Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang oleh-Nya untuk terus bernafas di bumi pinjaman-Nya ini.
Alhamdulillah..1 Januari 2012, saya berpindah ke rumah sewa baru. Setelah agak lama mencari akhirnya ditemukan juga sebuah rumah yang selesa, dalam bajet mampu. Syukur atas kurniaan Allah.
Sebenarnya setiap hari kita dalam proses perpindahan..berpindah dari setiap minit ke minit, jam ke jam, hari ke hari. Dan sedar atau tidak..kita semakin berhijrah dari alam fana ke alam baqa! Suka atau tidak perpindahan itu tetap akan terjadi.
Penghujung tahun 2011 menyaksikan peristiwa sedih dalam kehidupan saya. Adat bergelar manusia, hidup berjodoh dengan mati. Seawal Disember 2011, saya kehilangan ayahanda tercinta dan penutup tahun, seorang sahabat blogger yang sempat dua kali saya bertemu mata (tapi sering berhubung di talian..) Ayu, kembali ke alam baqa.
Ternyata pertemuan Oktober lalu menjadi pertemuan terakhir kami..Masih teringat kata-kata akhir Ayu, "tak taulah bila kita jumpa lagi kak...agaknya tak jumpa dah!" Sedih bila diingatkan kembali..Moga Allah memberikan rahmat buat Ayu!
Dan semalam, saya dikejutkan lagi berita, kenalan yang saya panggil ibu (jiran kakak angkat saya di Nilai) kematian suami tercinta. Begitu mengejut pemergiannya.
Betapa, terasa sungguh bahawa tiada daya dan upaya kita yang bergelar manusia. Nyawa yang dipinjamkan, bila-bila masa boleh ditarik balik oleh Allah. Dan setiap hari kita semakin meniti ke detik tersebut...
Cukupkah persiapan kita untuk kembali menghadap-Nya? Apa yang bakal kita jawap di hadapan-Nya nanti? Bolehkah kita menyediakan alasan-alasan sebagaimana kita sering beralasan kini? Atau mantapkan jawapan yang akan kita berikan nanti?
Mudah-mudahan cukuplah mati itu sebagai satu nasihat untuk kita semua memperbaiki diri dan terus mencari redha Allah..
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
14 hours ago
3 comments:
hijrah... insyaallah membawa kebaikan...
ida..benar hijrah membawa kebaikan, semoga bila tiba masa kita 'berhijrah' nanti, diiringi dengan kebaikan jgk hendaknya.
Salam perkenalan, terima kasih sudi ke blog saya :)
Terasa kerdil sungguh diri ni. Memang saya ni seorang yg sering beralasan dalam kehidupan ni, bagaimana pulak nanti di depan Dia..
Post a Comment