RSS

Monday, January 4, 2010

Bila dosa jadi biasa...

Apabila disebut dosa dan pahala, pasti kita semua maklum mengenainya. Sifirnya mudah; buat baik dapat pahala, buat jahat dapat dosa. Namun ada juga yang begitu skeptikal dengan dosa dan pahala, maklumlah perkara yang tidak nampak. Atau tidak terasa apa-apa dengan dosa dan pahala disebabkan dek terlindungnya urusan tersebut dari pandangan mata manusia. Perkara sam’iyyat lah katakan. Alasan mudah, dosa dan pahala bukan manusia yang tentukan!

Memang benar, dosa pahala yang natijahnya sama ada neraka atau syurga, bukan manusia penentunya. Manusia masuk syurga bukan kerana amalannya, tetapi kerana rahmat Allah. Benar sekali.

Walau bagaimanapun, dalam kehidupan pasti ada keseimbangannya. Malam ada siangnya, hidup ada matinya, syurga ada lawannya iaitu neraka. Begitulah juga ada perkara baik dan buruk yang menatijahkan pahala atau dosa.

Contoh yang mudah; api sebagaimana yang kita tahu, sifatnya adalah panas dan membakar. Namun ada pengecualiannya, seperti dalam kisah Nabi Ibrahim yang terselamat sewaktu dibakar oleh Raja Namrud. Sifat api yang panas dan membakar itu, tidak terjadi lantaran diarahkan oleh Allah SWT agar ia menjadi sejuk, sebagaimana firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 69, yang bermaksud, “Perintah kami (Tuhan) “Wahai api, sejuklah kamu dan selamatkan ke atas Ibrahim”. Apapun, fitrah api itu masih kekal panas dan membakar sehinggalah ke hari qiamat.

Begitulah juga dengan dosa dan pahala. Ia perkara yang jelas. Melakukan perkara yang haram dan dibenci Allah itu akan menatijahkan dosa. Melakukan perkara yang disukai Allah pula akan dihadiahi dengan pahala. Pahala membawa ke syurga, dosa membawa ke neraka. Namun ada pengecualiannya, sebab kita milik Allah dan walaupun berdosa, Allah memberikan peluang untuk hamba-Nya bertaubat selagi nyawa belum sampai di halkum.

Sesungguhnya kehidupan manusia di atas muka bumi ini tidak akan dapat lari daripada dua perkara tersebut. Segala tindak tanduk kita di dunia ini akan memanifestasikan sama ada pahala atau dosa, sesuai dengan tujuan manusia itu dihidupkan iaitu untuk beribadah kepada Pencipta-Nya. “Tidak Aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadat kepada-Ku.” (Az-Zaariyat: 56)

Namun demikian, kehidupan di akhir zaman ini menyaksikan nilai dosa dan pahala seolah-olah menjadi perkara yang dikesampingkan. Perkara dosa dilakukan secara berleluasa tanpa timbul perasaan takut di hati. Sebagai contoh, perbuatan mengumpat telah dimaklumi sebagai satu dosa namun, ia menjadi perkara lumrah. Begitu juga dengan fitnah, zina, rasuah dan bermacam-macam lagi.

Tidak terkecuali, pergaulan bebas lelaki wanita. Setiap kali tiba tahun baru, anak-anak muda akan bebas keluar berpasang-pasangan (bukan mahram pastinya) meraikan sambutan malam tahun baru. Berpesta dari tengah malam hingga ke pagi. Berkumpul seawal sebelum Maghrib dan pulang selepas matahari terbit. Solat entah ke mana. Malah menurut pekerja-pekerja yang membersihkan kawasan-kawasan lepak anak-anak muda ini, kondom-kondom yang telah digunakan bersepah-sepah ditemui mereka sewaktu melakukan kerja pembersihan. Botol-botol minuman keras tidak ketinggalan ditemui. Yang nyata, mereka yang terlibat adalah anak-anak muda Islam.

