RSS

Monday, January 11, 2010

Kalau dah bukan rezeki…

Jam sudah pukul 5.15 pagi. Sudah tersedar dari tidur. Kaklong sudah pun ke bilik air untuk mandi dan bersiap ke sekolah. Terdengar bunyi pagar dibuka, tapi apa pasal bunyinya kuat sangat? Lepas tu terdengar pula bunyi tongkat motorsikal ditarik..kenapa macam bunyinya dekat depan pintu je??.. Dengar bunyi motor berlalu, tergesa-gesa. Agaknya budak sebelah rumah yang memang selalu keluar pagi-pagi.

Tapi kenapa rasa hati tak sedap je? Pukul 5.35, kaklong dah siap baca ma’thurat dan bersiap pakai tudung. Kaklong buka pintu gril. Saya pun capai kunci motor, nak hantar dia ke pehentian bas.

“Eh, umi! Mana motor kita?”

Masya-Allah, rupa-rupanya bunyi bising yang saya dengar tadi datang dari depan pintu rumah saya. Motorsikal saya kena curi!!!

Terpaksa kejutkan Iman untuk temankan saya menghantar kaklong ke perhentian bas. Efa saya tinggalkan dengan maklangnya. Sewaktu hendak membuka pagar, terkejut saya apabila pintu pagar tumbang. Tidak terlekat pada engselnya. Si pencuri mengangkat pagar rupanya untuk membolehkan dia membawa keluar motorsikal. Allah-Allah.

Terpaksalah saya dan Iman menapak menghantar kaklong ke perhentian bas. Mujurlah tak jauh. Dan pagi tadi, sewaktu van sekolah mengambil Iman dan Efa, saya terpaksa meminta tolong daripada Fadil, pemandu van, untuk memasang kembali pagar.

Hmm..dalam hati berkata juga, kalaulah saya jenguk sewaktu dengar bunyi bising pagi tadi tentu motorsikal tu tak hilang. Kalaulah lampu depan rumah tu diganti, tentulah pencuri tak berani masuk sebab terang. Patutlah hati saya tak senang sejak semalam, apabila suami nak outstation. Dan macam-macam kalau dan patut lagi yang terlintas..

Tapi hakikatnya, saya sedar kalau dah bukan rezeki dan dah ditakdirkan ia hilang, tak ada apa yang boleh kita buat. Dah dikunci tapi masih dicuri. Dah takde rezeki. Dan takdirnya kalau saya jenguk sekalipun, apa yang boleh saya buat?? Dibuatnya saya yang disergah kembali, tak ke haru? Apapun syukur pada Allah, saya dan anak-anak selamat! Semoga Allah terus memberi kami perlindungan!.

ps: jenuhnya nak berurusan dengan pihak polis pulak...

7 comments:

kakchik said...

MashaAllah... kaknik pagi-pagi dah diuji. Tapi kakchik tahu kaknik seorang yang sabar dan tenang sebab tu nada tulisan kaknik tak bunyi macam orang marah. Motor tu belum tentu rezeki pencuri tu. Semoga Allah masih izinkan ia menjadi rezeki kaknik.
Motor cik abe juga dicuri di depan rumah kami di malam raya puasa 2 tahun lepas.

Suhana Shahril said...

Alahai, menduga hati & perasaan sungguh yer..tentu susah kalo dh xde kenderaan. Mcm ana skrg ni (wlpun sbnrnya ada tp cuma 1 sbb suami kerja ke arah lain, ana ke arah lain),segalanya kena diurus dgn teliti dan tepat agar x lewat sampai ke destinasi. Anak2 la jd mangsa kena bgn awal.Nak buat mcm manakan.Sabar jer lah jawapannya. Ana doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kaknik sekeluarga.Amin.

Masayu Ahmad said...

salam Kak Nik

Macam-macam hal kan, tak apalah mungkin ada rezeki yang tak diduga agaknya untuk Kak Nik sekeluarga

Mujur juga tidak masuk ke dalam rumah, syukurlah Kak Nik dan anak-anak selamat.

Semoga dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam kakcik,
Tu lah.. Nak buat macam manakan..Takpelah, Allah sayanglah tu..ada benda Dia nak kita muhasabah balik tu..cuma letih dibuatnya ulang alik ke balai polis untuk settlekan report.

Ana.. yelah, mmg terasa 'patah kaki' jugaklah.. tkpelah, ada hikmahnya tu.

Ayu,
Btol Ayu, biarlah dia nak ambik yang di luar, jangan kacau kami yang di dalam sudah.. syukur Allah beri perlindungan.

Hamizah said...

sabar je la kak nik..hai mcm2 hal org msia sekarang ni..

Packy @ Mawar Merah said...

Hmm....NIk, dugaan tu, tak per ler rugi sikit, asal semua org selamat. Pencuri la ni kita tak boleh nak duga tindakan depa....sanggup cederakan org kalau tak dapat apa yang dia nak.

Akak penah kena samun dalam kedai, siap kene letak dengan pisau rambo kat perut...bagi jer la apa yang dia nak....trauma lepaih tu.

nik fauziah said...

hamizah,
tulah agaknya m'sia boleh!

Kak packy,
eiii ngerinya, berpisau bagai..tp kami pun mmg rasa trauma gak walaupn kat luar rumah