RSS

Thursday, April 9, 2009

Berhati-hati panahan makhluk bertanduk…

Khamis minggu lepas, saya telah pun menyiapkan tugasan untuk mencari penghias kulit Muslimah. Sebagaimana yang dijanjikan, saya telah ke TV9 untuk bertemu Syarifah Nur, pengacara rancangan Busana.

Sebelum ini saya pernah menghubungi beliau, namun agak tidak kena masa. Saya lapang dia sibuk, dia lapang saya pula sebaliknya. Namun, alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya melaksanakan misi saya. (Sebenarnya kami telah bertemu sewaktu saya mengadakan temubual dengan Farrah Adeeba).

Banyak juga yang sempat kami bualkan sewaktu sesi interview berlangsung. Ternyata anak kelahiran Batu Pahat ini mudah mesra orangnya.

Sewaktu menantikan Nur menukar pakaian, sempat juga kami berbual-bual (Nur dalam changing room, saya di luarlar heheh). Tanya Nur, tak peningkah saya setiap bulan mencari cover girl. Hahaha.. soalan maut tuh! Memang pening, apa tak peningnya! Mencari satu hal, nak memuaskan hati pembaca satu hal lagi! Saya rasa semua editor pun menghadapi masalah yang sama. Apatah lagi kami majalah Islam. Skopnya lebih terhad berbanding majalah wanita lain. Silap pilih, berasap telinga kami kena hentam. Tapi sudah tugas apa nak dikata, kan..?

Nur sudah bersuami walaupun usianya baru menjangkau 24 tahun. Baru lima bulan bergelar isteri. Alhamdulillah. Sambil bersembang, sempat Nur memberitahu, adakalanya malu juga kalau keluar makan dengan suami. Apa tidaknya, ada makcik-makcik yang memandang serong melihat dirinya dan suami. Pastinya mereka menyangka dia bersama boyfriend!

“Takkanlah Nur nak bagitahu pada setiap orang kalau berada di dalam situasi begitu, ini suami Nur.”

Memang susah apabila berada dalam dunia lime light. Setiap perlakuan menjadi perhatian orang. Sebab itu jika tidak bersungguh menjaga diri, akan menjadi buah mulut orang. Apatah lagi budaya belangkas (couple) memang sangat sinonim dengan anak muda. Fenomena biasa kalau melihat pasangan muda-mudi, tak kira di bangku sekolah, di universiti atau yang sudah berkerjaya berkepit memadu kasih, keluar berpeleseran dan sebagainya. Secara tidak langsung, pasangan muda yang berkahwin awal juga terkena tempias pandangan serong.

Apa nak buat, memang itulah hakikatnya. Lebih mengusutkan keadaan, ada ibu bapa yang merelakan perbuatan anak. Apatah lagi kalau sudah bertunang. Bertunang umpama dapat lesen besar (macam dah kawin).

Perkara ini bukanlah sesuatu yang menghairankan. Bahkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela - selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita” (Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah).

Hadis di atas bukanlah bertujuan menghina wanita, tetapi sebagai peringatan kepada kaum wanita dan lelaki agar berhati-hati supaya tidak terjerumus. Wanita dijadikan dengan seribu keindahan, maka setiap yang indah itu sudah pasti akan menarik mata-mata untuk memandang. Justeru, sudah sewajibnya wanita harus berwaspada demi untuk menjaga keselamatan dirinya. Andai kehidupan dilandaskan dengan ajaran Islam maka insya-Allah segala perkara buruk akan dapat dihindari.

Sebagaimana wanita itu panah bagi syaitan, wanita solehah itu adalah sebaik-baik perhiasan dunia.

Semoga Nur sentiasa di bawah lindungan Allah selalu hendaknya!

5 comments:

ain said...

semoga kita semua juga berada di bawah lindungan Allah hendaknya.

p/s...susah ye kak Nik nak jd perempuan ni.

dhan said...

betul tuh k.nik..
kalo tgk gejala sosial skrg nih.. naik risau kita yg ada ank pompuan...
mudah2an ank2 kita menjadi anak yg soleh dan solehah.. Amin....

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Salam
ain...itulah yang kita harapkan, semoga beroleh rahmat dan naungan-Nya

dhan,
sebab itulah kita diajar supaya sentiasa berdoa mohon perlindungan-Nya.. bukan sekadar minta diberi kejayaan pada anak2 tapi lebih penting lagi menjadikan anak kita anak yang soleh dan solehah serta dari kalangan orang2 yang mendirikan solat, kerana solat akan mencegah segala kemungkaran.
Tapi usaha kita akan menjadi sukar kalau kita sahaja yang menyediakan anak2 soleh/solehan tapi persekitaran pula merangsang maksiat... so kesepaduan antara rumah dan suasana luaran perlu kita ambil kira...hanya kita2 semua boleh mengubahnya.

Unknown said...

salam kaknik,

ckp pasal bab sosial anak2 ni, saya jd fenin plus geram bila terkenangkan sorg adik permpn saya. mungkin kerana terlalu dimanjakan sambil tak boleh ditegur.. walhal yg ditegur itu sah2 memang perkara yg berdosa & bikin malu nama baik keluarga.. susah betul la budak2 muda skrg ni..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Kakyong jgn putus asa menegur.... sambil2 tu doakan dia selalu. budak muda mmg suka ikut kepala dia je.