Teringat suatu hari, saya menerima panggilan daripada seorang sahabat. Sambil menangis sahabat saya ini meluahkan perasaan kecewa dan serba salahnya. Katanya, “kak, saya seorang yang sangat menjaga pergaulan. Sebelum berkahwin saya tidak pernah keluar dengan mana-mana lelaki. Malah perkenalan dengan suami pun diaturkan. Alhamdulillah saya yakin dengan jodoh yang Allah tetapkan. Dan saya juga sering mengingatkan adik-adik serta sahabat yang lain agar menjaga pergaulan. Tapi sukarnya kak, apabila Allah uji saya dengan apa yang saya pertahankan selama ini. Kalau orang lain, saya boleh tegur tetapi apabila terjadi kepada adik ipar sendiri, susahnya untuk saya buat. Cuba akak bayangkan, adik saya ini keluar dengan teman lelaki berdua-duaan. Dan balik ke rumah setelah jam mencecah ke pukul dua pagi. Bagaimanalah saya ingin menegurnya sedangkan ibu dan ayah mengambil sikap berdiam diri. Terlalu menjaga hatikah atau takut untuk menegur, saya pun tidak faham sebenarnya. Tidak takutkah apa-apa terjadi kepada adik dengan bahaya yang menanti itu. Buntu saya.” Demikian luahnya.

Mengapa perkara dosa, begitu senang diterima? Adakah sebab ia menjadi perkara lazim yang berlaku dalam masyarakat dan seolah-olah diterima pakai, maka ia tidak lagi dianggap sebagai dosa? Atau kita sudah lagi tidak kenal yang mana dikatakan dosa dan pahala?

Nabi Muhamad s.a.w pernah bersabda sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Nawwas bin Sam’an, “Kebaikan adalah peribadi yang terpuji, dosa adalah apa yang bergelut dalam hati sedangkan saudara tidak mahu orang lain mengetahuinya.”

Manakala Wabisah bin Ma'bad pula menyatakan, “Saya pernah datang bertemu dengan Rasulullah. Kemudian Baginda bertanya kepada saya, “Saudara datang ini, hendak bertanya tentang kebaikankah?” Saya menjawab, 'Benar'. Lantas Baginda berkata, “Tanyalah hati saudara. Sebenarnya kebaikan itu adalah perkara yang apabila saudara melakukannya, jiwa dan hati saudara akan berasa tenang. Walaupun saudara bertanya berkenaan hal itu kepada orang lain dan mereka memberikan pendapat yang berbeza dengan perkara yang saudara rasakan itu. Manakala kejahatan dan dosa itu pula adalah perkara yang apabila saudara lakukan, jiwa saudara tidak tenang dan saudara berasa teragak-agak dan risau di dalam hati. Walaupun saudara bertanya berkenaan hal itu kepada orang lain dan mereka memberikan pendapat yang berbeza dengan apa yang saudara rasakan itu.”

Amatlah malang, kalau kita tidak dapat lagi merasakan getaran kerisauan dalam hati sebagaimana yang dinyatakan oleh Baginda s.a.w kerana ia adalah petanda bahawa jiwa kita sebenarnya sudah mati. Titik-titik hitam telah menguasai hati sehingga ia tidak lagi berfungsi dengan baik. Justeru bagaimanakah empunya diri mahu bertanya kepada hati yang menjadi penggerak sama ada ke arah kebaikan atau kejahatan, jika hati sudah tidak lagi boleh memberi penilaian kudusnya?

6 comments:

Hamizah said...

kadang2 syaitan tak payah pujuk rayu kita lg, bila dah selalu buat dosa, nafsu kita sendiri menggalakkannya..

Packy @ Mawar Merah said...

Takut tengok fenomena muda mudi la ni, yg dosa sudah jd biasa...hasilnya bercambah anak luar nikah dan kes pembuangan bayi. Sukarnya nak mendidik dan menegur wpun dalam rumah sendiri.

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam hamizah..
btollah..klu nafsu dah menunggangi akal..tk payah pujuk rayu dah..

Nik Fauziah Nik Hussin said...

kak mawar..
btol akak cakap, mmg menakutkan. Dan kita pn mcm dh tkdak daya!

Marzalina said...

salam kak nik..

memang benar...fanomena tu dah jadi biasa..dosa dah nampak macam bukan dosa..tapi insyaallah, kalau ada yg mencegah...itu dah dikira sebagai suatu rahmat.

Haiza Najwa said...

