RSS

Friday, April 10, 2009

AKU ADA KAMU

Dalam zaman yang serba maju dan terkenal dengan era IT ini, rupa-rupanya masih belum dapat membendung unsur-unsur mistik yang melingkari kehidupan masyarakat Melayu.

Persoalan saka dan kepercayaan kepada bomoh memang sinonim dengan masyarakat Melayu tradisional. Apatah lagi apabila perasaan dendam dan iri bermaharajalela di hati, maka apa yang dianggap tahyul serta syirik tidak diambil kira. Apa yang penting nafsu amarah perlu dipuaskan.

Inilah antara tema yang disentuh oleh Lily Haslina Nasir dalam novel terbarunya Aku Ada Kamu (AAK)

Sofi Aidura Eman, anak gadis yang masih menuntut di universiti memang terkenal dengan ‘kegedikan’ di kalangan teman serumah. Beliau yang menjadi kegilaan ramai lelaki sehingga menyebabkan ibu dan ayah pening kepala. Apatah lagi langkahnya sering diintip oleh kumpulan Pak Haji di sekitar apartmentnya.

Ternyata hatinya berjaya dicuri oleh Hisham, bekas senior dan rakan karib buah hatinya. Namun tidak semudah itu untuk melayari keindahan cinta bersama Hisham, lantaran ada hati yang tidak senang dengan kebahagiaan yang mereka kecapi.

Siapakah Nyai Menur dan berjayakah rancangan Sheila? Benarkah semua berlaku ada kaitan dengan saka Daeng Safar?

Novel yang menyelitkan unsur mistik, lucu dan romantis ini, pasti akan membuai perasaan pembaca dengan jalinan cerita yang disusun kemas berserta gaya bahasa yang bersahaja.

Pengulas beri LIMA bintang.

psttt! tak rugi kalau nak beli dan baca buku nih…!

6 comments:

ain said...

salam kak Nik...semlm try cari gak kat JB ni...x jumpa lagi le. lum sampai kot!x sabar ni nk baca.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam ain..
bacalah tak rugi.. lain daripada buku lily sblm nih.. akak suke sgtt.. sweet citer dia heheh

zara said...

Petang tadi akak ke Pejabat NB Kara, nak beli buku Lily dan Norhayati Berahim. Belum sempat baca lagi. Lily pun ada singgah di pejabat. Dia ada urusan dengan Sue.

Pantas betul Nik dah habis baca. Akak tak tau nak start siapa punya dulu. Kena jus nampak nya.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam kak zara..
nik baca dua-dua.. tapi yang kakyati punya nik hold dulu.. habiskan yang lily punya.. bukan apa sesekali nak alih selera..heheh tapi yang pasti kedua2nya tak mengecewakan...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

xci dah habis baca dlu...grrr...hihihi :D

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam nuar..
akak dpt fresh from 'oven' jangan marah...heheh