(credit to Wikimedia Commons)Saya sangat suka memelihara ikan. Terasa satu kepuasan yang tidak terhingga kalau dapat melihat ikan berenang-renang dalam akuarium atau kolam. Saya juga boleh duduk melangut depan akuarium menghadap ikan-ikan berenang. Tidak terasa bosan, malah memberikan ketenangan pada saya.
Di rumah, saya ada sebuah kolam ikan berukuran satu setengah kaki tinggi, 4 kaki panjang dan 2 kaki lebar. Harganya RM75. Tambah dengan filter dan beberapa ekor ikan, harganya menjadi RM120.00.
Mula-mula di dalamnya ada 15 ekor ikan kap (koi), tapi mati 6 ekor kerana penyakit. Tinggal 9. Sekarang sudah ada 14 ekor. 10 ikan koi dan 4 ekor ikan mas besar (macam spesis koi juga). Dan beberapa ekor ikan mas yang saya keluarkan dari akuarium di dalam rumah. Akuarium tersebut saya sudah isi dengan ikan guppy pula. Ada 28 ekor (asal 30 ekor tapi mati 2 ekor). Tak taular pulak kalau dah beranak-pinak lagi dalam akuarium tu. Tak sempat nak chek!
Koi peliharaan saya kalau dibandingkan dengan apa yang saya lihat di laman web rasanya dari jenis Yamabuki, Sanke dan Hikariutsuri. Tapi bukan truly Japanese, Malaysian breed. Kalau Japanese breed lagi cantik dan mahal harganya.
Baru-baru ini saya sempat ke sebuah kedai dan showroom ikan (betul ke?) di Shah Alam. Saya pun tak perasan sangat. Tapi nama dia kalau tak silap Akuarium je (tak sempat nak perhati beriya sebab sibuk duk kejar si Efa yang tak sabar nak tengok ikan besar dalam kolam). Lokasinya di sebelah Water World dekat Taman Tasik Shah Alam. Orang Shah Alam mesti tahu punya.
Ruginya…saya tak bawak kamera. Macam-macam ikan ada. Tapi of coz, tumpuan saya mesti pada ikan koi. Geramnya tengok, daripada yang kecil sampailah yang besar. Jinak pulak tu… makan di tangan. Kalau lah saya dapat..(hmmm…).
Saya suka bertanya dengan tuan punya kedai ikan kalau ke sana, macam mana nak jaga ikan dan sebagainya. Saya diberitahu ikan koi, susah nak membesar kalau dalam kolam yang kecil…(huh! Tu buat saya bengang). Kolam yang saya ada dikira kecil lagi. Kalau boleh saya nak tengok ikan saya membesar sehingga 2 kaki macam ikan yang selalu masuk Koi Championship tu..(fuh berangan lar tuh).
Saya melayari internet dan saya seronok sebab jumpa satu video ni.. Dapat juga idea.. kalau nak membesarkan kolam ikan saya.
http://www.youtube.com/watch?v=GspWgT4hGHo
http://www.youtube.com/watch?v=_Q09lqASY8M
Masalahnya ada ke kawasan? Dan apa jaminan anak-anakku tidak turut sama berendam dengan ikan peliharaan umi dia heheh!

