Hadis Nabi menyebut, “keberkatan seorang wanita ialah apabila cepat jodohnya, ringan maharnya dan cepat hamilnya.”
Merenung hadis tersebut dengan kejadian buang anak serta kehamilan luar nikah dan gejala sosial yang berleluasa, adakah wajar barangkali kalau kahwin muda dipraktikkan kembali di dalam masyarakat kita, sebagaimana zaman ibu dan ayah kita dahulu?
Memanglah perkahwinan bukan jalan penyelesaian kepada masalah tetapi kalau sudah begitu keadaannya, bukankah lebih baik kalau dikahwinkan sahaja daripada berterusan melakukan dosa zina. Mungkin ada yang bersetuju dan juga tidak bersetuju dengan saranan ini, tapi mungkin juga wajar difikirkan.
Tidak dinafikan, banyak perkara yang perlu diambil kira kalau kita bersetuju dengan saranan berkahwin muda. Mungkin faktor pendidikan, faktor ekonomi, sikap bertanggungjawab dan sebagainya.
Ramai yang berpendapat, kalau masih belajar teruskan pelajaran sehingga tamat dahulu, dapatkan pekerjaan yang baik, mungkin ada sebuah rumah dan sebuah kenderaan. Malah teringat saranan seorang ustaz - bekas kadi dalam satu siaran langsung rancangan agama. Katanya, sebelum berkahwin pastikan memiliki sekurang-kurangnya 3 kunci. Kunci rumah, kunci pejabat dan kunci kenderaan (dengan kata lain ada rumah – tak kiralah rumah sendiri atau rumah sewa, ada pekerjaan dan ada kenderaan walaupun sebuah motosikal). Ada kebenarannya saranan ustaz tersebut.
Tapi bagaimana pula dengan fenomena gejala sosial yang melanda anak-anak muda cerdik pandai di institusi pengajian tinggi. Malah kalau dijenguk di pusat perlindungan, ramai juga dari kalangan yang mengandung anak luar nikah ini bakal-bakal graduan. Berbaloikah membiarkan mereka lepas bebas belajar andai tergadai akhlak dan maruah diri? Mungkin anda boleh menjawabnya!
Teringat sewaktu di zaman bergelar pelajar, ada di kalangan pelajar (juga kenalan saya) yang bekerja sebagai pelayan di kelab eksklusif. Pernah balik dengan baju berbau busuk kerana tertumpah ‘air kencing syaitan’. Ada juga yang setiap malam minggu keluar berpeleseran, clubbing. Balik setelah fajar menyinsing dengan sebuah kereta yang di dalamnya hanya dia seorang sahaja wanita, yang empat lagi semuanya lelaki!
Itu baru kisah dari kalangan yang bergelar intelek. Bagaimana pula yang pelajarannya suam-suam kuku tidak kira di mana mereka berada? Lalu sekali lagi, wajarkah kalau saranan berkahwin di usia muda ini difikirkan secara serius? Jawapan di tangan anda!!!
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
4 days ago
2 comments:
kak,
kahwin muda tak salah, asal dua2 yg nak kahwin tu bersedia nak amik tggjwb.. sbb masa saya kerja dulu.. ade gak few kes pekerja production yg kawin muda.. lepas SPm dah kahwin.. lepas ade anak sorg.. dah suami lepas tgn.. sdahnya anak belum pun 1 tahun dah bercerai-berai... lebih sian, suami plak malas kerja..
so rasanya pemantauan ibubapa & keluarga/adik-beradik terhadap pasangan muda amat2 lah perlu.. jgn lah sudah dikahwin kan, dibiarkan jer depa tanpa hala tuju...
maklum lah kan, ramai mak pak yg suka ckp 'dah kahwin pandai2 la kome nak hidup'
Hmm...
betoi yong..stuju gak dengan pendapat yong. pemantauan keluarga tu penting gak..dan pasangan yang nak kawin tu kena ready mentally dan fizikal jgk kan?
Post a Comment