RSS

Saturday, August 20, 2011

Macam-macam hal...

Petang Jumaat 12 Ogos lalu, dalam jam 4 petang, saya mendapat panggilan telefon dari sebuah bank. Saya yang waktu itu sedang sibuk mengejar deadline, agak terkejut apabila pegawai khidmat pelanggan bank tersebut bertanya benarkah saya ada membuat permohonan untuk menambah credit limit untuk kad kredit saya.

Saya tercengang seketika sebab saya tidak memiliki sebarang kad kredit lagi dan tidak pernah berurusan dengan bank tersebut atas apa-apa urusan. Sudah lebih tiga bulan saya menamatkan penggunaan kad kredit dan menyerahkan kepada pihak institusi kewangan. Apabila saya mengatakan yang saya tidak pernah berurusan dengan bank terbabit, pegawai khidmat pelanggan itu pun terus bertanya benarkah begitu sebab katanya saya telah membuat permohonan bertarikh 13 Jun dan permohonan tersebut telah diluluskan pada 30 Jun dengan nilai kredit RM10K.

Lebih mengejutkan, saya dikatakan telah menggunakan kad tersebut di Singapura sebanyak RM9760. Sedangkan saya tidak pernah ke luar negara dalam tempoh yang disebutkan. Malah saya tidak memiliki passport antarabangsa!!

Apabila saya meminta beliau sebutkan nama dan nombor kad pengenalan, ternyata ia memang kepunyaan saya, cuma alamat yang diberikan di Kelantan. Memang sangat mengejutkan. Ternyata ada orang telah menggunakan details saya untuk memohon kad kredit.

Mendengar penafian saya, pengawai khidmat pelanggan tersebut meminta saya mencatit segala data dan kemudian memberitahu saya agar bersedia kerana pihaknya akan melaporkan kepada pihak Bank Negara dan pegawai dari Bank Negara akan melakukan siasatan dan sekiranya benar butiran yang diberikan, mereka akan membantu untuk melindungi saya daripada membuat bayaran yang telah dibelanjakan.

Setelah lebih kurang setengah jam berlalu, seorang pegawai dari Bank Negara menghubungi saya dan mengambil laporan daripada saya. Kepadanya saya ceritakan segala kronologi berhubung perkara tersebut. Beliau kemudian bertanya pernahkan saya kehilangan sebarang kad bank. Baru saya teringat yang saya pernah kehilangan salah satu kad kredit saya.

Beliau kemudiannya menyatakan berkemungkinan besar perkara tersebut dilakukan oleh ‘orang dalam’ bank. Justeru, saya diminta agar merahsiakan perkara ini dalam tempoh tiga hari sepanjang penyiasatan segera yang dijalankan oleh pihak Bank Negara. Dan dalam tempoh tersebut juga saya dilarang menggunakan kad ATM, untuk memudahkan pihak Bank Negara mengesan sebarang transaksi yang melibatkan nama saya.

Setelah bertanya sama ada saya perlu membuat laporan polis atau sebaliknya, saya diberitahu tidak perlu berbuat demikian kerana perkara tersebut telah dilakukan oleh pihak Bank Negara sendiri. Saya cuma perlu menunggu panggilan daripada pihak Bank
Negara dan juga pihak polis.

Kejadian ini memang mengejutkan bagi saya walaupun perkara seperti ini banyak dilaporkan berlaku. Cuma bila berlaku pada diri sendiri, memang terkejut dibuatnya. Apapun saya bersyukur kerana saya tidak memiliki passport antarabangsa yang boleh membuktikan bahawa saya memang tidak berada di Singapura sebagaimana yang didakwa.

Sehingga kini saya masih menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak Bank Negara dan pihak polis. Kepada pemilik kad kredit, charge card dan yang ‘sewaktu dengannya’ berhati-hatilah.

4 comments:

cik WaWa said...

series memang berbahaya!!

Shima Rostam (Hawahashima) said...

ishhh..sabar2 kak nik.. hope dapat settle cepat2...

Anita Salleh said...

cuak juga nita membacanya Kak Nik... Astaghfirullaha'zim...but looking at the bright side, sbg org yg dizalimi kini Kak Nik tergolong di kalangan yg dimakbul doa..ambil peluang, gunakan senjata ampuh anda sebaik mungkin.. InsyaAllah...:)

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Ipah.. mmg serius

shima..masa dpt tu ingatkan prank call tp bila btol mmg rasa geram..tp yelah benda nak jd nak buat mcm mana..

Nita..mmg akak pun cuak dibuatnya. Tp btol kata nita, kena tgk at the bright sight. mudah2an segala2nya settle dgn baik dan org yg buat perkara tu diberi hidayah oleh Allah untuk berubah.