Di luar hujan masih lebat. Rasanya dari pagi tadi cuaca tak menentu. Nampaknya kain sebakul besar yang masih lembap tu, lambatlah keringnya. Cuma baju sekolah anak-anak kena pastikan kering juga, maklumlah Isnin dah sekolah.
Cuaca yang tak menentu hari ini, membuatkan diri rasa tak menentu. Mengantuk dan letih saja rasanya. Mujur Kaklong tolong lipat baju dan berkemas rumah. Efa pula kerjanya menyepahkan rumah. Bising si kakak bergaduh dengan dia. Iman pula, puas dikerah baru nak tengok buku. Minggu ini minggu ujian di sekolah dia. Dia releks, kita yang pening.
Hujung minggu ini terasa agak malas. Malam tadi, dalam malas-malas sempat juga masak 2 lauk. Ikan talapia merah goreng berlada dan sup cendawan campur lobak merah dan udang. Ikan talapia tu dari sangkar Sungai Pahang (dari Temerloh, kampungku hehe). Lebih sedap rasanya berbanding ikan kolam ternakan.
Petang tadi, dalam hujan sempat juga keluar. Kaklong sibuk nak suruh beli salotape untuk kerja kursusnya. Dia pula taknak ikut, katanya tak berapa sihat (selalupun dia jarang nak ikut, dah besar la katakan).
Sambil memandu, suami bertanya hendak ke mana. Dalam tak pasti, akhirnya parking di depan Bangi Kopitiam di Melawati Urban 1, Taman Melawati. Baru dibuka, tetapi sudah ramai yang tahu kewujudannya. Lagipun tempatnya berhampiran tapak pasar malam Taman Melawati.
So apalagi, order je lah. Inilah hidangannya.
ini hubby yang order - mee kari
bubur ayam campur kacang tanah ni pulak saya dan iman order. Efa tumpang je.
Ini pula air yang dipesan oleh budak-budak, blended orange dan tiramisu chocolate coffee with jelly... (isk2 gambar apa lak tuh heheh)
Semua sekali RM40.75. Kiranya berbaloilah!
Perginya Ibu Tercinta
2 weeks ago
7 comments:
salam kaknik
cam sedap jer mee kari tu.. kakyong memang suka sgt mee kari..
semlm saya naik KL jap sebelum hantar anak ke seremban. sepanjang jalan hujan memanjang. lebat pulak tu. memang hari yg lembab dn basah!
salam kakyong..
boleh lar... tapi klu nak kaw lagi sendiri bikin jgk sedap
Ain, mmg sampai ke tengah malam td hujan!
arrrgghhh tiramisu chocolate coffee with jelly? besh nyeeeee..... haha gmbr apela tuh.... mesti cuyah x sbr2 nk mkn.. tgn menggigil amik gmbr! ahahahahaha!
salam ya.. hehe, berebut2 ngan si Efa. org nak amik gambar dia sibuk nak minum heheh
Kenyang akak ari ni tengok gambar-gambar hidangan. Pergi sana-sini semua tayang gambar yang boleh terliur dibuatnya. Baru nak acah-acah tak nak makan. Konon nak slim kah3x.
salam kakzara..
mmg terbarailah diet kita kan?? heheh
Post a Comment