Piya atau nama sebenarnya Anis Safira. Dia ini anak saudara kedua saya. Anak kakak saya yang sulung. Orangnya agak tembam...tapi comel. Umurnya sekarang dah pun 25 tahun.
Piya lahir sewaktu saya di tingkatan dua. Masa kecilnya ada juga arwah mak saya membawa dia balik ke rumah. Waktu itu saya sedang bercuti sekolah. Saya, arwah mak dan ayah ke rumah mama Piya dan membawanya balik ke rumah selama sebulan. Seronok juga ada baby di rumah waktu itu. Hari-hari arwah mak masakkan bubur campur sayur dan hati ayam. Dan tugas saya menyuapkan Piya makan bubur.
Teringat sewaktu Piya belajar menunggang basikal. Dia menggunakan basikal kaklongnya. Basikal tersebut ada dua roda kecil di kiri kanannya sebagai pengimbang. Satu hari, kaklongnya membuang roda kecil tersebut kerana katanya basikal tersebut asyik terbalik. Mamanya tidak mahu membuka tayar tersebut kerana bimbang akan terbalik, tapi digesa oleh kaklongnya. Katanya takkan terbalik basikal tu. Jelas sekali apabila dibuka, dia dengan selamba mengayuh basikal itu dan tak terbalikpun. Apabila Piya bising sebab basikal tersebut tiada lagi pengimbang, Kaklongnya kata, jangan bimbang, tak terbalik dia sudah naik. Dan bila Piya pula naik basikal tersebut, ternyata dia juga boleh mengimbanginya.. Tekniknya.. kerana tidak ada di fikiran mereka bahawa fungsi tayar tersebut untuk mengimbang dan sudah pasti kalau dibuang pun tidak mendatangkan apa-apa masalah.
Piya juga pernah terkehel bahunya. Puncanya, dia memanjat meja makan. Entah macam mana dia terjatuh dan tertimpa kerusi. Sendi bahunya terkeluar dari lesungnya. Bergegas mamanya membawa dia ke bomoh patah. Alhamdulillah sehingga kini dia sihat.
Pernah juga sewaktu tinggal di kuarters rumah guru, dia 'disorok' dalam bilik yang dijadikan stor. Kawasan perumahan tersebut memang terkenal dengan 'kekerasannya'.
Sewaktu berusia tiga tahun, Piya ke UK mengikut mama dan abahnya menyambung pengajian. Kemudian sewaktu berada di dalam darjah satu, dia ke US pula kerana abahnya bertugas dengan jabatan penuntut Malaysia di Chicago. Dia kembali semula ke Malaysia sewaktu dalam darjah empat. Dua tahun mengikuti kembali pelajaran di Malaysia, dia berjaya memperoleh 5 A, dalam peperiksaan UPSR.
Piya sangat suka makan ayam. Teringat saya sewaktu balik dari US, hari-hari dia mintak ayam goreng. Arwah mak saya sampai bertanya dengan dia..Ya tak jemu ke hari-hari makan ayam? Gelihati bila mengingatkan yang ayah terpaksa menyembelih seekor ayam kampung kerana kebetulan bekalan ayam daging di rumah habis. Ayam tersebut pula buta sebelah matanya kerana dipatuk oleh ayam jantan. Sampai sekarang dia akan ketawa kalau disebut kisah tersebut. Apa tidaknya dia bercerita dengan semua orang maktoknya masak ayam buta untuk dia!
Bila sudah dewasa, kisah ayam buta seringkali menjadi bahan kami mengusiknya. Dia juga sering ketawa kerana katanya, apalah teruknya Ya ni, tak dapat makan ayam sanggup menangis. Dan yang lucunya saya sering mengusiknya, kalau tak dapat tuannya, telur pun Ya rembat. Hehehhe..
Piya sekarang sudah menjadi anak gadis yang dewasa. Setelah menamatkan pengajian di politeknik, dia bekerja graphic artist. Sempat juga la mak sedaranya ini merasa duit raya daripada anak saudara. Kemudian, dia mendapat tawaran melanjutkan pengajian di UPSI. Tak sampai dua tahun, dia mendapat pula tawaran dari politeknik untuk melanjutkan pelajaran di bawah skim pensyarah muda.
Baru hari Sabtu 14 Februari kelmarin, Piya berangkat ke Adelaid untuk menyambung pengajian. Saya tidak dapat menghantarnya ke KLIA, cuma sempat bersembang dengannya di telefon. Piya masih tetap si montel yang manja, ceria dan cakapnya dengan Cuyahnya masih meleweh-leweh.
Pagi tadi saya sempat berym dengan dia, katanya nanti kuruslah dia kerana terpaksa berjalan jauh untuk sampai ke universitinya. Ada kemudahan bas tapi bus stop agak jauh. Naik bas tak kena tambang kerana kata driver bas, within walking distance..
"Alamak Cuyah, distance 3-5 km tu walking distance bagi diaorang". Tergelak sendiri saya membaca tulisannya. Apapun saya katakan padanya hmm..nanti jangan lupa hantar gambar Ya. Nak tengok betul ke Ya slim???
Inilah Piya - anak saudara saya!
Istighasah, boleh ke tak?
1 day ago
7 comments:
Nik..
3-5 memang walking distance bagi orang2 negara 4 musim ni, cuaca dia orang memang seronok untuk dibawa berjalan, kalau di mekah pun tak mengapa sebab panas2 pun kering,cuba di Malaysia, di Bangkok, di Jakarta..aduh..berpeluh ketiak dibuatnya, humid ..he.he.he
Iya kak.. mmg pun.
Masa kat Mekah dulu jalan banyak mana, baju tak berbau pn. Kat sini dalam bilik takde aircond pun dah melekit2 hehe.
Hehehe... bestla baca tulisan cuyah.. suka.. x psl2 citer ya msk blog.. lg2 citer ayam buta tu.. kikiki.. jahat tau.. skang sumer org tau.. hahaha! nnti ya amik gmbr kat tmpt best2 kat sini hantar ke cuyah k?
Ok Ya..,take care
Salam Nik Fauziah,
Terima kasih kerana ziarah dan masih kenal saya.
Ruangan santai Nik ni memang menyeronokkan. Saya pun cuba buat ruangan santai yang tak sepertinya.
Semoga Nik berjaya dengan cemerlang lagi.
http://abdulwahabarbain.blogspot.com/
hahaha...
cite kak ya telah digebang oleh cukyah...
fames jap...
fames ngn ayam goreng...kui3..
hahaha...
cite kak ya telah digebang oleh cukyah...
fames jap...
fames ngn ayam goreng...kui3..
Post a Comment