6oLsh0i_6o0z3 said...
youtube@LimGuanEngBlog

-LimGuanEngBlog Dan tindakan kami mengharamkan Biro Tata Negara (BTN) bertujuan untuk menghapuskan sifat sayangnya Melayu kepada sifat Perkauman ini bakal membuahkan hasil. Silat juga kami akan haramkan di Pulau Pinang seperti kami haramkan BTN, kerana dengan silat inilah Melayu begitu angkuh dan kejadian Pemuda UMNO menjulang keris amat ketara perkauman. Dengan diharamkan silat di Malaysia, kami warga cina dan India akan berasa begitu selamat. Kerana kami mementingkan pendidikan daripada membuang masa.

-Terima kasih dengan sokongan rakyat Malaysia.Sokongan anda amatlah kami hargai untuk memajukan malaysia.Lihatlah di Pulau Pinang, semakin hari semakin banyak dan pesat.Kami mahu jadikan P.Pinang seperti Hong Kong.
Pembangunan yang dilakukan oleh DAP dan di bantu oleh rakan-rakan Parti Rakyat demi kesejahteraan Malaysia.
Jatuhkan ketuanan Melayu UMNO demi Perpaduan Rakyat.

-Sekali lagi saya mahu ingatkan, rahsia tetap rahsia.Kita semakin hampir untuk mentadbir Malaysia.Dan saya tahu, channel saya di dalam youtube hanya dapat dibuka dan hanya boleh dibaca kenyataan saya ini hanya untuk rakan-rakan ahli yang berdaftar sahaja. Sekian,Terima Kasih

-请。现在让杀害所有马来人。 (Now let's kill all the Malays.)

-page 1/3

Salam Sejahtera,
Taresa kok tidak sepatutnya terburu-buru mengeluarkan kenyataan untuk menghentikan azan,mahukan 30% zakat kepada non muslim dan tulisan jawi.Kenyataan taresa terlalu terburu-buru tanpa persetujuan Ahli parti dan saya sendiri amat kecewa dengan kenyataan beliau.Sepatutnya ini adalah rahsia DAP sehingga Anwar menjadi Perdana Menteri dan waktu itulah kita boleh menekan DS Anwar Ibrahim.Terlalu awal Taresa membuat kenyataan.Dan sekarang Taresa menafikan.Tetapi Taresa terlupa yang semuanya telah tersebar luas didalam blog DAP sendiri dan di internet.

-page 2/3

Saya berharap semua Ahli DAP berhati-hati dalam menjalankan gerakan kita.Kita semakin hampir dan DS Anwar Ibrahim tidak boleh berbuat apa-apa.Ingat,gerakan kita ini adalah untuk anak bangsa kita yang selalu dikeji oleh Melayu.Ayuhlah bangun Cina, kuasai dan rebut apa yang melayu tidak mampu.Jangan kita berhutang budi dengan Melayu.Biar mereka yang berhutang dengan kita dan mengenang jasa kita.Kerana dengan itu kita boleh jadikan alasan yang, kita (cina) telah bertukus lumus dalam memajukan Malaysia.Dan kita mungkin dapat menukarkan tulisan Jawi kepada tulisan cina dan yang berkaitan dengan Melayu dan Islam.Seterusnya Melayu sudah tidak mempunyai apa-apa lagi.Disaat mereka berpecah itulah kita akan dapat mengambil alih tampuk kepimpinan daripada orang Melayu.

-page 3/3

Sekali lagi saya mahu ingatkan, rahsia tetap rahsia.Kita semakin hampir untuk mentadbir Malaysia.Dan saya tahu, channel saya di dalam youtube hanya dapat dibuka dan hanya boleh dibaca kenyataan saya ini hanya untuk rakan-rakan ahli yang berdaftar sahaja. Sekian,Terima Kasih

-这就是人民的领袖,林冠英

9月22日,槟城,北海的麥曼珍青屋區发生了一场严重的火灾,一共有两人在这一场火灾内丧命。

槟城首长,林冠英,在中午赶到火灾现场,林冠英抵达灾區后逐一向在灾場等候他的灾民们握手,多名婦女就因此感動得哭了起來,也因此而触动了林冠英的心。

-很多人都会说,这只不过是场政治演戏,但是,大众就是希望国家领袖能抽出多一点时间来了解我们!

希望林冠英的这一步,能够带领我国其他自己认为自己高高在上的领袖们,多一点了解我们的困境!

Boleh jadi benar, boleh jadi tidak benar..Tapi sekurang²nya kita sedar apakah rancangan mereka yang sebenar.
Terimalah sekadar untuk santapan. Dari //ridhuantee.blogspot.com