLT. Tak ketinggalan juga buku-buku lain terbitan NB Kara. Cuma SJ membuatkan kami ketawa. Apa tidaknya, ada pengunjung yang salah faham, ingatkan buku baru terbit setiap Jumaat. Tambahan hari ini hari Jumaat. Malah saya juga tergelak besar semalam apabila seorang kawan dari Kota Bharu menelefon memberitahu yang dia tidak pernah membaca novel karangan Kak Yati. Dia meminta saya mencadangkan buku mana yang harus dibaca dulu. Lalu saya memberitahu, buku baru Kak Yati Setiap Jumaat. Terkejut dia kerana menyangka buku baru Kak Yati terbit setiap Jumaat!

Berada di gerai Kak Yati, saya sempat bertemu Geng Kicap, Kak Noor, Kak Anim, Wan Upeh, Kaypo, Bikash, Wan Emalin dan beberapa orang lagi geng mesyuarat tingkap. Adus.. meriah sungguh!

Huh.. jumpa Kak Anim, makan hati dibuatnya. Apa taknya, tengoklah gambar kat atas; yang sebelah Lily dan saya, itular Kak Anim. Kecik comey je orangnya, walaupun katanya dia kuat makan (heh ni mesti spesis perut stokin heheheh! Jangan marah Kak Anim, nanti kena jual).


Yang ni KakNoor. Terkejut saya waktu disapa oleh KakNoor. Dia kenal saya tapi saya pulak takcam dia, walaupun pernah tengok sekali dalam blog Wanupeh. Nasib baik tekaan saya tepat! Kata KakNoor, "ha..kan akak dah cakap akak tua..." Ek, eleh KakNoor..mana ada tuanya! Veteran ye tapi tak tua heheh!

Lepas solat Zohor dengan Kak Yati, saya bertempek sekali lagi di gerai NB (hahaha..mmg tk gi gerai lain pun). Sedang duk borak-borak, tetiba saya disapa oleh novelis Meen Zulaikha. Kami dah berkenalan sewaktu program Muslimah BERPAUT DI DAHAN CINTA. Saya pun perkenallah Kak Yati ngan Kak Meen. Dan berlakulah adegan gambar menggambar (terpejam mata den diamik gambar oleh anak dara bongsu Kak Meen).


Waktu ni, Che Rose dan Lily pegi 'mengopikan' diri (hehehe minum kopi katanya). Punyalar lama...bila saya call Che Rose tanya minum kopi ke tanam kopi?.. dia jawab tengah kisar kopi... huk alah!

Saya tak berkesempatan nak bergambar dengan Wanupeh.. dia tengah tolong Suraya melayan pengunjung. Tapi katanya dia akan datang lagi hari Rabu hingga Jumaat. So saya dah set appointment dengan dia untuk bergambar. Apapun kunjungan hari ini bukanlah yang terakhir (dalam perancangan saya). Insya-Allah jika panjang umur dan berkelapangan, saya akan terus memberi sokongan!

ps: Iejay...sedap muffin td tuh..
Che Rose..jangan lupa cheese kek
Lily... bila nak belanja makan nih? heheheh

9 comments:

ain said...

huwaaaaaaaa...bestnya jumpa kak NB n other novelist. lg le best klu dpt jumpa kak nik. seronok kan kak dpt beli buku dgn penulis tu sendiri. thrill dia different.

p/s...bila le mereka2 ni nk turun JB kan. kat sini yg sy jumpa jumpa Setiap Jumaat je, AAK n TLT lum ada lg.isk..isk..isk...

ain said...

tu hari gi MPH great eastern pun tarak juga. may be got to wait lg 2 3 mggu kot.

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

sesi berlonggok yer kak...jelez nih...ngeeee :D

Unknown said...

bestnya kaknik... ni yg jeles ni, kalaulah kl tu dekat, tiap2 hari kakchik pun boleh tumpang berlonggok.

nampak gaya pbakl kali ni tak dpt pegi kot kaknik. bos tak bg greenlight la.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam
ain..mmg klu dah berlonggok tu tk sedar dibuatnya. Gembira sgt.
Agaknya org sumer sibuk ngan pesta buku.. tu lambat sampai ke retailers.

salam nuar..
esk gi berlonggok puas2. heheh

Kak cik.
alahai.. tk jd turun plak dia. tkper nnti senang2 boleh dtg kl

♡ Eibu June's ♡ said...

salam nik...

time kaseh atas buah tangan yang diberi...

pertemuan itulah hadiah yang paling berharga ibu terima di hari lahir ibu,...18april...

seronok n terharu sangat atas layanan yang diberi n maaf sangat sebab membuatkan nik lama menunggu anak2 ibu...

pic yang diamik tu x dapat nak upload di pc sbb ada masalah skit ngan kamera tu...jadi n3nya lambat sikit... ibu akan cuba buat secepat mungkin...hehehe

salam sayang vat anak2...
muah..muah...muahhhh

Unknown said...

salam kaknik,
seronok nyer dpt beramai2 di pesta buku...
kaknik, ikan puyu baru diproses, esok baru nak jemur.. amik masa sket sbb la ni musim 'lembap' (hujan/mendung).. kaknik nak byk mana? 1 kg ker? nanti kaknik emailkan no hp & alamat rumah yer. email ada kat blog saya..

Ain Mardhiah said...

(-_-) ---> (@_@) ---> (T_T)

jeles.. jeles... *bila la nak balik malaysia nihhh...*

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam,
sayang ibu jgk!

ok Yong, da ada nnti kirim je..

ainul.. nnti balik mesia.. jmpa akak yer!